Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all 7853 articles
Browse latest View live

Siti Nurhaliza kekal teratas

$
0
0
Utama

sudirman@hmetro.com.my

LAGU Anta Permana nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza terus mengekalkan rekod cemerlang apabila menduduki tangga teratas carta trending di iTunes sejak malam tadi.

Single yang dilancarkan pada 21 September lalu itu juga masih berada dalam kedudukan Top 10 iTunes Malaysia dengan mengetepikan lagu Ragaman (Faizal Tahir), You Are The Reason (Calum Scott), Girls Like You (Maroon 5) dan DDU-DU DDU-DU (BlackPink).

Siti, 39, atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin berkata, pencapaian diraih itu dianggap perjalanan yang menarik tahun ini selepas berehat selama setahun.

"Single ini dihasilkan untuk kemunculan semula saya selepas setahun berehat. Jadi, pemilihan lagu tidak boleh silap. Dalam masa sama, saya bersama pasukan perlu ada strategi sendiri untuk menempatkan lagu ini terutama dalam pilihan lagu radio swasta.

"Alhamdulillah, cubaan kami membuahkan hasil berdasarkan segala maklum balas diterima. Pada awalnya, ia lebih kepada 'try and error' sama ada apa yang dibuat ini menjadi atau tidak.

"Sejujurnya, saya berasa gembira apabila lagu ini akhirnya dimainkan di stesen radio Era yang sebelum ini susah nak main lagu saya sejak adanya lagu daripada penyanyi Budak Baru Nak Up (BBNU)," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Siti, meski lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu pada awalnya mendapat kritikan daripada segelintir pihak, Siti sebaliknya menganggap ia cita rasa masing-masing.

"Apabila jumpa orang dan membaca komen, saya dapat dua perkara berbeza. Ada pro dan kontra, ada suka dan tidak kerana setiap orang memiliki cita rasa berbeza.

"Malah, ada juga mengatakan lagu ini perlu menjadi lagu yang perlu dimainkan setiap hari. Namun, pokok pangkalnya adalah macam mana kita nak promosi lagu ini supaya ia kekal menjadi pilihan peminat di semua platform digital dan radio.

"Paling penting, saya ingin peminat faham yang mana lagu ini adalah gabungan dua elemen muzik balada dan irama Malaysia. Jadi, siapa peminat genre balada atau irama Malaysia, mereka boleh layan lagu ini," katanya.

Image: 

LAGU Anta Permana nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza terus mengekalkan rekod cemerlang apabila menduduki tangga teratas carta trending di iTunes sejak malam tadi.


Chong Wei susut lima kilogram...

$
0
0
Utama

jumiati@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mendedahkan jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei semakin ceria sejak kembali ke tanah air hujung minggu lalu.

Norza yang berkunjung ke rumah bekas pemain nombor satu dunia itu pagi tadi mengakui lega apabila dapat melihat sendiri keadaannya yang semakin pulih.

"Pagi tadi saya sempat bersarapan bersama Chong Wei di rumahnya dan kelihatan dia kehilangan berat badan lebih kurang empat atau lima kilogram.

"Tetapi apa yang penting Chong Wei semakin pulih dan nampak ceria bersama keluarga," katanya kepada Sukan NSTP.

Norza berkata, Chong Wei bagaimanapun tidak akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat.

"Menurut nasihat doktor, beliau perlu menunggu dua hingga tiga minggu lagi sebelum boleh berjumpa orang ramai memandangkan sistem imunisasi (daya tahan) badannya masih belum kuat. Buat masa ini kita beri peluang kepadanya untuk pulih sepenuhnya," katanya.

Mengenai perbincangannya bersama Chong Wei dalam pertemuan itu, Norza berkata, beliau tidak ada berbincang mengenai masa depan pemain itu yang sebelum ini disahkan menghidap kanser hidung tahap pertama.

"Saya tidak berniat untuk berbincang tentang perkara itu (masa depan Chong Wei) kerana tujuan saya pagi ini adalah mahu melihat keadaan beliau. Saya gembira melihat keadaannya berbanding sebelum ini ketika rawatan.

"Buat masa ini kita beri peluang kepada Chong Wei untuk berehat," katanya.

Norza berkata Chong Wei bagaimanapun masih mengikuti perkembangan skuad negara dalam beberapa kejohanan yang disertai dan memberikan pendapatnya.

Pemain berumur 36 tahun itu baru kembali dari Taiwan selepas hampir dua bulan menjalani rawatan kanser hidung tahap pertama pada hujung minggu lalu.

Image: 

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mendedahkan jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei semakin ceria sejak kembali ke tanah air hujung minggu lalu.

Pemandu lori 'menggila' didenda RM10,200

$
0
0
Utama

PEMANDU lori yang memandu melawan arus di Kilometer 432 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur masuk Plaza Tol Sungai Buaya, Rawang didenda RM10,200 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam selepas mengaku bersalah terhadap pelbagai kesalahan trafik yang dilakukan di Shah Alam bermula 2008 hingga kini.

Majistret P Sarulatha turut memerintahkan G Alagenran, 37, selaku Orang Kena Saman (OKS) menjalani hukuman penjara 102 hari, sekiranya gagal bayar denda.

Lelaki itu, bagaimanapun gagal bayar denda terbabit dan dihantar ke Penjara Kajang.

Alagenran yang juga bapa kepada empat anak menghadapi 16 pertuduhan membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas di Shah Alam bermula 2008 hingga kini.

Dia yang mempunyai 12 waran tangkap di Shah Alam didakwa mengikut Seksyen 26 (1), Seksyen 56(1) dan Seksyen 90 Akta Pengangkutan Jalan 1987 terhadap pelbagai kesalahan lalu lintas.

Terdahulu, peguam mewakili tertuduh, Amirul Nazreen Anas memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan ke atas anak guamnya disebabkan pengakuan bersalah itu menjimatkan kos dan masa mahkamah.

Katanya, Alagenran yang berpendapatan RM1,600 sebulan terpaksa membayar sewa rumah RM600.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Syazwanie Marizan.

