Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all 7853 articles
Browse latest View live

Mangsa langgar lari meninggal dunia

$
0
0
Utama

PENOLONG pengurus, Wan Amirah Wan Alias, 31, yang parah dirempuh dan diseret kereta di hadapan bangunan kedai Shaftbury Cyberjaya 7.34 petang semalam, disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya, pagi hari ini.

Jurucakap polis berkata, mangsa dirempuh kereta model Hyundai nombor pendaftaran BHS 7999 sebelum pemandunya bertindak melarikan diri.

Video kejadian itu menjadi tular di media sosial dan mendapat kecaman netizen berikutan suspek memandu dalam keadaan berbahaya dan sengaja melanggar mangsa.

Kereta suspek turut merempuh kereta Proton, Toyota Avanza, Perodua Myvi dan Honda City di lokasi sama sebelum melarikan diri

Susulan itu pihak polis sedang berusaha mengesan pemilik dan pemandu kereta dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987.

Image: 

PENOLONG pengurus, Wan Amirah Wan Alias, 31, yang parah dirempuh dan diseret kereta di hadapan bangunan kedai Shaftbury Cyberjaya 7.34 petang semalam, disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya, pagi hari ini.


SPRM tahan Ahmad Zahid

$
0
0
Utama

cnews@nstp.com.my

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung siasatan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana sebuah yayasan, hari ini.

Dalam satu kenyataan, SPRM memaklumkan Ahmad Zahid akan menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Beliau akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 8 pagi esok untuk pertuduhan.

Berita berkaitan

Ahmad Zahid berada di SPRM...

Image: 

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung siasatan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana sebuah yayasan, hari ini.

[UPDATE] 'Tolong cari suspek langgar lari Wan Amirah'

$
0
0
Utama

cnews@nstp.com.my

KELUARGA mangsa langgar lari yang berlaku di depan Shaftsbury Square, Cyberjaya dekat sini, memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian yang menimpa Wan Amirah Wan Alias, 31, supaya tampil membuat laporan polis.

Sepupu mangsa, Faris Fazli, 32, berkata, sebagai orang yang rapat dengan arwah, dia memohon bantuan rakyat Malaysia supaya dapat bersama-sama membantu keluarganya untuk menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

Menurutnya, maklumat dan laporan polis yang dibuat itu nanti diharap dapat membantu mengesan individu yang terbabit dengan kejadian langgar lari itu untuk diambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

“Saya memohon rakyat Malaysia yang ada maklumat, tampil ke hadapan atau buat laporan polis supaya individu yang terbabit dapat ditangkap dengan segera.

“Saya terlalu rapat dengan arwah, beza umur kami cuma setahun dan kami membesar bersama-sama. Terlalu banyak kenangan dengan dia. Dia seorang yang kelakar dan ‘nakal’. Semua orang menyayanginya,” katanya kepada NSTP ketika ditemui di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Putrajaya, Putrajaya, hari ini.

Seorang daripada rakan mangsa, Suhaili Yahaya berkata, kejadian yang menimpa rakannya itu adalah kehilangan besar kepada dirinya serta rakan lain di pejabat.

“Kami sudah merancang untuk pergi ke Janda Baik esok untuk bercuti bersama-sama rakan yang lain tetapi tidak menyangka kejadian ini menimpa Amirah,” katanya.

Menurut Suhaili, berdasarkan maklumat daripada pengawal keselamatan yang berada di tempat kejadian, suspek sebelum itu marah kerana keretanya dihalang untuk di pakir di situ sebelum beredar dan melanggar beberapa kenderaan lain dan Amirah.

“Difahamkan, Amirah baru pulang dari kerja dan singgah di bangunan kedai Shaftsbury Square, Cyberjaya berkemungkinan untuk membeli makan malam untuk dirinya dan keluarga.

“Jika dilihat melalui video yang tular di media sosial sejak semalam, Amirah bukannya jalan sambil bermain telefon.

“Dia dah cuba elak, tetapi tetap dilanggar sehingga diseret dan berada di bawah kereta. Pengawal keselamatan di lokasi terbabit memaklumkan, melalui percakapan dan fizikal suspek, ia berkemungkinan datang dari Timur Tengah,” katanya kepada NSTP ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian berkenaan.

Menurutnya, semua elemen sudah digerakkan bagi mengesan suspek yang memandu kereta jenis Hyundai dengan nombor pendaftaran BHS 7999 yang dipercayai terbabit dengan kejadian berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Berita berkaitan

Mangsa langgar lari meninggal dunia

Image: 

KELUARGA mangsa langgar lari yang berlaku di depan Shaftsbury Square, Cyberjaya dekat sini, memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian yang menimpa Wan Amirah Wan Alias, 31, supaya tampil membuat laporan polis.

'Tak pernah pandu lebih 12 jam!'

$
0
0
Utama

haswendy@hmetro.com.my

PELAKON Asyraf Muslim berkongsi pengalaman unik terpaksa memandu lebih 12 jam ketika menjalani penggambaran filem Ada Apa Dengan Dosa (AADD) di United Kingdom (UK).

