Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all 7853 articles
Browse latest View live

'Allah SWT sayangkan Azwar'

$
0
0
Utama

cnews@nstp.com.my

“AZWAR perlu kuat, ini semua ujian Allah sebab Allah sayang Azwar,” kata Che Anisah Md Saad, ibu kepada Johan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kedah.

Che Anisah, 42, berkata, dia perlu selalu mengucapkan kata semangat itu kepada anaknya, Muhammad Azwar Mohd Ariff, 11, yang kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas disahkan mengalami ketumbuhan di kepalanya.

Katanya, ketumbuhan itu kini menyekat pengaliran air ke tulang belakang dan doktor telah melakukan pembedahan untuk menebuk bahagian itu bagi mengeluarkan air, Selasa lalu.

“Alhamdulillah Azwar kini dalam keadaan stabil cuma kurang bercakap berikutan rasa kurang selesa selepas pembedahan, namun dia mampu tersenyum dan mengenali semua yang melawatnya di HSB.

“Minggu depan doktor akan melakukan imbasan sekali lagi untuk menentukan rawatan seterusnya, saya mengharapkan doa orang ramai agar Azwar sembuh dan boleh kembali bersekolah,” katanya ketika ditemui.

Che Anisah berkata, dia sangat berterima kasih kepada kakitangan Hospital Sik yang turut berkunjung ke rumahnya Sabtu lalu, dan membantu membawa Azwar ke HSB.

“Selepas berita mengenai Azwar tersiar, saya dikunjungi pegawai perubatan dari Hospital Sik yang seterusnya merujuk Azwar ke HSB Ahad lalu, sebelum proses Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dapat dilakukan.

“Setelah sekian lama, kami akhirnya dapat mengetahui penyakit sebenar Azwar dan dia sendiri menerima ketentuan Allah SWT untuknya,” kata ibu kepada lima anak itu.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, Azwar hanya mampu menangis sambil memegang al-Quran selepas penglihatannya semakin kabur sejak dua minggu lalu, akibat penyakit misteri.

Pada Majlis Sambutan Maal Hijrah lalu, Azwar yang hadir berkerusi roda menjadi antara penerima anugerah yang disampaikan Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.

Berita berkaitan

Dulu johan Tilawah al-Quran, kini...

'Terima kasih doakan kesembuhan Azwar' [METROTV]

Image: 

“AZWAR perlu kuat, ini semua ujian Allah sebab Allah sayang Azwar,” kata Che Anisah Md Saad, ibu kepada Johan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kedah.


Kegilaan apakah ini?

$
0
0
Utama

hanneeyzah@nstp.com.my

KERANA cinta tidak direstui keluarga si gadis, lelaki dipercayai melarikan sebelum merogol teman wanitanya berusia 14 tahun.

Bagaimanapun, tindakan suspek berasal dari Kuala Berang, Hulu Terengganu, berusia 42 tahun itu membawa padah apabila dia ditahan polis dalam Ops Lejang, semalam.

Sumber berkata, suspek ditahan di tepi Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu, selepas bapa mangsa dari Kota Bharu, membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya yang dipercayai lari mengikut teman lelaki.

Katanya, suspek dipercayai bertindak membawa lari mangsa selepas hubungan cinta mereka tidak direstui keluarga si gadis kerana remaja itu masih muda dan bersekolah.

“Tindakan suspek adalah satu kesalahan kerana membawa lari remaja bawah umur.

“Ia menyebabkan bapa mangsa yang bimbang keselamatan anaknya membuat laporan polis sehingga suspek berjaya ditahan.

“Malah, bapa mangsa turut mengesyaki anaknya bukan sahaja dilarikan, tetapi juga menjadi mangsa rogol lelaki berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol bawah umur.

Image: 

KERANA cinta tidak direstui keluarga si gadis, lelaki dipercayai melarikan sebelum merogol teman wanitanya berusia 14 tahun.

Black timang anak lagi

$
0
0
Utama

michellegun@hmetro.com.my

ISTERI penyanyi Black, Naquia Yasirah selamat melahirkan anak perempuan di sebuah hospital perubatan di Selangor, hari ini.

Berita baik cahaya mata kedua mereka dikongsi Black atau nama sebenarnya Hanifah Hanafiah menerusi akaun peribadi Instagram miliknya.

Menurut penyanyi berusia 31 tahun itu, bayi mereka seberat 2.88 kilogram dilahirkan jam 1.56 pagi tadi.

"Dayyan dah dapat adik! Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kami dan kesejahteraan kami sekeluarga serta keselamatan anak kami yang baru lahir ini," tulisnya.

Ujar Black lagi, isteri dan bayi dalam keadaan sihat walafiat.

Penyanyi lagu Teman Pengganti itu turut berkongsi rakaman saat isterinya masuk hospital sehingga selepas melahirkan anak di Instagram.

Black dan Naquia mendirikan rumah tangga pada 13 September 2013.

Mereka dikurniakan anak sulung, Khaleef Dayyan yang berusia tiga tahun.

Image: 

ISTERI penyanyi Black, Naquia Yasirah selamat melahirkan anak perempuan di sebuah hospital perubatan di Selangor, hari ini.

'Saya bukan nak cari suami'

$
0
0
Utama

cnews@nstp.com.my

“SELEPAS kedaifan kami sekeluarga mendapat liputan akhbar, pelbagai pihak menghubungi saya untuk menawarkan rumah dan menjadi isteri kedua," kata Miss Najwa Lipayang, 31 yang terpaksa tinggal di dalam stor kedai kerana kesempitan hidup.

Najwa berkata, baru-baru ini, seorang individu yang berhati mulia membayarkan wang deposit rumah sewa selama dua bulan di Jalan Bayam untuk mereka tinggal buat sementara waktu.

"Kami boleh memasuki rumah sewa itu pada bila-bila masa.

"Tetapi dalam tempoh dua bulan itu juga, saya akan cuba mencari rumah sewa lain yang lebih murah mengikut kemampuan kerana tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada bantuan orang lain," katanya di Kota Bharu, semalam

Menurutnya, ada juga individu yang menawarkannya untuk dijadikan isteri kedua, namun dia menolaknya dengan baik.