Terdahulu, Alagenran turut didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, hari ini.

Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan itu yang ditularkan dalam media sosial sejak 7 Oktober lalu.

Image: 

PEMANDU lori yang memandu melawan arus di Kilometer 432 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur masuk Plaza Tol Sungai Buaya, Rawang didenda RM10,200 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam selepas mengaku bersalah terhadap pelbagai kesalahan trafik yang dilakukan di Shah Alam bermula 2008 hingga kini.

[UPDATE] Pemandu treler mengaku tak bersalah [METROTV]

$
0
0
Utama

shaarani@nstp.com.my

PEMANDU treler mengaku tidak bersalah atas kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah hingga mengakibatkan kematian lima individu ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, hari ini.

Mohd Zaidi Di, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya di hadapan Majistret Noorhidayah Mohd Saad.

Dia didakwa melakukan kesalahan dengan memandu treler di bawah pengaruh dadah hingga tidak berdaya mengawal kenderaan dan mengakibatkan kematian lima individu iaitu tiga wanita, seorang lelaki dan seorang bayi lelaki itu di Kilometer 255.3 Lebuhraya Utara Selatan (arah utara), 11.47 pagi, Sabtu lalu.

Kelima-lima individu terbabit iaitu Yew Poh Shy, 37; Teo Wee Tat, 46; Shaw Swee Me, 42; Lee Lin Ying, 60 dan seorang bayi lelaki, Yew Yin Chin berusia setahun.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 10 tahun dan didenda maksimum RM20,000.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya yang juga Pengarah Pendakwaan Perak, Azhar Mokhtar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu pihak pendakwaan memohon supaya mahkamah tidak membenarkan sebarang ikat jamin kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah berat iaitu memandu di bawah pengaruh dadah dan mengakibatkan kematian banyak nyawa.

Azhar berkata, tertuduh juga mempunyai sebanyak 31 saman membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas sejak 1999 hingga 2018 dan masih memandu dengan cuai serta tidak serik melakukan kesalahan.

Bagaimanapun, tertuduh merayu supaya dia diberikan ikat jamin kerana perlu menjaga kedua-dua ibu bapa yang uzur selain perlu menanggung seorang isteri yang tidak bekerja dan empat anak.

Mahkamah kemudian menetapkan 9 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi membolehkan serahan dokumen dan lantikan peguam dibuat.

Mahkamah juga tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan memerintahkan lesen memandu tertuduh ditarik balik dan digantung serta diserahkan kepada mahkamah sehingga prosiding kes berkenaan selesai.

Dalam kejadian 11.45 pagi Sabtu lalu, treler membawa muatan bijih besi yang dikatakan dalam perjalanan daripada Batu Pahat, Johor, ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan sebelum menghimpit kereta Kia Forte ke pembahagi jalan konkrit di tengah laluan, sebelum kedua-dua kenderaan itu terbakar.

Kejadian itu mengakibatkan lima mangsa termasuk seorang bayi, yang dipercayai daripada empat keluarga berlainan ditemui dalam keadaan rentung akibat terbakar.

Image: 

PEMANDU treler mengaku tidak bersalah atas kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah hingga mengakibatkan kematian lima individu ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, hari ini.

Pemandu treler mengaku tak bersalah

1,000 km ku redah demi Aileya Syafiera

$
0
0
Utama

cnews@nstp.com.my

SANGGUP meredah perjalanan lebih 1,000 kilometer dari Mukah ke Kuching hanya menaiki motosikal ‘kapcai’ demi anak tersayang.

Itu pengorbanan ayah, Haslimi Hassan, 42, dari Kampung Badong, Daro, demi anak perempuannya, Aileya Syafiera, 2, yang menderita kanser otot dan sedang menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching.

“Perjalanan menaiki motosikal dari Daro ke Kuching mengambil masa 12 hingga 13 jam bergantung kepada keadaan jalan dan cuaca. Kebiasaannya, saya memulakan perjalanan 7 pagi dan tiba di Kuching pada 8 malam.

“Sepanjang perjalanan itu, saya berehat beberapa kali untuk melepaskan penat sambil menghilangkan rasa mengantuk,” katanya ketika ditemui NSTP, di Mukah, hari ini.

Haslimi berkata, dia mula bermotosikal ke Kuching sejak anak perempuannya itu dirujuk ke HUS pada Mei dan Jun lalu.

Kata Haslimi, dia sekali lagi berbuat demikian apabila Alieya menerima rawatan susulan kali ketiga pada 9 Oktober lalu.


MUKAH 12 OKTOBER 2018 (SWK333C). Aileya Syafira Haslimi, 2. STR/KHALID LATIP

“Saya memilih motosikal bagi menjimatkan kos. Lagipun, saya lebih bebas bergerak berbanding terpaksa menunggu jika menggunakan kenderaan awam.

“Ada ketikanya, saya terpaksa berhenti jika hujan lebat, angin kencang dan ribut petir. Sepanjang perjalanan itu, hanya Tuhan yang tahu bertapa risaunya hati saya apabila mengenang keadaan Alieya.

“Malah, setiap kali melihat anak bergelut menahan kesakitan, perasaan saya dan isteri bagai direntap. Kami hanya mampu menahan kesedihan dalam hati,” ujarnya.

Haslimi bersama isteri Khatizah Azmi, 30, tidak menyangka puteri kesayangan mereka itu menderita kanser otot tahap tiga kerana anaknya itu baru dikesan mengalami bengkak di belakang paha kanan April lalu.

“Tidak lama selepas itu, Aileya dirujuk ke HUS di Kuching dan pakar mengesahkan dia menderita penyakit berkenaan.

“Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak sekecil itu menanggung derita sebegitu, namun kami sedaya upaya berusaha untuk memastikan apa saja penawar dapat diberikan asalkan kanser itu dapat dipulihkan. Saya juga mengharapkan doa, agar anak saya segera sembuh,” katanya.