"Sebaik saja habis penggambaran babak di sebuah masjid di Edinburgh, Scotland kira-kira jam 12 tengah malam beberapa hari lalu, saya bersama kru bergerak ke Aberystwyth di Wales pula sejauh lebih 300 kilometer kerana mahu menyelesaikan babak lain.

"Dek keletihan sehari suntuk menjalani penggambaran, kami terpaksa berhenti lebih enam kali di tepi jalan untuk tidur sekejap dan tiba di Aberystwyth pada jam 12 tengah hari," katanya.

Katanya, pengalaman yang dirasai itu dianggap menarik kerana tidak pernah dilaluinya seumur hidup.

Katanya, bagi mengelak rasa bosan memandu, setiap kenderaan dibekalkan 'walkie talkie' dan mereka saling bermain teka teki.

Selain Asyraf, filem terbitan Pencil Pictures & Records ini juga menggandingkan pelakon seperti Wanna Ali, Riz Ismail (PU Riz) dan Fasha Sandha.

Image: 
Image: 

PELAKON Asyraf Muslim berkongsi pengalaman unik terpaksa memandu lebih 12 jam ketika menjalani penggambaran filem Ada Apa Dengan Dosa (AADD) di United Kingdom (UK).

Kudung sebelah tangan? Tak ada hal lah...

$
0
0
Utama

norasikin_daineh@nstp.com.my

CACAT anggota badan iaitu tangan kiri dipotong akibat kemalangan enam tahun lalu bukan penghalang bagi pemuda untuk sampai ke puncak Gunung Kinabalu, pada 13 Oktober lalu.

Nabil Arshad, 24, berkongsi kejayaannya kerana mahu membuktikan bahawa tiada yang mustahil untuk berjaya walaupun mengalami kekurangan.

“Saya mahu membuktikan kepada orang di luar sana bahawa mereka salah jika tidak yakin dengan kemampuan golongan seperti kami untuk melakukan sesuatu yang mencabar seperti mendaki Gunung Kinabalu.

“Alhamdulillah, saya dapat membuktikannya sebaik mendahului rakan lain untuk menjejak kaki di puncak gunung itu pada Sabtu lalu,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Menceritakan semula detik pendakian itu, Nabil yang berasal dari Selangor berkata, dia tiba di Kota Kinabalu pada 11 Oktober lalu bersama sekumpulan rakan sekerja sebelum bertolak ke Kundasang keesokan harinya.

“Pada hari itu, kami bertolak ke Laban Rata di mana saya hanya mengambil masa tiga jam 15 minit untuk tiba, iaitu mendahului rakan yang lain. Kami seterusnya bermalam di sana sebelum memulakan perjalanan pada 3 pagi dan tiba di puncak tiga jam kemudian,” katanya.

Nabil berkata, sepanjang pendakian dia tidak banyak bergantung pada peralatan seperti tongkat dan tali yang disediakan di sepanjang laluan.

“Saya ada beli tongkat sebagai alat sokongan untuk pendakian, namun langsung tidak digunakan kerana saya yakin dapat mengharungi dengan kudrat yang ada, walau bergantung dengan satu tangan,” katanya yang juga yatim piatu sejak umur 14 tahun.

Menurut anak ketiga daripada tiga beradik itu, dia kehilangan tangan kirinya selepas terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari kolej di Subang Jaya, Selangor.

“Kejadian itu berlaku pada tahun 2012 ketika menunggang motosikal dan terlanggar bucu lori yang berhenti di atas jambatan tanpa meletak apa-apa tanda atau amaran.

“Saya bersama motosikal terjatuh dan tangan sebelah kiri sakit dipercayai urat dan tulang tangan hancur sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan,” katanya yang koma tiga hari sebelum menyedari tangan kiri dipotong bagi mengelak jangkitan kuman.

Image: 

CACAT anggota badan iaitu tangan kiri dipotong akibat kemalangan enam tahun lalu bukan penghalang bagi pemuda untuk sampai ke puncak Gunung Kinabalu, pada 13 Oktober lalu.

[UPDATE] Tiga beranak minum racun sebelum terjun

$
0
0
Utama

cnews@nstp.com.my

TIGA beranak yang lemas di Sungai Arau semalam, dipercayai bertindak meminum racun sebelum terjun ke sungai berkenaan akibat tekanan hutang.

Perkara itu berdasarkan keterangan awal anak lelaki mangsa berusia 37 tahun kepada pihak polis selepas dia ditahan semalam di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah, malam tadi.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd berkata, penahanan lelaki berusia 37 tahun itu dilakukan di restoran di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, kira-kira 10 malam selepas polis mendapat maklumat awam.

Katanya, berdasarkan keterangan lelaki terbabit, mereka sekeluarga menaiki kereta api dari Sungai Petani ke Arau pada pagi Selasa lalu, sebelum bertindak meminum racun dan terjun ke Sungai Arau.

"Bagaimanapun lelaki berkenaan berubah fikiran selepas melihat ibu, bapa dan adiknya terjun ke sungai berkenaan sejurus meminum racun.