"Saya bersyukur kerana ramai pihak prihatin dengan nasib kami sekeluarga, namun saya bukannya mahu meraih simpati dengan mencari calon suami tapi mahukan bantuan ikhlas daripada ihsan yang sanggup membantu kami sekeluarga.

"Selepas bercerai awal tahun ini, tidak pernah terdetik sedikit pun di hati saya untuk berkahwin kerana memikirkan anak-anak yang masih kecil selain tidak mahu membebankan orang lain," katanya.


PENGERUSI Yayasan Amal Dato Zul Wisma, Datuk Dr Zulkepli Mohamad (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada Miss Najwa Lipayang (duduk tiga kanan) ketika ditemui di stor kedai berhadapan bangunan Koperasi Guru Agama Kelantan Berhad, Jalan Long Yunus. FOTO Hazira Ahmad Saidi

Terdahulu keluarga ini menerima kunjungan daripada Yayasan Amal Dato Zul Wisma yang diketuai Pengerusinya, Datuk Dr Zulkepli Mohamad.

Dalam kunjungan itu, pihak yayasan turut menyerahkan sumbangan wang tunai dan barang keperluan asas yang sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarga berkenaan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, kedaifan yang dialami menyebabkan enam beranak ini terpaksa tinggal di dalam stor kedai berhadapan bangunan Koperasi Guru Agama Kelantan Berhad sejak tiga tahun lalu.

Ibu tunggal berkenaan bersama empat anak yang berusia antara dua hingga 10 tahun dan ibunya, Ruzana Ahmad, 53, menumpang di stor itu atas keizinan penyewa bangunan kedai yang bersimpati dengan kemiskinan mereka sekeluarga.

Stor yang dihuni hanya ada satu ruang dan di situlah tempat mereka tidur dan makan.

Sementara itu, Zulkepli berkata, pihaknya terpanggil untuk mengunjungi dan melihat sendiri kedaifan keluarga ini selepas menerima maklumat daripada liputan akhbar, Facebook (FB) dan WhatsApp.

"Saya dapati keluarga ini dikategorikan sebagai keluarga daif kerana tidak mempunyai tempat tinggal yang sempurna dan menumpang di stor.

"Insya-Allah, saya akan panjangkan perkara ini kepada pihak sepatutnya yang boleh membantu serta mempertimbangkan bantuan kepada keluarga ini dari semasa ke semasa," katanya.

Berita berkaitan

Nasib Miss Najwa

Image: 
Image: 

“SELEPAS kedaifan kami sekeluarga mendapat liputan akhbar, pelbagai pihak menghubungi saya untuk menawarkan rumah dan menjadi isteri kedua," kata Miss Najwa Lipayang, 31 yang terpaksa tinggal di dalam stor kedai kerana kesempitan hidup.

Siapa nak beli Equanimity?

$
0
0
Utama

ajohari@nstp.com.my

BAKAL pembida yang berminat untuk membeli kapal layar mewah Equanimity milik ahli perniagaan Jho Low, dikehendaki membayar deposit AS$1 juta (RM4.18 juta) terlebih dulu.

Peguam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Ong Chee Kwan berkata, bayaran deposit itu diperlukan bagi memastikan hanya pembeli yang serius mengemukakan bidaan.

Beliau berkata, proses bidaan kapal layar mewah yang bernilai AS$250,000 (RM1 bilion) itu akan berlangsung selama sebulan bermula pada 29 Oktober ini sehingga 28 November.

Katanya, pembida yang layak akan menerima borang tawaran yang menandakan bahawa mereka menerima syarat penjualan.

“Ini bukan bidaan atas talian, tidak semua orang boleh mengemukakan bidaan. Kita akan menetapkan tarikh bagi pembida layak untuk melihat keadaan kapal.

“Borang tawaran itu pula akan dimasukkan ke dalam sampul yang dimeterai. Sheriff mahkamah (pegawai pelaksana mahkamah) akan membuka sampul itu bersama-sama dengan laporan penilaian (dokumen penilaian suit hanya diketahui oleh sheriff).

“Bagi pembida yang berjaya dipilih oleh sheriff mahkamah, dikehendaki membayar 10 peratus daripada harga keseluruhan kapal dan baki 90 peratus dalam tempoh 10 hari kemudian,” katanya.

Chee Kwan berkata demikian selepas prosiding permohonan 1MDB untuk mendapatkan kebenaran mahkamah bagi terma dan syarat penjualan yang akan disiarkan kepada umum ketika proses bidaan.

Beliau berkata, melalui prosiding dalam kamar itu, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Khadijah Idris membenarkan terma dan syarat penjualan berkenaan.

Katanya, iklan berhubung penjualan kapal layar mewah itu akan disiarkan hari ini atau esok dalam akhbar tempatan dan antarabangsa

“Pembida yang berminat boleh menghubungi ejen pusat seperti tertera dalam iklan. Pembida yang layak juga akan dikemukakan dengan memorandum yang mengandungi maklumat mengenai proses bidaan dan status perundangan.

“Pembida atau pembeli yang berjaya akan mendapat pemilikan sah. Harapan kami ialah supaya kapal itu bukan lagi dalam pemilikan kami pada Disember ini,” katanya.

Pada 24 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Kerajaan Malaysia dan tiga lagi untuk menjual kapal mewah Equanimity yang didakwa milik ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.

Khadijah membenarkan permohonan bagi mendapatkan perintah penilaian dan penjualan dikemukakan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dua subsidiarinya Global Investment Limited serta Energy Holdings Limited mengikut Perintah 29 Aturan 4 Kaedah Mahkamah 2012.

Melalui permohonan difailkan pada 6 Ogos lalu, mereka menamakan pemilik kapal dan syarikat Equanimity (Cayman) Ltd beralamat di United Kingdom sebagai defendan pertama dan kedua.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dengan alasan bagi mengelakkan kos penyelenggaraan tinggi, selain ia boleh menyebabkan kerosakan sehingga aset itu susut nilai dan alasan keselamatan.