Bagi orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini, sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui akaun Agro Bank Haslimi Hassan (2-00-6842-00001524-4)

Image: 
Image: 

SANGGUP meredah perjalanan lebih 1,000 kilometer dari Mukah ke Kuching hanya menaiki motosikal ‘kapcai’ demi anak tersayang.

Norman, Memey 'bahagiakan' Inteam...

$
0
0
Utama

mohamadridzuan@hmetro.com.my

KUMPULAN nasyid Inteam terkejut dengan sambutan peminat terhadap muzik video lagu terbaru mereka berjudul Dia yang menduduki tangga ‘trending’ kedua di YouTube.

Video itu mendapat 300,000 tontonan dalam masa satu hari sejak dilancarkan pada 5 Oktober lalu.

Trio nasyid dianggotai oleh Mohd Syahril Ab Khalid, Muhammad Hazamin Harun, Abdul Rahim Osman dan Hisyam Ahmad.

Syahril atau dikenali sebagai Syah Inteam berkata, mereka turut mendapat reaksi penonton menyatakan kesedihan mereka sehingga menitiskan air mata apabila menonton muzik video ini.

“Kami melihat muzik video yang menampilkan Norman Hakim dan Memey Suhaiza sebagai pelakon ini amat berkesan.

“Ia sangat menyentuh hati dan begitu kena dengan lagu dan lirik disampaikan. Turut ditampilkan dalam cerita ini ialah anak-anak mereka, Awish serta Kikim dan kedua-duanya turut menunjukkan lakonan yang mengesankan.

“Sehingga kini muzik video Dia sudah mencecah tontonan sebanyak 419,267 tontonan dan mencapai sehingga lebih 3,754 komen dan 33,000 like,” katanya kepada Harian Metro.

Muzik video itu mengisahkan pasangan suami isteri yang bahagia dengan dua orang cahaya mata yang comel namun teruji dengan satu peristiwa di mana suaminya didapati hilang ketika menjalankan misi kemanusiaan di Gaza.

Biarpun terselamat, si suami buta kedua mata akibat kemalangan letupan yang berlaku di Gaza serta berada di dalam dilema untuk pulang kepada keluarganya kerana tidak mahu membebankan mereka.

Namun akhirnya, mereka dipertemukan semula dalam suasana yang penuh menyentuh perasaan.

Menurut Syah, sebahagian netizen yang memberikan komen, turut mengaitkan jalan cerita video ini dengan pengorbanan enam orang wira anggota bomba yang terkorban ketika menjalankan tugas.

“Malah netizen turut mendoakan keluarga mereka diberikan kekuatan dan kesabaran.

“Kami amat berbesar hati apabila muzik video ini turut dikongsikan oleh beberapa selebriti terkenal.

“Selain Norman dan Memey sendiri, Datuk Alif Syukri dan Syamsul Yusof turut berkongsi video ini di Instagram masing-masing,” katanya.

Rata-rata peminat Inteam juga menyifatkan lagu ciptaan Harry Khalifah dan lirik oleh Syah Inteam ini serta muzik video yang dihasilkan adalah kepulangan semula atau ‘comeback’ Inteam dengan lagu yang hampir menyamai konsep lagu-lagu popular mereka suatu masa dahulu seperti Nur Kasih, Impian Kasih dan Kasih Kekasih.

Image: 

KUMPULAN nasyid Inteam terkejut dengan sambutan peminat terhadap muzik video lagu terbaru mereka berjudul Dia yang menduduki tangga ‘trending’ kedua di YouTube.

623 pertuduhan rogol anak

$
0
0
Utama

EJEN unit amanah dihukum penjara 40 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, tertuduh didakwa atas kesalahan 623 pertuduhan rogol, liwat dan melakukan sentuhan seksual terhadap anak kandungnya berusia 16 tahun.

Berita selanjutnya menyusul

Image: 

EJEN unit amanah dihukum penjara 40 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

[UPDATE] 'Haiwan pun tak akan buat begitu'

$
0
0
Utama

murni@nstp.com.my

“HANYA kamu yang tahu apa sebenarnya berlaku. Haiwan pun tidak akan buat perbuatan kamu,” kata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah ketika menjatuhkan hukuman terhadap ejen unit amanah atas kesalahan merogol, meliwat, melakukan sentuhan dan penganiyaan seksual terhadap anak kandungannya berusia 16 tahun.

Hakim Azman menjatuhkan hukuman penjara 40 tahun dan 24 sebatan terhadap lelaki berusia 37 tahun itu yang mengaku bersalah atas 623 pertuduhan terbabit.

Beliau membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan tertuduh untuk mengurangkan hukuman yang sebelum ini dijatuhi oleh Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak, terhadap tertuduh.

Tertuduh merayu terhadap keputusan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Putrajaya yang menjatuhkan hukuman penjara 48 tahun dan 24 sebatan atas semua pertuduhan.

Hukuman bagi rogol berjalan secara berasingan dengan pertuduhan yang lain.

Tertuduh merayu terhadap keputusan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Putrajaya yang menjatuhkan hukuman penjara 48 tahun dan 24 sebatan atas semua pertuduhan.

Sebelum ini tertuduh dijatuhi hukuman penjara 28 tahun dan 12 sebatan bagi pertuduhan merogol, bagi pertuduhan meliwat, lelaki itu dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 12 sebatan.

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun bagi kesalahan penganiayaan seks daripada 15 tahun kepada 10 tahun manakala bagi kes kesalahan sentuhan seksual daripada 20 tahun menjadi 10 tahun.

Dalam keputusannya, Hakim Azman berkata setiap hukuman kepada tertuduh mempunyai hukuman sebat bagaimanapun mengikut peraturan penjara, sebat hanya dibenarkan sebanyak 24 kali.

“Berhubung permohonan kamu mahu tuduhan dibacakan semula, mahkamah mendapati pertuduhan itu boleh difahami walaupun tiada peguam. Tidak menjadi kesalahan untuk kamu mengaku salah tanpa kehadiran peguam kerana ini bukan membabitkan hukuman mati.