"Akibat terlalu takut dia mengambil keputusan balik ke Sungai Petani menaiki kereta api pada Rabu pagi sebelum dikesan orang ramai malam tadi," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noor Mushar berkata, berikutan itu lelaki berkenaan direman bermula hari ini hingga 22 Oktober bagi membantu siasatan berhubung kematian keluarga berkenaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh diri dan Seksyen 35(e) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 kerana menyembunyikan kematian," katanya.

Semalam NSTP melaporkan mayat tiga beranak, Baharom Ahmad, 66, Norma Pin, 64, dan Norzalina Baharom, 35, ditemui orang awam terapung di dalam sungai di dua lokasi berlainan di Arau.

Tiga beranak berkenaan kali terakhir dilihat saudara mereka sedang berjalan kaki di tepi sungai berkenaan kira-kira tiga kilometer dari rumah saudara mereka sebelum dilaporkan hilang.

Berita berkaitan

Mayat dua beranak ditemui terapung

[UPDATE] Kepulangan terakhir sebuah keluarga... [METROTV)

[UPDATE] Ingatkan lemas, rupanya....

Image: 

TIGA beranak yang lemas di Sungai Arau semalam, dipercayai bertindak meminum racun sebelum terjun ke sungai berkenaan akibat tekanan hutang.

[UPDATE] Ibu kelar anak direman

$
0
0
Utama

cnews@nstp.com.my

IBU yang mengelar empat anaknya sehingga seorang daripada mereka maut semalam, direman tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Polis Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah, mengesahkan penahanan itu dan permohonan reman dilakukan di wad Hospital Queen Elizabeth (HQE) di mana suspek berusia 30 tahun itu menerima rawatan.

Mohd Zaidi berkata, suspek masih belum sedarkan diri akibat kecederaan kerana mengelar lehernya sendiri dan siasatan lanjut mendapati dia berkelakuan pelik sejak dua minggu lalu dan sering berhalusinasi seperti bercakap seorang diri.

“Suspek juga ada mengadu pada suaminya bahawa dia sering mendengar suara-suara bisikan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian 1.30 petang di bilik pekerja resort di Pulau Mantanani, Kota Belud, semalam, anak suspek berusia lapan bulan, Jerry Yohanes maut akibat parah dengan kesan kelar di leher.

Abangnya, Jihan, 2, dan kakaknya, Melati, 5, kritikal, manakala seorang lagi kakaknya Nurul Hanisah, 7, parah dan masing-masing luka di leher akibat dikelar dengan semuanya dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas.

Suspek yang turut parah selepas mengelar lehernya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan

Bayi maut, tiga anak parah dikelar ibu

'Isteri kata bilik ini ada syaitan'

Image: 

IBU yang mengelar empat anaknya sehingga seorang daripada mereka maut semalam, direman tujuh hari bermula hari ini.

Haa... korang buat apa tu?

$
0
0
Utama

cnews@nstp.com.my

SEKUMPULAN kanak-kanak dikesan berperangai tidak senonoh di kedai dobi layan diri di Jalan Haji Karim, Tawau, semalam.

Pengurus kedai dobi berkenaan, Abdullah Mappiare, 27, berkata, kegiatan kanak-kanak itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan.

Lebih menjijikkan, ada antara mereka membuang air kecil dalam tong sampah yang disediakan.

“Kejadian itu bukan pertama kali, malah sebelum itu kumpulan kanak-kanak sama kerap mencuri barangan untuk kegunaan dobi seperti cecair pelembut pakaian dan bakul.

“Saya pernah terserempak dengan kumpulan kanak-kanak ini sebelum ini dan memberi amaran tetapi tidak diendahkan. Selang beberapa hari mereka datang semula melakukan perkara yang sama.


RAKAMAN CCTV menunjukkan seorang kanak-kanak kencing di dalam tong sampah disediakan di sebuah premis dobi di Jalan Haji Karim, Tawau. FOTO Tular

“Walaupun mereka tidak merosakkan barangan dan peralatan dobi, tetapi saya khuatir jika sampai satu tahap mereka kencing dalam mesin pencuci pula,” katanya.

Abdullah berkata, sejak beroperasi lebih setahun lalu, premisnya turut menjadi mangsa individu tidak bertanggung jawab termasuk ada yang mencuri tong sampah, pakaian dan peralatan pelanggan yang tertinggal.

Katanya, memandangkan kedai dobi berkonsepkan layan diri itu beroperasi 24 jam, dia hanya memantau premis itu sehingga tengah malam.

“Waktu antara 2 pagi hingga 4 kebiasaannya kelibat kumpulan kanak-kanak ini akan muncul. Selepas ini mungkin saya akan membuat laporan polis bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.

Rakaman CCTV berdurasi lebih seminit itu, menunjukkan sekumpulan kanak-kanak berlari ke arah beberapa mesin basuh seolah-olah hendak mengambil pakaian pelanggan yang menggunakan perkhidmatan di kedai dobi berkenaan.

Image: 
Image: 

SEKUMPULAN kanak-kanak dikesan berperangai tidak senonoh di kedai dobi layan diri di Jalan Haji Karim, Tawau, semalam.