Image: 

BAKAL pembida yang berminat untuk membeli kapal layar mewah Equanimity milik ahli perniagaan Jho Low, dikehendaki membayar deposit AS$1 juta (RM4.18 juta) terlebih dulu.

Abang bomba ok je...

$
0
0
Utama

cnews@nstp.com.my

“KAMI sebagai anggota bomba tidak kisah jika baju kotor terkena muntah mahupun terkena percikan darah asalkan nyawa mangsa dapat diselamatkan,” kata Muhammad Azlan Mohd Nor, 30, anggota bomba yang tular selepas seorang kanak-kanak yang diselamatkan muntah pada bajunya.

Muhammad Azlan berkata, muntah itu adalah satu perkara kecil dalam pekerjaannya kerana sebelum ini dia pernah melakukan perkara lebih teruk seperti mengutip daging manusia yang hancur akibat terbabit dalam kemalangan serta darah mangsa yang diselamatkan terpercik di muka.

Dia yang sudah 10 tahun berkhidmat sebagai anggota bomba berkata, dia tidak sedikit pun menghiraukan bajunya kotor terkena muntah berkenaan, tetapi keutamaannya ketika itu ialah kanak-kanak yang diselamatkan berada dalam keadaan baik.

“Ketika gambar itu diambil, kami dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan susulan selepas berjaya menyelamatkan tujuh ahli keluarga apabila rumah yang mereka duduki terbakar, awal pagi hari ini.

“Pada mulanya, saya pegang kanak-kanak itu yang ketika itu pening dan mahu muntah, mungkin kerana terhidu asap akibat kebakaran di rumah terbabit.

“Tidak sangka pula, gambar yang diambil itu terus tular selepas dikongsi salah seorang yang berada di dalam kenderaan berkenaan,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Muhammad Azlan berkata, beliau bersyukur apabila gambar terbabit tular kerana sekurang-kurangnya netizen tahu kerja yang dilakukan anggota bomba sepertinya.

“Kami (bomba) rasa dihargai selepas membaca komen ditulis netizen selepas gambar terbabit tular, malah selepas tragedi yang meragut nyawa enam anggota bomba sebelum ini memberi satu gambaran bahawa tugas sebagai bomba ini bukanlah satu perkara mudah.

“Ia menunjukkan anggota bomba ini sanggup lakukan apa sahaja asalkan mangsa selamat. Itu sudah cukup memberi kepuasan kepada kami semua,” katanya.

Sebelum ini, gambar Muhammad Azlan memegang seorang kanak-kanak perempuan tular di media sosial.

Rata-rata netizen memberikan komen berbangga dengan tugas sebagai anggota bomba.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya, Nor Azilee Abd Kadir, ketika dihubungi berkata, kebakaran itu berlaku di Taman Arked, Dengkil pada 1 pagi.

“Rumah terbabit musnah teruk di bahagian ruang tamu, bagaimanapun kejadian itu tidak menjejaskan rumah lain.

“Buat masa ini bomba masih menyiasat punca kejadian,” katanya.

Image: 

“KAMI sebagai anggota bomba tidak kisah jika baju kotor terkena muntah mahupun terkena percikan darah asalkan nyawa mangsa dapat diselamatkan,” kata Muhammad Azlan Mohd Nor, 30, anggota bomba yang tular selepas seorang kanak-kanak yang diselamatkan muntah pada bajunya.

Aduh, sakitnya...

$
0
0
Utama

cnews@nstp.com.my

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lima tahun mengerang kesakitan apabila segenggam rambutnya ditarik hingga tercabut oleh seorang pesakit mental wanita di sebuah pasar raya di Kuala Pilah, kelmarin.

Selain kanak-kanak itu, sepupu mangsa berusia dua tahun turut berdepan nasib sama sebaik kepalanya diterkam lalu ditendang di bahagian perut.

Menceritakan kejadian itu, Zairi Yusoh, 36, berkata dia membawa anaknya, Nur Damia Qistina, 5, dan anak saudara, Nur Elisya Zaidi, 2, ke pasar raya itu untuk membeli barang dapur pada 5.15 petang.

“Sebaik tiba di pasar raya, saya makan di medan selera dan membiarkan anak serta anak saudara bermain di ruangan permainan elektronik.

“Sewaktu sedang menjamah makanan, saya terkejut mendengar jeritan Nur Damia.

“Saya bergegas ke sana dan mendapati seorang wanita tidak dikenali sedang menerkam mereka,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Condong, Juasseh Tengah, Kuala Pilah, hari ini.

Menurut Zairi, dia meleraikan insiden itu namun wanita berkenaan menarik segenggam rambut anaknya hingga tercabut hingga berlaku pergelutan.

Katanya, wanita terbabit turut menendang perut anak saudaranya menyebabkan orang ramai datang membantu.

“Saya difahamkan wanita berusia 20-an itu pesakit mental, namun apa yang dikesalkan adalah bapanya turut berada di medan selera terbabit.

“Sebagai bapa, dia sepatutnya memantau pergerakan anak, tambahan pula mengetahui anaknya pesakit mental.

“Malah, lelaki itu tidak meminta maaf biarpun menyaksikan kejadian,” katanya.

Zairi berkata, wanita itu ditahan pihak polis selepas panggilan dibuat orang awam.

Beliau turut membuat laporan di Balai Polis Melang, Kuala Pilah, pada 6.18 petang hari sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok mengesahkan menerima laporan dan suspek diserahkan kepada pihak Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah selepas ditahan.

Bagaimanapun, katanya, kertas siasatan tidak dibuka kerana suspek adalah pesakit mental.

Image: 

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lima tahun mengerang kesakitan apabila segenggam rambutnya ditarik hingga tercabut oleh seorang pesakit mental wanita di sebuah pasar raya di Kuala Pilah, kelmarin.