“Pengakuan salah kamu sendiri mengelakkan anak kamu memberi keterangan dan ia akan mendedahkan apa sebenarnya berlaku seperti dalam setiap pertuduhan. Bertaubatlah. Jika kamu rasa kamu tidak buat , bergantunglah kepada kamu,” katanya.

Beliau berkata, hukuman yang dijatuhi hari ini hanyalah berdasarkan apa yang terkandung dalam undang-undang.

“Di hati kecil kamu, hanya kamu yang tahu apa sebenarnya berlaku. Hanya kamu yang tahu apa kecederaan yang berlaku pada anak itu.

“Ini satu perbuatan yang boleh saya katakan haiwan pun tidak akan buat perbuatan ini. Perbuatan ini hanya antara kamu dan Tuhan sahaja yang tahu,” katanya.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aimi Syazwani Samin manakala tertuduh diwakili peguam Tiu Foo Woei dan N Rajesh daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK)

Pada 8 September tahun lalu, Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Putrajaya menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap lelaki itu selepas dia mengaku bersalah merogol, meliwat dan penganiayaan seksual terhadap anak perempuannya.

Berita berkaitan:

623 pertuduhan rogol anak

Image: 

“HANYA kamu yang tahu apa sebenarnya berlaku. Haiwan pun tidak akan buat perbuatan kamu,” kata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah ketika menjatuhkan hukuman terhadap ejen unit amanah atas kesalahan merogol, meliwat, melakukan sentuhan dan penganiyaan seksual terhadap anak kandungannya berusia 16 tahun.


Syamsul saman![METROTV]

$
0
0
Utama

syafil.syazwan@hmetro.com.my

PENGARAH dan pelakon, Syamsul Yusof, 34, mengambil tindakan mahkamah terhadap individu memuat naik dan menyebarkan filem Munafik 2 di media sosial.

Menurut Syamsul, tindakan menyaman individu terbabit adalah sebagai pengajaran kepada mereka dan juga pencetus kepada pembikin filem supaya tidak memandang ringan isu seumpama itu.

“Dengan tindakan menyaman ini, saya nak semua pihak tahu bahawa kami sememangnya memandang serius isu ini,” katanya kepada Harian Metro.

Syamsul ketika ditemui di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) tindakannya itu tidak hanya mewakili dirinya, filem arahannya dan syarikat produksi Skop Productions Sdn Bhd (Skop) semata-mata, tetapi juga pembikin filem lain.

“Saya mengambil tindakan bukan atas nama saya, filem Munafik 2 dan syarikat produksi Skop semata-mata tetapi mewakili semua pembikin filem tempatan.

“Saya berharap tindakan ini akan membawa individu terbabit ke muka pengadilan dan seterusnya dikenakan hukuman setimpal.

“Kalau tidak, mereka tidak bertanggungjawab ini akan terus bermaharajalela sekaligus akan melakukan kerja-kerja ‘haram’ itu secara berterusan,” katanya.

Dia tahu ada pihak memperlekehkan tindakannya sekaligus mencabar undang-undang.

“Saya sangat kecewa dengan tindakan individu itu dan bagi saya, kalau dibiarkan, ia akan menjadi barah di dalam industri perfileman tanah air.

“Saya tahu, ada pihak menganggap apa berlaku adalah hal remeh dan memandang kenyataan saya membawa hal itu ke muka pengadilan, sebagai perkara main-main.

“Sekarang, pihak kami akan melakukan apa saja yang boleh untuk memastikan individu itu didakwa,” katanya.

Pengarah Urusan Skop, Datuk Yusof Haslam yang juga bapa kepada Syamsul berkata, apa yang berlaku membantutkan perkembangan industri filem Malaysia.

“Banyak filem kita sekarang, perkembangannya sangat positif dan ada yang dah sampai ke Hollywood. Tapi, orang tidak bertanggungjawab seperti individu inilah yang merosakkan industri perfileman kita,” katanya.

Pihak Skop diwakili peguam, Aizun Rohan dan Saiful Roger hari ini menghantar surat saman kepada individu terbabit jam 10.20 pagi tadi, hari ini selepas memfailkan tindakan mahkamah terhadapnya pada 8 Oktober lalu.

Sebelum itu, satu laporan polis berkaitan itu sudah dibuat di Balai Polis Setapak pada 20 September 2018.

Untuk rekod, individu berkenaan memuat naik dan menyiarkan filem Munafik 2 di Facebook miliknya menggunakan nama Sasuke Kun dan di Instagram menggunakan nama profil @muhammad_izwan_shah.

Image: 

PENGARAH dan pelakon, Syamsul Yusof, 34, mengambil tindakan mahkamah terhadap individu memuat naik dan menyebarkan filem Munafik 2 di media sosial.

Syamsul saman!

Lima menteri dapat Datuk Seri

$
0
0
Utama

LIMA menteri kabinet antara 419 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran Melaka bersempena sambutan ulang tahun ke-80 Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob, hari ini.

Mereka adalah antara 14 penerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) membawa gelaran ‘Datuk Seri’.

Lima menteri terbabit termasuk Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Mohd Harun; Menteri Kesihatan Dr Dzulkeply Ahmad; Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan MD Yusof; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mujahid Yusof.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dalam satu kenyataan berkata, yang turut menerima DGSM ialah Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Mohd Akin; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Borhan Dolah; Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Roslan Ibrahim; Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Jamil Salleh dan Penasihat Umum Parti Amanah Negara (Amanah) Ahmad Awang.

Yang lain ialah Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Dr Roslan Md Taha; Pengarah Urusan Kuala Linggi International Port Datuk Noormustafa Kamal Yahya; Pengarah Urusan Fazil Group Datuk Mohamad Fazil Shafie dan Pengarah Urusan GUH Holding Sdn Bhd Datuk H’ng Bak Tee.

Adly berkata Rina yang juga Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mendahului senarai penerima itu bersama-sama 160 penerima lain pada istiadat penganugerahan sesi pertama hari ini manakala sesi kedua membabitkan 258 penerima dijadualkan pada 10 November depan.

Menurut beliau, seramai sembilan akan menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) membawa gelaran ‘Datuk Wira’ antaranya Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Omar Jaafar; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) Dr Md Farid Md Rafik; Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Hatta Md Ramli dan Ketua Polis Melaka Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah.