3 maut, 12 dikhuatiri tertimbus

$
0
0
Utama

cnews@nstp.com.my

TIGA maut, manakala 12 lagi buruh binaan jalan raya berkembar di Bukit Kukus, Georgetown, dikhuatiri masih tertimbus selepas kontena didiami mereka terbabit dalam kejadian tanah runtuh, hari ini.

Dalam kejadian 2 petang itu, sebahagian kawasan pembinaan lebuh raya berkembar yang menempatkan kediaman buruh binaan projek terbabit terbalik ekoran hujan lebat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Saidon Moktar berkata, kawasan runtuhan itu dianggarkan seluas 1,000 kaki persegi.

“Kejadian ini membabitkan empat kontena buruh binaan lebuh raya berkembar yang tertimbus ekoran kejadian tanah runtuh.

“Mayat pertama ditemui 3.40 petang, selain operasi mencari dan menyelamat mangsa lain masih diteruskan,” katanya.

Image: 

TIGA maut, manakala 12 lagi buruh binaan jalan raya berkembar di Bukit Kukus, Georgetown, dikhuatiri masih tertimbus selepas kontena didiami mereka terbabit dalam kejadian tanah runtuh, hari ini.

'Terima kasih doakan kesembuhan Azwar'

$
0
0
Utama

cnews@nstp.com.my

“RAMAI yang menghubungi saya untuk menghulurkan sumbangan dan ada yang bertanyakan khabar Azwar, malah panggilan tidak henti-henti dari awal pagi sehingga malam,” kata Che Anisah Md Saad, ibu kepada Johan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kedah.

Che Anisah, 42, berkata dia sangat berterima kasih dengan keprihatinan orang ramai untuk membantu anaknya Muhammad Azwar Mohd Ariff, 11, yang semakin lemah akibat penyakit misteri.

Katanya, keadaan anaknya juga sedikit berpeluh semalam setelah sekian lama tidak mengeluarkan peluh.

Menurut Che Anisah, berkemungkinan keadaan anaknya itu disebabkan doa orang ramai terhadap Azwar selepas berita mengenainya tersiar dalam Harian Metro.

“Setiap hari saya akan mandikan dia, Azwar sudah tak mampu uruskan diri, nak bangun dari tempat tidur dan berjalan pun perlu dipapah, suaranya juga semakin perlahan apatah lagi dengan keadaan matanya yang kabur.

“Bagaimanapun saya tetap ingatkan supaya membaca surah-surah yang dia ingat walaupun dalam hati, saya tak mahu Azwar lupa dengan ayat suci al-Quran,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Che Anisah berkata, sumbangan orang ramai akan digunakan untuk mengubati penyakit Azwar di beberapa lagi tempat dan hospital yang dicadangkan oleh kenalan termasuk orang ramai.

Bagaimanapun katanya, nombor akaun yang dipaparkan di dalam akhbar dihadkan transaksi oleh pihak bank dan dia dinasihatkan membuka akaun baharu.

Harian Metro kelmarin melaporkan, Azwar hanya mampu menangis sambil memegang al-Quran selepas penglihatannya semakin kabur sejak dua minggu lalu akibat penyakit misteri.

Pada Majlis Sambutan Maal Hijrah lalu, Azwar yang hadir berkerusi roda menjadi antara penerima anugerah yang disampaikan Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.

Bagi mereka yang mahu membantu boleh menghubungi bapanya, Mohd Ariff Ismail menerusi nombor telefon 017-5517084 atau menyumbang ke akaun Maybank baharu Che Anisah 502045110883.

Berita berkaitan

Dulu johan Tilawah al-Quran, kini...

Image: 

“RAMAI yang menghubungi saya untuk menghulurkan sumbangan dan ada yang bertanyakan khabar Azwar, malah panggilan tidak henti-henti dari awal pagi sehingga malam,” kata Che Anisah Md Saad, ibu kepada Johan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kedah.

'Air paip bebas E-Coli' - SPAN

$
0
0
Utama

mriduwan@nstp.com.my

SURUHANJAYA Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengesahkan sistem bekalan air di negara ini bukan saja bersih dan selamat diminum secara terus, malah bebas bakteria E-Coli.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Ridhuan Ismail berkata, sehubungan itu pihaknya menyokong penuh kenyataan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berhubung perkara itu semasa Persidangan Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Katanya, air terawat dibekalkan kepada orang ramai di Malaysia adalah mematuhi standard kualiti minimum yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan kepada Garis Panduan Kualiti Air yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Bagi memastikan kualiti air sentiasa selamat dan terjamin, tindakan pemantauan dijalankan secara berterusan oleh semua pihak terbabit iaitu operator air, KKM dan SPAN.

“Bahkan, di peringkat rawatan air di loji-loji, operator air sentiasa memastikan proses rawatan yang berkesan dan menganalisa parameter fizikal, kimia dan mikrobiologi kualiti air secara berterusan supaya mematuhi standard,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada masa sama kata Mohd Ridhuan, sebagai pihak berkuasa kesihatan di negara ini, KKM memperkenalkan Program Kebangsaan Kawalan Mutu Air Minum (PKKMAM) sejak 1983 untuk memantau kualiti air yang dibekalkan oleh operator air.