Jangan tambah derita Elyana lagi... [VIDEO]

$
0
0
Utama

syafil.syazwan@hmetro.com.my

PELAKON, Sherry Ibrahim, 35, yang juga teman rapat penyanyi, Elyana, meminta supaya netizen berhenti menulis komen negatif kepada rakan artis yang juga teman rapatnya, Elyana.

Menurut Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, setiap kata-kata netizen itu melukakan hati Elyana yang sedang bertarung dengan penyakit kanser limfoma tahap empat.

“Saya rapat dengan dia sejak 2006, namun tak pernah nampak dia berada dalam keadaan sakit. Jadi, bila kita semua tahu dia sakit, saya harap, janganlah ditambah lagi beban kepadanya dengan menulis komen-komen yang tidak sepatutnya,” katanya kepada Harian Metro.

Semalam, Sherry turut memuat naik video meminta supaya netizen mendoakan kesejahteraan penyanyi itu.

“Saya sangat mengambil berat (kepada Elyana) dan saya tahu, dia adalah manusia yang sangat kuat.

“Apa yang baik adalah, doakan supaya dia cepat sembuh dan sekarang, bukanlah masa yang sesuai untuk memberikan nasihat yang tidak bersesuaian.

“Kalau anda ada hati yang baik, tolong jangan buat begitu (menulis komen negatif),” katanya dalam video berkenaan.

Elyana juga kini sudah menyahaktifkan akaun Instagramnya kerana tidak mahu berdepan komen-komen netizen.

“Saya dapat tahu, sejak petang semalam lagi dia sudah nyakaktifkan akaun Instagramnya. Mungkin dia tak mahu melihat komen-komen yang menyakitkan hatinya.

“Jadi, saya sendiri sebagai teman rapatnya meminta kalian supaya memberikan ruang kepadanya,” katanya.

Kali terakhir Sherry bertemu dengan Elyana adalah pada Khamis lalu di hospital.

“Khamis lalu, saya bertemunya dan pada waktu itu, dia baru saja selesai menjalani rawatan radioterapi. Alhamdulillah, keadaan dia nampak baik,” katanya.

Image: 

PELAKON, Sherry Ibrahim, 35, yang juga teman rapat penyanyi, Elyana, meminta supaya netizen berhenti menulis komen negatif kepada rakan artis yang juga teman rapatnya, Elyana.

Jangan buat dia sedih

Empat beradik 'lain-lain' ibu kongsi pentas

$
0
0
Utama

cnews@nstp.com.my

EMPAT beradik daripada empat ibu berbeza melakar sejarah apabila berkongsi pentas sama dan menerima Diploma Perakaunan dalam Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) Ke-89, semalam.

Lebih membanggakan, Ayu Syaheera Zulkepli, Juliana Aziera, Zul Azril dan Zul Azrul, masing-masing berusia 21 tahun, menerima Anugerah Naib Canselor dan diploma kelas pertama.

Mereka empat beradik adalah anak kepada ahli perniagaan, Datuk Dr Zulkepli Mohamad daripada empat madunya.

Ayu Syaheera berkata, dia dan Zul Azrul menerima Anugerah Naib Canselor apabila masing-masing mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.89 dan dua lagi memperoleh 3.50 ke atas.

“Saya dan tiga adik-beradik lain menyambung pengajian dalam jurusan sama selepas ia dicadangkan oleh papa kami untuk menyambung legasi perniagaan yang diusahakan selama ini.

“Pada mulanya, kami berempat kurang meminati jurusan perakaunan, namun ketika memasuki Tingkatan Empat dan belajar di kelas sama dalam aliran perakaunan, mula timbul minat untuk mempelajarinya sedikit demi sedikit.

“Dalam masa sama, papa juga banyak memberi tunjuk ajar untuk memahami setiap apa yang diajar oleh guru ketika di sekolah selain pensyarah di universiti,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Seramai 1,467 graduan menerima diploma dan ijazah sarjana muda masing-masing dalam konvokesyen berkenaan yang diadakan selama dua hari bermula semalam di UiTM Kampus Machang.

Katanya, berada di dalam kelas yang sama sepanjang tempoh pengajian di universiti juga memudahkan mereka untuk berbincang dan membuat tugasan yang diberikan pensyarah.

“Di dalam kelas, kami bersaing secara sihat bagi memastikan mendapat keputusan dekan setiap semester.

“Apabila seorang daripada kami tidak memahami apa yang diajar oleh pensyarah, masing-masing akan membantu dan cuba menyelesaikan masalah bersama,” katanya.

Katanya, selepas tamat pengajian dalam jurusan diploma, hanya Zul Azril dan Zul Azrul yang menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di UiTM Machang dan Puncak Alam pada Mac lalu.

“Manakala saya dan Juliana mengambil keputusan untuk bekerja dan mencari pengalaman dengan membantu papa di syarikat miliknya,” katanya.

Image: 

EMPAT beradik daripada empat ibu berbeza melakar sejarah apabila berkongsi pentas sama dan menerima Diploma Perakaunan dalam Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) Ke-89, semalam.

Sah, pemilik Leicester City maut nahas helikopter

$
0
0
Utama

JUTAWAN pemilik Leicester City Vichai Srivaddhanaprabha disahkan antara lima mangsa terbunuh dalam nahas helikopter di tempat letak kereta bersebelahan Stadium King Power sejurus berlepas, semalam.

Sejumlah besar peminat yang menjangkakan berita buruk itu meletakkan kalungan bunga, selendang bola dan melakukan upacara sembahyang mengikut agama Buddha di luar perkarangan stadium berkenaan.

Ia sebagai memperingati mendiang yang bertanggungjawab untuk kemenangan kelab terbabit dalam kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada 2016.

“Dunia kehilangan seorang lelaki yang sangat hebat,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

“Leicester City adalah satu keluarga di bawah kepimpinan beliau. Sebagai sebuah keluarga, kami akan meratapi pemergian mendiang dan meneruskan wawasan kelab yang kini adalah legasi ditinggalkan mendiang,” kata kelab itu lagi.