“Pakar perunding perubatan Datuk Seri Dr L. Suresh Raj; Pengarah Eksekutif Safz Auto Sdn Bhd Datuk Muhamad Faizal Zainol; Pengerusi Kehormat Persatuan Pelaburan China-Kesatuan Pelaburan Luar Negara Datuk Md Wira Dani Abdul Daim dan Presiden Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia Abdul Ghani Samsudin,” katanya.

Seramai 18 individu dianugerahi Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran ‘Datuk’ antaranya Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan Melaka Mohd Rafiq Naizamohideen; Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka Tey Kok Kiew; Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka Muhammad Jailani Khamis dan Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka Mohd Sofi Abdul Wahab.

“Pegawai Kewangan Negeri Melaka Hanafi Sakri; Penasihat Undang-undang Negeri Melaka Mohamad Abazafree Mohd Abbas; Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Wong Fort Pin; Naib Presiden Amanah Senator Husam Musa dan Timbalan Ketua Audit Negara Zulkipli Abdullah,” katanya.

Image: 

LIMA menteri kabinet antara 419 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran Melaka bersempena sambutan ulang tahun ke-80 Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob, hari ini.

[UPDATE] 'Tak sangka hobi suami ragut nyawanya'

$
0
0
Utama

cnews@nstp.com.my

“SEBELUM ini ibu mentua memang selalu minta suami jual payung terjunnya, tetapi dia tidak mahu jual kerana aktiviti itu sudah menjadi minatnya.”

Itu luahan Asiah Yahya, 32, isteri kepada ahli ‘paraglider’, Muhammad Khairunnaim Abdullah, 30, yang lemas selepas paramotornya terjatuh ke dalam Sungai Muda dekat Kota Kuala Muda, Sungai Petani, pagi hari ini.

Asiah berkata, suaminya keluar dari rumah mereka di Penaga, Pulau Pinang, kira-kira 7 pagi dan dia tidak menunjukkan sebarang perubahan, malah masih menjalankan tanggungjawab sebagai suami seperti biasa.

“Macam biasa, pagi tadi sebelum arwah keluar dia ada beli kuih untuk saya dan anak-anak. Selepas itu dia terus keluar, cuma kakak ipar berasa hairan kerana arwah tidak menegurnya langsung ketika mereka terserempak pagi tadi.

“Menjadi kebiasaan setiap Sabtu dan Ahad arwah akan melakukan aktiviti riadah ini bersama rakannya, saya tidak sangka hobinya ini akan meragut nyawanya sendiri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.


ISTERI paraglider yang maut selepas terjatuh ke dalam Sungai Muda, Kota Kuala Muda, Asiah Yahya. FOTO Nor Farhani Che Ad

Asiah berkata, suaminya yang bekerja sebagai jurugegas di Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang, terbabit dalam sukan itu sejak empat tahun lalu, dan menjadi ahli persatuan paramotor berdaftar yang berkelayakan.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, Muhammad Khairunnaim lemas selepas terjatuh ke dalam sungai apabila enjin paramotornya mengalami masalah ketika melakukan aktiviti itu di Dataran Dato Ali Yahaya.

Sementara itu, seorang saksi kejadian dikenali sebagai Ahmad, 24, berkata, dia baharu sahaja melihat paramotor dipandu mangsa diterbangkan di kawasan berkenaan.

“Tak sampai lima minit, saya nampak payung terjun mangsa semakin merendah sebelum terjatuh ke dalam sungai dan dia terkapai-kapai meminta pertolongan penduduk kampung.

“Saya dan beberapa penduduk termasuk nelayan yang ada di sungai ketika itu cuba membantu, namun arus sungai yang deras menyukarkan kami menyelamatkannya,” katanya.

Katanya, ketika mangsa berjaya dibawa naik ke darat, dia sudah tidak sedarkan diri dengan tali payung terjun dilihat terbelit di kakinya.

Berita berkaitan:

Enjin rosak, paraglider maut

Image: 
Image: 

“SEBELUM ini ibu mentua memang selalu minta suami jual payung terjunnya, tetapi dia tidak mahu jual kerana aktiviti itu sudah menjadi minatnya.”

Ajal bot terbalik ketika jala ikan

$
0
0
Utama

cnews@natp.com.my

DUA lelaki yang sedang menjala ikan dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik ketika hujan di Empangan Timah Tasoh, Padang Besar, hari ini.

Dalam kejadian 3.30 petang itu, seorang lelaki berusia 60-an bersama anak dan anak saudaranya yang berusia 20-an gagal balik ke jeti ketika hujan.

Bot dinaiki ketiga-tiga mangsa kemudian dipercayai terbalik, sebelum hanya seorang lelaki dapat menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing tasik sebelum dia meminta pertolongan orang ramai.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada 3.58 petang.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba mula melakukan operasi mencari mangsa dan mayat mangsa pertama iaitu lelaki berusia 20-an ditemui pada 6 petang tadi.

“Operasi pencarian mengalami sedikit kesukaran berikutan cuaca tidak menentu selain hujan lebat pada peringkat awal,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, operasi mencari seorang lagi mangsa dipercayai bapa saudara mangsa pertama masih diteruskan dengan bantuan anggota Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pihak polis.

Image: 

DUA lelaki yang sedang menjala ikan dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik ketika hujan di Empangan Timah Tasoh, Padang Besar, hari ini.

Anwar kembali ke Parlimen [METROTV]

$
0
0
Utama

cnews@nstp.com.my

DATUK Seri Anwar Ibrahim sah menang Pilihanraya Kecil (PRK) Port Dickson dengan majoriti undi 23,560.

Pegawai Pengurus PRK Parlimen Port Dickson, Khairy Maamor berkata, Anwar yang mewakili Pakatan Harapan (PH) memperoleh 31,016 undi daripada 172 saluran undi sehingga penjumlahan tamat pada 9.15 malam.