Menurutnya, menerusi program itu, KKM akan mengambil sampel di loji dan sistem agihan secara berterusan dengan kekerapan mengikut jenis parameter yang diuji.

“Tidak kurang 38 jenis parameter fizikal, kimia dan mikrobiologi dianalisa bermula dari muka sauk loji rawatan air hingga ke sistem agihan dengan kerjasama dari Jabatan Kimia Malaysia.

“Selain itu, terdapat 6,108 stesen persampelan yang terdapat di semua 500 loji rawatan air serta sistem agihan di seluruh negara dengan jumlah sampel melebihi 186,000.

“Bagi SPAN pula, sebagai badan kawal selia teknikal industri perkhidmatan air, kita turut menjalankan audit berkala di semua loji rawatan air bagi memastikan rawatan dijalankan secara efektif dan bekerjasama dengan KKM bagi memantau kualiti air yang dirawat dan diagih mematuhi standard,” katanya.

Sementara itu, beliau menafikan beberapa kenyataan akhbar yang mendakwa bahawa air paip mengandungi E-Coli yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.

Katanya, ini kerana E-Coli antara parameter mikrobiologi yang dianalisa secara berterusan oleh operator air serta KKM menerusi PKKMAM dan terbukti air dalam sistem bekalan air awam adalah bebas daripadanya.

“Untuk makluman, pengklorinan adalah satu proses paling efektif dalam rawatan air bagi membunuh segala bakteria yang ada.

“Di akhir rawatan dan sebelum air diagihkan, operator air dikehendaki untuk memastikan terdapat baki klorin bebas sekurang-kurangnya 0.2 mg/l (milligrams per liter) di dalam air terawat untuk membunuh bakteria E-Coli yang berkemungkinan wujud sekiranya terdapat pencemaran di dalam sistem agihan.

“Kandungan baki klorin ini diibaratkan seperti perisai bagi memastikan bekalan air sentiasa selamat kepada orang ramai,” katanya.

Image: 

SURUHANJAYA Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengesahkan sistem bekalan air di negara ini bukan saja bersih dan selamat diminum secara terus, malah bebas bakteria E-Coli.

Tahniah Sufian!

$
0
0
Utama

georgie@hmetro.com.my

PENYANYI Sufian Suhaimi bersyukur berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam selepas beberapa tahun menjalani pengajian.

Sufian, 26, berkata kejayaan itu berkat doa serta sokongan ibu bapanya yang menjadi sumber kekuatannya menghabiskan pengajian meskipun berdepan banyak ujian hidup.

“Saya memang sangat gembira dengan pencapaian ini. Sejujurnya bukan mudah dan syukur segala peperiksaan serta tesis berjaya saya laksanakan dengan baik.

“Kejayaan ini tidak akan berlaku tanpa sokongan daripada keluarga dan saya ingin dedikasikannya buat ibu bapa saya. Merekalah yang membuatkan saya lebih bersemangat untuk habiskan pengajian.

“Saya terharu apabila mendapat tepukan gemuruh dalam dewan sewaktu menerima skrol. Meskipun saya tidak mencapai anugerah cemerlang namun sokongan diberikan sangat luar biasa,” katanya menghadiri upacara konvokesyen di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam, hari ini.

Sufian yang popular dengan lagu Dimatamu itu bagaimanapun memutuskan untuk tidak menyambung pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) dalam masa terdekat.

“Sebenarnya saya ada dapat tawaran daripada beberapa universiti untuk menyambung PhD. Bagaimanapun, saya tidak berhasrat untuk berbuat demikian dalam masa terdekat.

“Pengajian di peringkat itu bukan sesuatu yang mudah. Saya tidak mahulah nanti tidak memberikan komitmen serta keputusan yang terbaik jika tergesa-gesa menerima tawaran itu.

“Lagipun saya sendiri merancang untuk fokuskan kepada rencana seni untuk tahun ini sehingga tahun depan. Banyak projek seni yang saya kena laksanakan dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, Sufian teruja apabila lagunya Dimatamu 2.0 bakal dilancarkan tidak lama lagi sebagai kepada lagu Dimatamu yang mendapat sambutan luar biasa itu.

“Bulan depan, saya akan lancarkan lagu Dimatamu 2.0 sebagai kesinambungan lagu terdahulu. Selain itu, saya juga bakal tampil dengan lagu duet bersama penyanyi wanita yang masih dalam perbincangan.

“Manakala, awal tahun depan juga saya akan melancarkan single baru hasil tulisan sendiri,” katanya.

Image: 

PENYANYI Sufian Suhaimi bersyukur berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam selepas beberapa tahun menjalani pengajian.

Bertuah sungguh Neelofa...

$
0
0
Utama

hellinie@hmetro.com.my

PENGACARA dan pelakon popular, Neelofa bertuah apabila menjadi insan ketiga dalam dunia yang berpeluang menginap di villa mewah bawah laut berharga lebih RM200,000 satu malam di Maldives.

Neelofa menerusi kenyataan gambar yang dimuatnaik di akaun Instagramnya berkata, kesempatan itu adalah peluang yang hanya datang sekali seumur hidup.