Buku ucapan takziah akan diletakkan di stadium berkenaan bermula esok dan pasukan itu turut menangguhkan perlawanan menentang Southampton.

“Semua orang dalam kelab ini amat terharu dengan reaksi keluarga besar sukan bola sepak dan sokongan serta solidariti yang mereka berikan sangat dihargai pada waktu sukar ini,” kata kenyataan itu.


PEMINAT Leicester City memberi penghormatan terakhir terhadap mendiang Vichai yang terbabit dalam nahas helikopter. Foto REUTERS

Polis menamakan empat mangsa lain sebagai Nursara Suknamai dan Kaveporn Punpare iaitu dua petugas Vichai, juruterbang Eric Swaffer dan penumpang Izabela Roza Lechowicz.

Vichai, 60, pemilik empayar bebas cukai King Power di Thailand sering kelihatan setiap kali perlawanan diadakan dan sering berulang-alik dari negara asalnya untuk menyaksikan kelabnya bermain

Beliau dan empat penumpang lain menaiki pesawat berwara biru itu dan berlepas dari tengah padang sejurus stadium itu kosong usai perlawanan dengan West Ham yang berkesudahan dengan seri 1-1.

Saksi berkata, helikopter itu dilihat seolah-olah mengalami masalah teknikal di kipas belakang sejurus berlepas.

Foto menunjukkan bangkai pesawai terbabit dijilat api di tempat meletak kereta stadium itu yang menjadi lokasi sambutan bagi meraikan kejayaan Leicester City menjuarai Liga Premier dua tahun lalu. - AFP

Berita berkaitan

[UPDATE] Vichai, anak perempuan dalam helikopter...?

[UPDATE] King Power enggan ulas

Helikopter pemilik 'The Foxes' terhempas

Image: 
Image: 

JUTAWAN pemilik Leicester City Vichai Srivaddhanaprabha disahkan antara lima mangsa terbunuh dalam nahas helikopter di tempat letak kereta bersebelahan Stadium King Power sejurus berlepas, semalam.

Pesawat Indonesia terhempas [METROTV]

$
0
0
Utama

PESAWAT komersial Indonesia, Lion Air terhempas ketika dalam perjalanan dari Jakarta menuju Pangkal Pinang, Sumatra awal pagi, hari ini.

Pesawat dikatakan terputus hubungan kira-kira 13 minit selepas berlepas meninggalkan lapangan terbang.

Jurucakap Lion Air berkata, pesawat itu adalah jenis Boeing 737 dan sehingga kini masih belum ada jumlah rasmi penumpang di dalam pesawat terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutif Lion Air, Edward Sirait berkata, pihaknya belum membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden itu.

“Kami masih mengumpul maklumat dan data mengenai kejadian berkenaan,” katanya.


PESAWAT Lion Air.

Lagi berita berkaitan Nahas Lion Air

Image: 

PESAWAT komersial Indonesia, Lion Air terhempas ketika dalam perjalanan dari Jakarta menuju Pangkal Pinang, Sumatra awal pagi, hari ini.

Pesawat Lion Air terhempas di Sumatera

[UPDATE] Serpihan pesawat ditemui - BASARNAS

$
0
0
Utama

AGENSI Pengurusan Bencana Nasional Indonesia (BASARNAS) menerima laporan bahawa pegawai kawalan trafik udara terputus hubungan dengan pesawat Lion Air dari Jakarta sejak pagi hari ini.

Pesawat berkenaan sedang dalam penerbangan ke Pulau Pangkal Pinang di Bangka Belitung, Sumatera.

Pegawai di Tanjung Priok, Utara Jakarta, Suyadi memberitahu The Jakarta Post, beliau dimaklumkan jam 6.45 pagi (waktu tempatan) berhubung penemuan sebuah pesawat oleh bot tunda, AS Jaya II yang disyaki milik Lion Air di Tanjung Bungin di Karawang, Jawa Barat.

“Kami mendapati hubungan sudah terputus dengan pesawat Lion Air sejurus selepas ia meninggalkan Jakarta.

“Pada jam 7.15 pagi (waktu tempatan), bot tunda melaporkan menemui serpihan pesawat di lokasi kejadian,” kata Suyadi menambah pihaknya masih belum menerima laporan mengenai penumpang dalam pesawat itu, setakat jam 9 pagi.

Dua lagi kapal, terdiri daripada kapal tangki minyak dan kapal kargo yang berada berhampiran juga sedang menuju ke lokasi kejadian, katanya sambil memberitahu, sebuah bot penyelamat milik BASARNAS juga digerakkan ke lokasi.

Maklumat yang diperoleh oleh Jakarta Post menyatakan pesawat Lion Air 610 itu berlepas dari Jakarta jam 6.20 pagi (waktu tempatan) dan terputus hubungan 13 minit kemudian.

Ketika kejadian, pesawat berkenaan dipercayai membawa 188 penumpang dan anak kapal.

Lagi berita berkaitan Nahas Lion Air

Image: 

AGENSI Pengurusan Bencana Nasional Indonesia (BASARNAS) menerima laporan bahawa pegawai kawalan trafik udara terputus hubungan dengan pesawat Lion Air dari Jakarta sejak pagi hari ini.

[UPDATE] Juruterbang cuba patah balik

$
0
0
Utama

PESAWAT Lion Air yang terhempas di Laut Jawa bersama 188 penumpang dan anak kapal pagi hari ini cuba berpatah balik ke Jakarta selepas dibenarkan berbuat demikian oleh pejabat kawalan trafik udara.

Ia bagaimanapun terputus hubungan 13 minit selepas meninggalkan lapangan terbang sebelum disahkan terhempas di lautan.

Rakaman video di lokasi kejadian turut menunjukkan kesan tumpahan minyak pada permukaan air.

Jurucakap agensi bencana, Sutopo Purwo Nugroho memuat naik foto itu di Twitter termasuk apa yang dilihat sebagai gelongsor kecemasan dan beberapa serpihan telefon bimbit.