Sementara itu, calon PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar memperoleh 7,456 undi manakala calon bebas, Tan Sri Isa Samad mendapat 4,230 undi, diikuti calon bebas lain iaitu Stevie Chan Keng Leong (337 undi), Lau Seck Yan (214 undi), Kan Chee Yuen (154 undi) dan Saiful Bukhari Azlan (82 undi).

Menurut SPR, peratusan keluar mengundi dicatat pada 58.3 peratus dan lebih tinggi berbanding tiga PRK terdahulu.

Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff berkata, Anwar akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, pada Isnin ini yang juga hari pertama Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Parlimen ke-14.

  • Lagi berita PRK Port Dickson
  • Image: 

    DATUK Seri Anwar Ibrahim sah menang Pilihanraya Kecil (PRK) Port Dickson dengan majoriti undi 23,560.

    Anwar kembali ke Parlimen

    Majoriti mengagumkan - Anwar [METROTV]

    $
    0
    0
    Utama

    cnews@nstp.com.my

    DATUK Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kemenangan beliau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson sebagai di luar jangkaan.

    Beliau berkata, kemenangan dengan jumlah majoriti 23,560 cukup mengagumkan menandakan beliau mendapat mandat besar daripada warga Port Dickson termasuk kaum Melayu, Cina, India dan Orang Asli.

    “Undi popular kali ini mencecah 75 peratus berbanding yang diperoleh pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) iaitu sebanyak 48 peratus.

    “Undi tentera yang dahulu tidak berpihak kepada kita, kini berubah dengan peningkatan sebanyak 122 peratus iaitu satu peningkatan yang besar,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan (PH) PRK Port Dickson, malam ini.

    Hadir sama, isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

    Anwar berkata, beliau dijangkakan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pada Isnin ini.

    Katanya, beliau sudah menghubungi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu menyatakan rasa bangga dengan kejayaan berkenaan.

    Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Anwar menang dengan majoriti 23,560 undi mengatasi enam calon lain.

    Beliau mendapat 31,016 undi, diikuti calon PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar yang mendapat 7,456 undi.

    Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang bertanding atas tiket Bebas pula memperoleh 4,230 undi manakala bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan (82).

    Calon Bebas lain, Stevie Chan mendapat 337 undi, Lau Seck Yan (214), Kan Chee Yuen (154).

  • Lagi berita PRK Port Dickson
  • Image: 

    DATUK Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kemenangan beliau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson sebagai di luar jangkaan.

    Majoriti mengagumkan - Anwar

    Saleem Iklim sudah tiada [METROTV]

    $
    0
    0
    Utama

    mohamadridzuan@hmetro.com.my

    PENYANYI popular, Saleem, meninggal dunia pada 6.15 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur.

    Perkara ini disahkan oleh isterinya Juriah@Julia Bachok kepada Harian Metro.

    Saleem atau nama sebenarnya Am Saleem Abd Majeed, 56, dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), hospital itu selepas kemalangan motosikal pada 20 September lalu.

    Dalam kejadian di Kilometer (km) 16, Lebuhraya Grand Saga itu, 12 tulang rusuk Saleem patah termasuk satu daripadanya tertusuk paru-paru.

    Kemalangan berlaku pada 3.20 petang apabila Saleem yang menunggang motosikal dari arah Kajang menghala ke Cheras dilaporkan terbabit kemalangan dengan kereta dari arah laluan yang sama berhampiran Plaza Tol Batu 11, Kajang.

    Ketika kejadian, pemandu kereta dilaporkan cuba membelok ke kiri untuk masuk ke susur pejabat Grand Saga di Plaza Tol Batu 11, sebelum sisi kiri bahagian hadapan keretanya dirempuh oleh motosikal Saleem.

    Image: 

    PENYANYI popular, Saleem, meninggal dunia pada 6.15 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur.

    Saleem Iklim sudah tiada

    'Saleem tiada tolok bandingnya'

    $
    0
    0
    Utama

    sudirman@hmetro.com.my

    PENYANYI Zamani berkongsi banyak perancangan dibuat bersama Allahyarham Saleem semasa hayatnya, tidak tercapai.

    Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim berkata, arwah ada menyuarakan hasrat untuk menyertai program realiti, Gegar Vaganza.

    "Kami ada bergurau untuk masuk Gegar Vaganza beberapa tahun lalu sewaktu dia sihat.

    "Saya memang amat terkilan tidak dapat bertemu dengan dia dalam keadaan dia sedar. Ada melawat selepas dia kemalangan, namun dia tidak boleh bercakap,” katanya.

    Menurut Zamani, Saleem adalah penyanyi yang tiada tolok bandingnya dan antara artis yang paling senang bekerjasama.

    "Allahyarham memang senang untuk memberikan kerjasama terutama ketika di studio rakaman. Suaranya memang tiada ganti," katanya.

    Zamani pernah merakamkan semula lagu Isabella dengan Saleem bersama dua penyanyi ternama lain iaitu Datuk Jamal Abdillah dan Amy Search.


    Penyanyi, Hattan di temubual media sewaktu tiba menziarahi arwah Saleem Iklim di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). FOTO Khairul Azhar Ahmad

    Sementara itu, penyanyi Datuk Hattan berkata, Allahyarham pernah merakam sebuah lagu bersamanya, namun tidak berpeluang untuk dilancarkan.

    “Kami berdua ada merakam sebuah lagu. Tetapi ia tidak pernah dilancarkan,” katanya.

    Hattan juga berkongsi pengalaman ketika mereka menjayakan konsert jelajah di Sabah penghujung tahun lalu.

    “Kali terakhir saya berjumpa Allahyarham adalah pada bulan Disember lalu ketika sama-sama menjayakan konsert jelajah di Sabah.

    “Ketika itu arwah sangat gembira dan ceria. Sepanjang mengenalinya, arwah memang berperwatakan begitu.

    “Saya agak ralat kerana sepatutnya saya dan isteri melawatnya dua minggu lalu, namun dibatalkan saat akhir kerana perlu pulang ke kampung," katanya.

    Terdahulu, Saleem atau nama sebenarnya, A.M Salim Abdul Majeed menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) 6.15 pagi hari ini.