“Alhamdulillah, saya rasa sangat bertuah kerana menjadi orang ketiga di dunia yang merasai pengalaman ini.

“Saya selalu bersyukur kerana diberikan peluang merasai banyak perjalanan yang indah. Bidang kerja saya membuatkan impian untuk ke destinasi menarik menjadi kenyataan.

“Menerusi bayaran AS$50,000 (RM207,954) satu malam, penginapan itu menyediakan perkhidmatan pelayan 24 jam sehari selain menyediakan bot persendirian untuk menjelajah sekitar pulau,” katanya.

Menerusi kenyataan gambar lain, Neelofa turut memuji suasana dan makanan yang disediakan restoran bawah laut.

“Restoran bawah laut ini menawarkan pengalaman unik menikmati makanan dengan suasana yang menakjubkan.

“Makanan yang disajikan juga enak. Semuanya sempurna!” katanya.

Siap dibina pada 2016, vila mewah pertama di dunia itu akan beroperasi pada November ini.

Kedudukan bilik mewah itu sedalam 16.4 kaki (lima meter) dari paras laut.

Image: 

PENGACARA dan pelakon popular, Neelofa bertuah apabila menjadi insan ketiga dalam dunia yang berpeluang menginap di villa mewah bawah laut berharga lebih RM200,000 satu malam di Maldives.

Kekasihku suami orang

$
0
0
Utama

ekhwan@nstp.com.my

KECEWA cintanya dipermainkan, wanita cuba membunuh diri dengan menelan pelbagai jenis pil di Jalan Kubong, di Limbang, semalam.

Bagaimanapun, tindakan wanita berusia 43 tahun itu disedari orang awam pada 1.30 tengah hari selepas dia dilihat dalam keadaan mencurigakan dalam Perodua Myvi.

Menceritakan semula kejadian itu, Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Mohd Bukhori Saffai berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Katanya, sebaik tiba, polis mendapati wanita terbabit dalam keadaan separuh sedar dipercayai akibat pengaruh ubat yang ditelannya.

Beliau berkata, wanita terbabit juga mengunci pintu kereta menyebabkan polis dan bomba terpaksa memujuknya selama beberapa minit.

“Siasatan awal mendapati wanita terbabit bertindak sedemikian kerana kecewa selepas mengetahui teman lelakinya sudah berkahwin.

“Selepas berjaya dipujuk, wanita terbabit dihantar ke Hospital Limbang untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini

Mohd Bukhori berkata, pemeriksaan doktor mendapati wanita terbabit mengambil ubat sakit mental dan penahan sakit berdasarkan penemuan paket ubat dari hospital dan klinik swasta.

“Wanita terbabit masih menerima rawatan dan dilaporkan stabil,” katanya.

Image: 

KECEWA cintanya dipermainkan, wanita cuba membunuh diri dengan menelan pelbagai jenis pil di Jalan Kubong, di Limbang, semalam.

Tergamak buang mayat bayi

$
0
0
Utama

cnews@nstp.com.my

MAYAT bayi perempuan yang cukup sifat ditemui di tempat pembuangan sampah di Pasar Wakaf Zin, Tawang, Bachok, malam tadi.

Dalam kejadian 11.45 malam, mayat bayi berkenaan yang dibungkus dengan kain kuning ditemui penduduk kampung.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan, Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, lelaki berkenaan mendakwa melihat lelaki dan wanita bertengkar di kawasan pembuangan sampah sebelum dia mendekati pasangan itu.

Katanya, saksi memberitahu kedua-dua mereka kemudian bergegas melarikan diri dengan menaiki kereta Perodua Myvi berwarna gelap.

“Saksi kemudian melihat satu bungkusan besar dengan kain kuning serta mengesyaki sesuatu sebelum membuka bungkusan dan terkejut apabila melihat mayat bayi perempuan cukup sifat.

“Polis dapati bayi itu masih bertali pusat dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Klinik Kesihatan Bachok,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mayat bayi berkenaan di bawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk bedah siasat.

Nik Aminuddin berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan (KK) kerana menyembunyikan kelahiran.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menyalurkan ke pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok atau menghubungi Inspektor Nor Afidah Mohd Ariffin di talian 09-7788222.

Image: 

MAYAT bayi perempuan yang cukup sifat ditemui di tempat pembuangan sampah di Pasar Wakaf Zin, Tawang, Bachok, malam tadi.


Polis maut, ada kesan tembakan di kepala

$
0
0
Utama

ANGGOTA polis berpangkat Lans Koperal ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala berhampiran kediamannya di Balai Polis Pekan Baru di Ipoh, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, mayat anggota polis berusia 29 tahun itu ditemui 6.15 pagi tadi di tepi rumahnya.

"Anggota polis itu ditemui mati dengan kesan satu tembakan yang menembusi kepalanya.

"Setakat ini, polis belum mengenal pasti senjata yang digunakan tetapi mengesyaki ia daripada senjata yang digunakan oleh anggota itu (ketika bertugas)," katanya pada sidang media di Balai Polis Pekan Baru di sini, hari ini.

Razarudin berkata, polis masih menyiasat motif kejadian termasuk sama ada anggota terbabit menembak diri sendiri, tertembak atau ada unsur lain.