Jurucakap Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) Yusuf Latif berkata, pihak berkuasa masih berusaha mengesan bangkai pesawat yang terputus hubungan pada 6.33 pagi (waktu tempatan) ketika sedang dalam perjalanan ke Pangkal Pinang di kepulauan Bangka.

“Pesawat itu memohon kebenaran untuk pulang ke pangkalan sebelum hilang dari radar,” katanya dalam satu kenyataan.

Aplikasi Flightradar ketika mengesan perjalanan pesawat dipercayai dari jenis Boeing 737 itu memberitahu ia membuat pusingan ke selatan untuk berlepas dan menuju ke bahagian utara sebelum berakhir mendadak di Laut Jawa.

Indonesia banyak bergantung kepada pengangkutan udara bagi menghubungkan ribuan pulau di negara itu, namun rekod sistem keselamatan yang buruk menyebabkan ia sering kali berdepan dengan tragedi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - AFP

Berita berkaitan

Lagi berita berkaitan Nahas Lion Air

Image: 

PESAWAT Lion Air yang terhempas di Laut Jawa bersama 188 penumpang dan anak kapal pagi hari ini cuba berpatah balik ke Jakarta selepas dibenarkan berbuat demikian oleh pejabat kawalan trafik udara.

Pemandu langgar Wan Amirah didakwa [METROTV]

$
0
0
Utama

farahmarshita@nstp.com.my

LELAKI warga Libya didakwa di Mahkamah Majistret Sepang, hari ini atas pertuduhan membunuh kakitangan Telekom Malaysia Berhad (TM) di Shaftsbury Square, Cyberjaya pada pertengahan bulan ini.

Tertuduh Ahmed Abdullah Ali, 24, mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Yusna Khadijah Md Yusop.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang memakai baju lokap polis dan dilihat hanya mendiamkan diri dan tunduk sepanjang prosiding.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Ahmed didakwa menyebabkan kematian Wan Amirah Wan Alias, 31, di Shaftsbury Square, Cyberjaya jam 7.35 malam pada 17 Oktober lalu.

Tertuduh yang diwakili peguam Mohd Redzuan Mohamed Yusoff dan Nur Siti Fairuz Roslan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang boleh dikenakan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Aziatul Afrizan Alias memohon mahkamah menetapkan tarikh untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen Sepang, Ahmed mengaku tidak bersalah atas tuduhan memasukkan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic-acid di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang jam 6.10 pagi, pada 19 Oktober lalu.

Kesalahan ini didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda.

Selain itu, dia turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera parah kepada seorang penuntut kolej, Basel Giumala A El Maarfi, 20, warga Libya, dengan menggunakan sebilah pisau panjang di Hyve Soho Suite, Jalan Impact, Cyber 6, Cyberjaya jam 4.45 pagi, pada 30 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat atau denda.

Timbalan Pendakwa Raya S Abirami tidak menawarkan sebarang jaminan kerana mangsa dalam kes itu mengalami cedera parah dan tertuduh adalah warga asing dan dikhuatiri melarikan diri.

Bagaimanapun, tertuduh dalam rayuannya menerusi peguam Dinesh Muthal, memohon dibenarkan ikat jamin dengan alasan bakal menduduki peperiksaan akhir.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 7 Disember depan untuk sebutan semula kes.

Berita berkaitan

Direman bagi kes merusuh pula

Suspek kes langgar lari dilepas daripada reman [METROTV]

'Dah jadi kes bunuh [METROTV]'

'Suspek langgar lari direman [METROTV]'

'[UPDATE] Tiga lelaki, wanita ditahan'

[UPDATE] 'Tolong cari suspek langgar lari Wan Amirah'

'Mangsa langgar lari meninggal dunia'

Image: 

LELAKI warga Libya didakwa di Mahkamah Majistret Sepang, hari ini atas pertuduhan membunuh kakitangan Telekom Malaysia Berhad (TM) di Shaftsbury Square, Cyberjaya pada pertengahan bulan ini.

Pemandu langgar Wan Amirah didakwa

Rindunya Tanah Suci...

$
0
0
Utama

ramlah@hmetro.com.my

“MUNGKIN orang lain memilih untuk bercuti ke London dan sebagainya tetapi saya pula sangat merindui untuk menjejakkan kaki semula ke Tanah Suci Makkah.

“Terus terang, kalau Allah SWT izinkan, saya mahu menunaikan ibadah umrah setahun 18 kali pun boleh,” kata penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin mengulas pengalamannya ketika mengerjakan umrah sebelum ini.

Menurut Sarah, 33, sukar untuk digambarkan perasaannya ketika menunaikan ibadah umrah bersama suaminya, Shuib sebelum ini.

“Walaupun sudah dua kali menunaikan ibadah umrah, saya tetap merindui suasana di sana.

“Semua tekanan kerja yang dirasai di sini akan hilang sebaik saja kita berada di sana.

“Saya juga merindui harumnya bau kasturi ketika pencuci mencuci lantai dekat tepi Kaabah,” katanya ditemui pada majlis pelancaran aplikasi Manhajj dan Manhajj Mutawwif musim kedua di Shah Alam, semalam.

Mengulas perancangan terbaru menunaikan umrah pula, kata Sarah, dia akan berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah umrah buat kali ketiga pada 14 November ini selama dua minggu.

“Ia ibadah umrah kedua buat suami. Kami juga akan ditemani ibu mentua untuk bersama-sama dalam ibadah umrah kali ini yang juga pada musim sejuk.

“Jika ada rezeki, suami juga merancang untuk kami menunaikan umrah setahun dua kali.

“Insya-Allah, jika diizinkan, kami juga merancang mahu menunaikan ibadat haji pula selepas ini,” katanya.

Kali pertama Sarah menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah ialah kira-kira 13 tahun lalu.

Image: 
Image: 

“MUNGKIN orang lain memilih untuk bercuti ke London dan sebagainya tetapi saya pula sangat merindui untuk menjejakkan kaki semula ke Tanah Suci Makkah.