    Penyanyi berusia 57 itu sebelum ini terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 21 September lalu. Kemalangan tersebut mengakibatkan tulang rusuknya patah serta beliau berada dalam keadaan koma.

    Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Surau As Syakirin Bandar Mahkota Cheras dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Perdana selepas solat Zohor.

    Berita berkaitan

    Saleem Iklim sudah tiada

    Image: 
    Image: 

    PENYANYI Zamani berkongsi banyak perancangan dibuat bersama Allahyarham Saleem semasa hayatnya, tidak tercapai.

    'Karya arwah ayah akan terus hidup'

    $
    0
    0
    Utama

    sudirman@hmetro.com.my

    “PERASAAN sedih saya sama dengan orang lain apabila kehilangan orang yang besarkan kita, walaupun saya tidak dibesarkan sepenuhnya oleh arwah,” luah penyanyi Syafiq Farhain yang juga anak kepada Allahyarham Saleem yang meninggal dunia 6.15 pagi, hari ini.

    Syafiq, 24, atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A.M Salim berkata, kali terakhir melihat arwah bapanya tiga hari lalu di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

    Bagaimanapun, Syafiq tidak dapat berjumpa bapanya kerana ketika itu pihak hospital sedang menguruskan bapanya yang baru dimasukkan ke unit itu.

    “Sewaktu dapat berita bapa kemalangan, saya terus ke hospital. Selama beberapa hari juga saya ulang alik melawatnya sebelum arwah dibawa pulang ke rumahnya.

    “Tiga hari lalu saya diberitahu ayah dimasukkan ke ICU PPUKM. Saya bergegas ke situ, tetapi tidak sempat berjumpa kerana kesuntukan waktu dan pihak hospital sedang menguruskan prosedur rawatan.

    “Semalam saya berada di Kuala Terengganu sebab ada persembahan. Sejurus dimaklumkan berita ini, saya terus bergegas balik ke Kuala Lumpur. Sempat juga saya menatap wajah ayah buat kali terakhir di bilik jenazah hospital,” katanya kepada Harian Metro.

    Syafiq juga berkongsi, arwah bapanya pernah berpesan supaya menyanyi dengan ikhlas dan sentiasa buat baik dengan orang.

    “Sebelum ini bapa pernah cakap, menyanyi kena ikhlas dan paling penting buat baik dengan semua orang. Selebihnya saya tidak tahu nak cakap apa.

    “Bukan saja saya yang masih terkejut, tetapi seluruh keluarga dan peminat juga. Jadi, saya berharap kepada semua yang mengenali arwah ayah harap bertabah kerana kehilangannya tiada galang ganti.

    “Saya yakin karya arwah ayah akan terus hidup. Doakan juga semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

    Terdahulu, Saleem atau nama sebenarnya, A.M Salim Abdul Majeed menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) 6.15 pagi hari ini.

    Penyanyi berusia 57 itu sebelum ini terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 21 September lalu. Kemalangan itu mengakibatkan tulang rusuknya patah serta beliau berada dalam keadaan koma.

    Jenazah Allahyarham dibawa ke Surau As Syakirin Bandar Mahkota Cheras dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Perdana selepas solat Zohor.

    Antara rakan artis yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir adalah Datuk DJ Dave, Datuk Freddie Fernandez, Ajai, Yantzen, Lan Solo, Salwa Abdul Rahman, Tomok, Farhan, Ifa Raziah, Datuk Hattan, Zamani, Ameng dan ramai lagi.

    Berita berkaitan

    Saleem Iklim sudah tiada

    'Saleem tiada tolok bandingnya' [METROTV]

    Arwah Saleem 'happy go lucky'

    Image: 

    “PERASAAN sedih saya sama dengan orang lain apabila kehilangan orang yang besarkan kita, walaupun saya tidak dibesarkan sepenuhnya oleh arwah,” luah penyanyi Syafiq Farhain yang juga anak kepada Allahyarham Saleem yang meninggal dunia 6.15 pagi, hari ini.

    [UPDATE] Tanah runtuh: tiga maut

    $
    0
    0
    Utama

    apendy@nstp.com.my

    TIGA pekerja kebun maut selepas rumah kongsi didiami mereka tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 49, Kampung Tiga, Kuala Terla, Cameron Highlands, hari ini.

    Tragedi itu mengorbankan dua wanita dan seorang lelaki termasuk suami isteri warga Myanmar berusia 23 dan 34 tahun yang dipercayai bekerja di kawasan kebun berhampiran lokasi kejadian.

    Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian 10.40 pagi.

    “Polis terima maklumat melalui panggilan telefon daripada orang awam memberitahu tiga rakannya tertimbus akibat tanah runtuh di kampung berkenaan.

    “Susulan itu pasukan polis bersama bomba pergi ke tempat kejadian bagi tujuan operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan polis (tiga pegawai dan tujuh anggota) dan bomba (dua pegawai dan 16 anggota),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Menurutnya, pada 11.30 pagi apabila sampai di tempat kejadian didapati dua mangsa iaitu wanita warga Myanmar sudah berjaya dikeluarkan oleh rakan mangsa dan disahkan meninggal dunia.

    “Manakala seorang lagi mangsa masih berada di dalam pondok yang tertimbus dan kerja menyelamat dijalankan polis, bomba dengan bantuan masyarakat setempat.

    “Pada 1.20 tengah hari mangsa ketiga berjaya ditemui serta dikeluarkan dan disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.

    Menurutnya, semasa kejadian berlaku ketiga-tiga mangsa dipercayai sedang tidur di dalam pondok yang mana pondok itu didirikan di kawasan tidak sah iaitu di bawah cerun yang curam dan akibat daripada hujan lebat, berlaku tanah runtuh yang menimbus kediaman mangsa.

    Ashari berkata, setakat ini hanya butiran ringkas sahaja mengenai identiti kesemua mangsa kerana dokumen pengenalan diri tidak ditemui dan polis sedang mengenalpasti identiti sebenar mangsa.