Beliau berkata, anggota berkenaan masih belum berkahwin dan baru ditugaskan di balai polis berkenaan kira-kira dua hari lalu.

Katanya, sebelum ini anggota polis berkenaan bertugas bersama pasukan petugas khas Unit Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7).

Image: 

ANGGOTA polis berpangkat Lans Koperal ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala berhampiran kediamannya di Balai Polis Pekan Baru di Ipoh, hari ini.

Pilunya...

$
0
0
Utama

sab@nstp.com.my

“SEDIH tengok atuk dia peluk bawak masuk rumah,” kata netizen mengenai kejadian tragis membabitkan kanak-kanak perempuan yang maut digilis sebuah van sekolah di hadapan rumah keluarganya di Jalan Temenggung 4, Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru, semalam.

Insiden menyayat hati itu dikongsikan Facebook (FB) Khas Penduduk Skudai hari ini, termasuk video berdurasi 1 minit dan 37 saat.

Video itu memperlihatkan babak memilukan bermula daripada kanak-kanak terbabit, Janiss Yeoh Zi Xuan, turun dari van sekolah sebelum dia dilanggar pemandu van dan badannya digilis.

Panik dengan situasi itu, pemandu van wanita mendapatkan keluarga mangsa sebelum dia masuk ke dalam kenderaan untuk mengundurkan vannya ke belakang.

Seorang wanita dipercayai nenek kepada kanak-kanak itu kemudian dilihat keluar dari pagar rumah dan mengangkat cucunya masuk ke dalam rumah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, kejadian berlaku pada 12 tengah hari semalam selepas mangsa turun dari van dan melintas di depan kenderaan itu untuk pulang ke rumah.

Beliau berkata, pemandu van terbabit iaitu wanita berusia 48 tahun melanggar kanak-kanak perempuan selepas menurunkannya di rumah mangsa.

“Mangsa yang cedera di kepala dibawa ke klinik berhampiran oleh pemandu van sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

“Mangsa disahkan meninggal dunia selepas satu jam mendapatkan rawatan di HSA akibat kecederaan parah dialaminya dan bedah siasat dilakukan di hospital sama,” katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian van itu membawa lima penumpang kanak-kanak, namun semua tidak mengalami kecederaan.

Katanya, berikutan itu pemandu van terbabit ditahan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Image: 

“SEDIH tengok atuk dia peluk bawak masuk rumah,” kata netizen mengenai kejadian tragis membabitkan kanak-kanak perempuan yang maut digilis sebuah van sekolah di hadapan rumah keluarganya di Jalan Temenggung 4, Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru, semalam.

Gelabah tak dikejar 16 MPV?

$
0
0
Utama

maryvictoria@nstp.com.my

REMAJA lelaki bertindak merempuh dua kereta peronda polis (MPV) apabila anggota polis cuba menahan lori dipandunya di Jalan Angkasa Mas, Perindustrian Tebrau 2, Johor Bahru, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, kejadian berlaku pada 4 petang.

Beliau berkata, siasatan mendapati sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan terserempak dengan lori 10 tan terbabit dalam keadaan mencurigakan di Jalan Harmonium 23, Taman Desa Tebrau.

Menurutnya, apabila anggota polis memberi arahan untuk berhenti, remaja berusia 15 tahun yang memandu lori berkenaan tidak mempedulikannya.

Katanya, usaha menahan lori itu dibantu empat MPV Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS dan 12 kereta peronda IPD Seri Alam.

“Anggota polis mengejar dan mengepung laluan, tetapi pemandunya masih enggan memberhentikan kenderaan di Jalan Angkasa Mas 3, Perindustrian Tebrau 2, Johor Bahru.

“Ketika mengejar di Lebuhraya Pasir Gudang dan memasuki persimpangan susur keluar Plentong, lori berkenaan merempuh sebuah MPV.

“Manakala ketika tiba di jalan mati di Jalan Angkasa Mas Perindustrian Tebrau 2 Johor Bahru, lori berkenaan merempuh sebuah lagi MPV apabila berundur,” katanya.

Shahurinain berkata, semasa proses mengejar itu, polis melepaskan tembakan ke udara sebanyak tiga kali.

Beliau berkata, pemandu lori berkenaan cuba melarikan diri hingga berlaku pergelutan antaranya dan anggota polis.

Menurutnya, akibatnya pemandu lori berkenaan cedera di tangan manakala anggota polis tidak cedera.

“Hasil siasatan, pemandu lori itu didapati berusia 15 tahun.

“Dia yang sudah berhenti sekolah mengaku bekerja sebagai kelindan lori dengan bapa saudaranya dan menyatakan dia memandu lori itu untuk tujuan pandu uji.

“Siasatan mendapati lori itu didaftarkan atas nama syarikat di Taman Johor Jaya, namun tiada rekod hilang dilaporkan,” katanya.

Shahurinain berkata, remaja berkenaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara.

Image: 

REMAJA lelaki bertindak merempuh dua kereta peronda polis (MPV) apabila anggota polis cuba menahan lori dipandunya di Jalan Angkasa Mas, Perindustrian Tebrau 2, Johor Bahru, hari ini.