Pertimbang tarik diri

$
0
0
Utama

mohamadridzuan@hmetro.com.my

"SAYA akan memikirkan untuk buat keputusan keluarkan dia dari Gegar Vaganza," kata pengurus Zamani Slam, Johan Aziz, berikutan kejadian menimpa artisnya, semalam.

Zamani atau Zamani Ibrahim mengejutkan peminat apabila gagal menyanyikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta kerana menghadapi masalah sakit tekak yang serius.

Dia bagaimanapun terselamat daripada penyingkiran dan mara ke minggu keenam selepas diselamatkan oleh imuniti Datuk Aliff Syukri, penaja utama Gegar Vaganza musim kelima.

Johan yang menguruskan kumpulan Slam sejak 26 tahun lalu mengakui, Zamani ada menghubunginya dua hari sebelum siaran langsung bagi memaklumkan masalah yang dihadapinya.

"Dia beritahu tekaknya sakit dan saya mencadangkan agar dia tarik diri. Zamani bagaimanapun menjelaskan bimbang Astro tidak membenarkan dia berbuat demikian dan perlu jaga hubungan dengan mereka.

"Dia juga minta saya membawanya bertemu pakar untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi.

"Namun, sekali lagi dia mahu menghabiskan program ini terlebih dahulu kerana perlu ikut kehendak stesen," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Johan, dia perlu memberikan masa untuk Zamani berehat terlebih dahulu sebelum memikirkan apa yang perlu dilakukan.

"Saya belum berjumpa dia. Apabila situasi dah okay, barulah saya akan berbuat demikian. Pada pandangan peribadi saya, cukuplah dia berada dalam GV dan tarik diri adalah jalan terbaik buatnya," katanya.

Image: 

"SAYA akan memikirkan untuk buat keputusan keluarkan dia dari Gegar Vaganza," kata pengurus Zamani Slam, Johan Aziz, berikutan kejadian menimpa artisnya, semalam.

Steady, Mek Korea! [METROTV]

$
0
0
Utama

cnews@nstp.com.my

HANYA dalam tempoh seminggu belajar bertutur Bahasa Melayu, gadis Korea juga mampu menghafal lagu dikir moden.

Perkara berkenaan boleh dilihat menerusi video tular yang menunjukkan You Narae, 26, menyanyikan lagu Kelate Kito.

Difahamkan, video terbabit dirakam teman lelaki You Narae, Nik Muhamad Ryzal Nik Ibrahim, 26, dan dikongsi ke kumpulan Whatsapp keluarga lelaki itu sebelum tersebar di Facebook.

Nik Muhammad Ryzal ketika dihubungi berkata, teman wanitanya itu memang berminat untuk mengetahui budaya masyarakat Melayu termasuk muzik tempatan.

“Saya memasang lagu Kelate Kito di Youtube dan You Narae suka mendengarnya terutama di bahagian korus kerana agak rancak.

“Dia meminta saya menulis lirik lagu dikir moden itu dan hampir seminggu dia berlatih menguasai Bahasa Melayu dalam lirik lagu itu sebelum menghafalnya dalam masa dua hari,” katanya.

Video nyanyian You Narae yang berdurasi 34 saat itu meskipun kedengaran pelat dari segi sebutan, tapi dia kelihatan terhibur semasa menyanyikannya sambil mengucapkan ‘Bereh Bohhh...’ di akhir nyanyian.

Sementara itu, Nik Muhammad Ryzal yang menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Kewartawanan, berkata, You Narae juga sudah belajar makan menggunakan tangan serta cuba memakai tudung.

“Setiap kali saya berhubung dengan keluarga menggunakan video dalam WhatsApp, You Narae tidak melepaskan peluang untuk berinteraksi.

“Dia cuba meniru perkataan Melayu yang kami tuturkan dan akan bertanyakan saya apa maksud perkataan itu,” katanya.

Nik Muhammad Ryzal berkata, dia gembira melihat kesungguhan You Narae untuk mendalami budaya dan cara hidup masyarakat Melayu dan ia memudahkannya untuk membentuk wanita Korea itu seandainya jodoh milik mereka suatu hari nanti.

Nik Muhammad Ryzal yang berasal dari Kelantan menuntut di Universiti Korea, Seoul, sejak Disember tahun lalu dan berkawan rapat dengan You Narae sejak awal tahun ini.

Image: 

HANYA dalam tempoh seminggu belajar bertutur Bahasa Melayu, gadis Korea juga mampu menghafal lagu dikir moden.

Steady, Mek Korea!

Hami Medicine sudah tiada

$
0
0
Utama

mohamadridzuan@hmetro.com.my

BEKAS pemain gitar kedua kumpulan rock Medicine, Suhaimi Ibrahim atau Hami, 54, meninggal dunia di Hospital Melaka (HM) akibat sakit jantung dan paru-paru berair jam 2 pagi tadi, hari ini.

Adiknya, Khairul Anuar berkata, Allahyarham Hami sepatutnya menjalani pembedahan di HM pada pagi ini namun ditakdirkan menemui ajal terlebih dahulu.

"Abang mesra dalam kalangan rakan-rakan. Selepas keluar daripada Medicine pada 1993, dia menguruskan perniagaan kedai peralatan menyelam di Pulau Perhentian, Terengganu.

"Dia tenaga pengajar menyelam dan boleh dikatakan ramai rakan-rakan artis mendapatkan khidmatnya.

"Malah Datuk Awie juga selalu menggunakan khidmatnya. Bekas penyanyi Medicine, Ijam juga kerap bersamanya di Pulau Perhentian," katanya kepada Harian Metro.

Jenazah Hami selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Rimau Dalam, Pulau Sebang Melaka jam 12.30 tengahari tadi.

Anggota asal Medicine iaitu Ijam, Ija (gitaris) serta anggota terkini mereka, Han (bass), Ajoe (drum) dan Alice (vokalis) hadir memberikan penghormatan terakhir.