    “Butiran ringkas identiti mangsa adalah Aung Thong, 23, bersama isterinya Naing Vai, 23, manakala seorang lagi wanita dikenali sebagai Mu Aye Aye, 34.

    “Mayat ketiga-tiga mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata, Cameron Highlands untuk dibedah siasat,” katanya.

    Berita berkaitan

    Dua dikhuatiri maut, seorang hilang dalam tanah runtuh

    Image: 

    TIGA pekerja kebun maut selepas rumah kongsi didiami mereka tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 49, Kampung Tiga, Kuala Terla, Cameron Highlands, hari ini.

    'Dia tak pernah tunjuk sakit' - isteri Saleem

    $
    0
    0
    Utama

    mohamadridzuan@hmetro.com.my

    “SAYA dah nampak, tapi saya tak nak bercakap kepada sesiapa. Saya dah tahu keadaan Abang Saleem 50:50 untuk bertahan, tapi saya takkan hebohkan selagi doktor tak sahkan,”

    Begitu diceritakan isteri penyanyi Saleem, Julia @ Juriah Bachok mengulas saat terakhir hayat suaminya, hari ini.

    Julia berkata, Saleem seakan rindu pada rumah mereka di Bandar Mahkota Cheras dan meminta dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur.

    “Dia sudah bertambah sihat, boleh berjalan dan boleh makan dan minta untuk pulang ke rumah.

    “Mulanya saya keberatan untuk ikut kehendaknya, tapi itulah, dia nak pijak rumahnya buat kali terakhir.

    “Dia rindukan rumah dan paling penting, dia nak jumpa anak kami, Mohd Amirul Mukminin, 15,” katanya.

    Menurut Julia, Saleem memang rapat dengan Amirul dan akan menunggang motosikal sekiranya ingin membeli apa-apa barang.

    “Pergerakannya di rumah juga dibantu oleh Amirul. Rakan artis Nik Putra dan Afee Utopia ada melawatnya di rumah dan dia tahu kehadiran mereka.

    “Namun dia hanya mampu angkat tangan kerana tak boleh bercakap. Suaranya pun hanya keluar sikit-sikit.

    “Saya reda... cuma saya sedih kerana dia orang yang sangat baik. Tak pernah kacau orang dan hanya buat hal sendiri,” katanya.


    JULIA (kiri) ditenangkan ahli keluarganya. FOTO Sairien Nafis

    Julia berkata, selepas enam hari berada di rumah, keadaan suaminya kembali kritikal dan dia membuat keputusan membawanya semula ke PPUKM pada 9 Oktober lalu.

    “Sebelum menghembuskan nafas terakhir, dia ditidurkan oleh doktor. Semasa ditidurkan dia senyum kepada saya. Selepas itu, saya cuma dapat tengok denyutan nadinya turun naik pada mesin.

    “Ketika itu, dia dah tak dapat cakap apa-apa,” katanya.

    Bagaimanapun, sebelum Saleem dibawa balik ke rumah, dia ada berpesan kepada Julia agar menjaga anak mereka iaitu Amirul dengan baik.

    “Itu saja pesanannya dan selepas itu dia sudah kritikal sehinggalah sebelum meninggal dunia, dia tak lagi bercakap dengan saya.

    “Dia memang sakit tapi dia lawan. Dia tak pernah tunjuk sakit dia pada saya.

    “Saya mewakili keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu Saleem, saya dan anak-anak serta yang menguruskan jenazah abang Saleem hari ini,” katanya.

    Katanya, kenangan terakhirnya bersama Saleem ialah ke Kuantan, Pahang untuk penganjuran ‘roadshow’ beliau sebelum terbabit dalam kemalangan motosikal pada 20 September lalu.

    “Tetapi Allah sudah tentukan kami tiada rezeki apabila dia kemalangan,” katanya.

    Image: 
    Image: 

    “SAYA dah nampak, tapi saya tak nak bercakap kepada sesiapa. Saya dah tahu keadaan Abang Saleem 50:50 untuk bertahan, tapi saya takkan hebohkan selagi doktor tak sahkan,”

    Ahmad Zahid didakwa Jumaat ini...?

    $
    0
    0
    Utama

    cnews@nstp.com.my

    PRESIDEN UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jumaat ini.

    Perkara itu didedahkan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam.

    “Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO sudah diberikan notis serah diri untuk ditahan jam 1.45 tengah hari tadi.

    “Beliau diarahkan untuk menghadirkan diri ke Ibu Pejabat SPRM jam 3 petang esok (Khamis) dan dijangka akan didakwa keesokkannya (Jumaat),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Beliau turut menyeru semua rakyat khususnya ahli dan kepimpinan UMNO untuk hadir sama sebagai tanda #Solidariti4PresidenUMNO di hadapan Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya jam 9 malam esok, dan di Mahkamah Seksen Kuala Lumpur di Jalan Duta, jam 8 pagi Jumaat.

    “Ayuh kita sama-sama hadir mempertahankan Presiden (UMNO) kita daripada regim zalim.

    “Jangan biarkan presiden kita keseorangan! Korbankan hanya sehari untuk kita mempertahankan maruah UMNO yang kini cuba dirobek oleh sang penguasa,” katanya.

    Bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebelum ini diambil keterangan selama tiga hari berturut-turut oleh SPRM pada minggu lalu berhubung dakwaan penyelewengan dana Yayasan Akal Budi.

    Beliau dipanggil memberi keterangan berkaitan siasatan penyelewangan dana yayasan yang dikaitkan dengan beliau untuk digunakan bagi menjelaskan hutang kad kredit milik beliau dan isterinya membabitkan nilai mencecah RM800,000.

    Ahmad Zahid adalah pengerusi yayasan itu yang ditubuhkan pada 1977 dengan misi menghapuskan kemiskinan.

    Beliau menafikan sebarang salah laku dan memaklumkan pegawainya tersilap menggunakan wang yayasan itu bagi membayar bil kad kreditnya.

    Image: 

    PRESIDEN UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jumaat ini.

    Viewing all 7853 articles
    Browse latest View live