Semoga Elyana terus kuat

$
0
0
Utama

sudirman@hmetro.com.my

PENYANYI Elyana diserang angin hingga mengalami muntah teruk selepas menjalani rawatan radioterapi, semalam.

Elyana, 31, atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal berkata, ia berkemungkinan disebabkan ubat tahan sakit yang diambil sebelum menjalani prosedur rawatan itu.

“Ini pertama kali seumur hidup saya buat radioterapi. Bagi saya, rawatan ini lagi okey jika dibandingkan dengan kimoterapi.

“Namun, apa yang jadi masalah semalam adalah, sebelum buat radioterapi saya ada makan ubat tahan sakit. Kesan ubat itu pula sangat kuat. Kaki masih sakit dan tidak boleh lurus. Jadi sewaktu buat radioterapi, saya tak boleh bergerak.

“Selepas radioterapi angin menyerang dan muntah teruk hingga lembik badan. Mungkin ia kesan daripada pengambilan ubat tahan sakit itu. Selepas makan ubat tahan muntah, baru okey,” katanya.

Bagaimanapun Elyana yang berkongsi perkara itu menerusi rakaman video di Instagram Story berkata, radioterapi yang dibuat berjalan lancar.

“Saya mula buat rawatan ini pada 5 petang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar selama 45 minit. Ketika rawatan, muka saya ditutup supaya tidak terkena bahagian sensitif. Mereka juga ada buat tanda pada bahagian tulang belakang,” katanya.

Semalam Harian Metro melaporkan, kanser limfoma tahap empat yang dihidapi Elyana sejak tujuh tahun lalu sudah merebak ke saraf tunjang.

Elyana yang kini dirawat di pusat perubatan di Subang Jaya, Selangor itu perlu segera menjalani prosedur itu bagi mengelakkan lumpuh.

Menurut suami Elyana iaitu Khairul Anuar Hussin, penyanyi dan pelakon itu perlu melakukan 10 kali rawatan radioterapi.

Berita berkaitan

Kanser Elyana merebak

Image: 

PENYANYI Elyana diserang angin hingga mengalami muntah teruk selepas menjalani rawatan radioterapi, semalam.

Najib, Irwan didakwa pecah amanah RM6.6 bilion

$
0
0
Utama

ajohari@nstp.com.my

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas enam tuduhan pecah amanah milik wang kerajaan berjumlah lebih RM6.6 bilion.

Najib, 65 dan Irwan Serigar, 61 bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Najib selaku tertuduh pertama dan Irwan Serigar tertuduh kedua hanya mengangguk ketika ditanya sama ada memahami tuduhan dan memohon dibicarakan apabila diminta pengakuan.

Najib yang memasuki mahkamah pada 9.15 pagi sempat melemparkan senyuman kepada orang ramai di galeri awam diikuti Irwan Serigar sebelum kedua-duanya memasuki kandang tertuduh.

Mereka juga dilihat berbual-bual dalam kandang tertuduh.

Bagi tuduhan pertama dan kedua, Najib dan Irwan Serigar masing-masing didakwa bersama atas kapasiti Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta, iaitu berjumlah RM1.2 bilion dan RM655 juta milik Kerajaan Malaysia, melakukan pecah amanah ke atas harta berkenaan.

Bagi tuduhan ketiga pula, mereka didakwa diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta berjumlah RM220 juta, iaitu peruntukan mengikut ‘Belanja Mengurus di bawah Maksud B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Aktiviti 021700 KL International Airport Berhad (KLIAB)’, milik Kerajaan Malaysia.

Tuduhan keempat, kedua-dua mereka didakwa diamanahkan dengan penguasaan harta berjumlah RM1.3 bilion, iaitu peruntukan mengikut ‘Maksud B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Aktiviti 020500 Subsidi Dan Bantuan Tunai’, milik kerajaan.

Tuduhan kelima dan keenam pula membabitkan penguasaan mereka didakwa ke atas harta berjumlah CNY1,950,000,000.00 (bernilai RM1.26 bilion dan RM2 bilion) milik kerajaan.

Sehubungan itu, kedua-dua tertuduh juga didakwa melakukan pecah amanah jenayah ke atas kesemua harta berkenaan.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya di antara 21 Disember 2016 dan 18 Disember 2017.

Bagi semua tuduhan itu, Najib dan Irwan Serigar menghadapi tuduhan mengikut seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama.

Untuk setiap tuduhan, masing-masing boleh dihukum maksimum penjara 20 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram memohon mahkamah mengenakan jaminan RM3 juta bagi setiap tertuduh.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagaimanapun memohon supaya jumlah jaminan yang sebelum ini dikenakan terhadap anak guamnya digunakan bagi tuduhan terbaru.

Peguam Datuk N Kumaraendran sedang berhujah bagi mahkamah mengurangkan jumlah jaminan terhadap Irwan Serigar kepada RM500,000.

Image: 

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas enam tuduhan pecah amanah milik wang kerajaan berjumlah lebih RM6.6 bilion.

Viewing all 7853 articles
Browse latest View live