Image: 

BEKAS pemain gitar kedua kumpulan rock Medicine, Suhaimi Ibrahim atau Hami, 54, meninggal dunia di Hospital Melaka (HM) akibat sakit jantung dan paru-paru berair jam 2 pagi tadi, hari ini.

Buat ujian DNA, kenal pasti mangsa

$
0
0
Utama

POLIS mula menjalankan ujian DNA (asid deoksiribonukleik) untuk mengenal pasti identiti mangsa nahas pesawat Lion Air JT610 yang terjunam ke dalam Laut Jawa pagi semalam dan mengumpul sampel daripada 152 saudara mara di Hospital Polis Bhayangkara di Kramat Jati, Timur Jakarta.

Timbalan Ketua Polis Negara Indonesia, Jeneral Komrad Ari Dono Sukamto berkata, kira-kira 15 pakar forensik dan DNA bertugas untuk mengenal pasti cebisan mayat yang ditemui Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) dari Laut Jawa.

“Basarnas setakat ini sudah mengumpul 24 beg mayat, sesetengahnya mengandungi cebisan tubuh, bukan tubuh bersambung,” kata Ari dalam sidang media, hari ini.

Ketua Basarnas, Muhammad Syaugi berkata, 10 beg mayat mengandungi cebisan tubuh dan baki 14 beg mengandungi serpihan pesawat dan barangan peribadi dipercayai milik mangsa nahas.

Sementara itu, suasana pilu dapat dilihat di perkarangan hospital apabila keluarga mangsa menangis sambil memegang dokumen yang mungkin dapat membantu mengenal pasti mangsa termasuk sijil diploma, kad pengenalan keluarga dan sebagainya.

Terdahulu, pengawal trafik udara (ATC) di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta terputus hubungan dengan pesawat sejurus ia berlepas 6.20 pagi semalam.

Pesawat dijadualkan tiba sejam kemudian pada 7.20 pagi di Lapangan Terbang Depati Amir di Pangkal Pinang, Bangka Belitung.

Pesawat terbabit membawa 189 orang termasuk 178 dewasa, tiga kanak-kanak, dua juruterbang dan enam kru kabin.

Selain itu, Ketua Polis Jawa Barat, Inspektor Jeneral Agung Budi Maryoto menggesa penduduk tempatan membantu pihak berkuasa dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) untuk mengesan kru dan penumpang pesawat malang itu.

“Saya meminta penduduk dan nelayan menyertai rondaan pantai di sepanjang garisan pantai kerana ombak datang ke arah ini (Pantai Pakisjaya),” kata Agung dipetik agensi Antara.

Katanya, mereka yang menemui serpihan atau cebisan mayat perlu melaporkan segera kepada pasukan bersama yang berada di Pantai Pakisjaya. Agung menasihatkan, maklumat perlu disalurkan kepada pusat arahan SAR di Pelabuhan Tanjung Priok di Utara Jakarta. -Agensi

Berita berkaitan

Lagi berita berkaitan Nahas Lion Air

Image: 

POLIS mula menjalankan ujian DNA (asid deoksiribonukleik) untuk mengenal pasti identiti mangsa nahas pesawat Lion Air JT610 yang terjunam ke dalam Laut Jawa pagi semalam dan mengumpul sampel daripada 152 saudara mara di Hospital Polis Bhayangkara di Kramat Jati, Timur Jakarta.

'Harap selesai cepat' [METROTV]

$
0
0
Utama

sudirman@hmetro.com.my

PASANGAN selebriti popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya membuat tuntutan RM345,305 terhadap syarikat D'Haja (M) Sdn Bhd yang didakwa melanggar perjanjian pengedaran kedua minyak wangi ekslusif mereka iaitu Blue dan Maroon.

Awal, 37, atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari berkata dia bersama isterinya ingin mendapatkan hak mereka semula daripada pihak terbabit selaku pengedar tunggal minyak wangi itu sejak dua tahun lalu.

“Perkara ini sudah berlarutan lama. Saya dan isteri sudah cuba minta dan dapatkan hak kami, namun gagal. Jadi, selepas berbincang dengan peguam, masing-masing sepakat untuk bawa perkara ini ke mahkamah.

“Kami failkan kes pada April lalu. Memandangkan proses perbicaraan masih berlangsung, jadi saya tidak boleh cakap banyak. Cuma apa saya harapkan, perkara ini selesai cepat dan baik-baik saja,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Awal, pihaknya juga terbuka sekiranya pihak tertuduh ingin mengadakan rundingan luar mahkamah.

“Buat masa sekarang belum ada lagi, tetapi kami mengambil sikap terbuka. Malah kami juga disarankan peguam untuk melihat kepada perkara ini.

“Kalau boleh nak selesaikan tuntutan ini dahulu. Sebarang tuntutan lain, akan dibincangkan kemudian,” katanya.

Pada waktu yang sama, mereka melalui Peguam Raja Riza & Associates juga sudah menghantar tuntutan kepada pengasas kosmetik, Rita Sosilawati atas kesalahan representasi berhubung perniagaan minyak wangi itu.

“Setakat ini pihak peguam kami sudah mengantar surat tuntutan kepada syarikat beliau, tetapi masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak mereka,” katanya.

Terdahulu, pada 30 April lalu Scha, 35, atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir dan Awal selaku plaintif memfailkan saman terhadap D'Haja (M) Sdn Bhd selaku defendan bagi menuntut ganti rugi lebih RM300,000 atas dakwaan melanggar kontrak perjanjian berhubung penjualan produk minyak wangi yang dikeluarkan oleh pasangan selebriti itu.

Dalam pernyataan tuntutan, pasangan suami isteri itu mendakwa mereka memasuki perjanjian dengan D'Haja untuk tempoh dua tahun bermula 11 Oktober 2016 hingga 10 Oktober tahun ini dan melantik syarikat berkenaan sebagai pengedar eksklusif bagi produk minyak wangi dikeluarkan mereka.

Kedua-dua plaintif mendakwa selaras dengan perjanjian itu, mereka memesan 20,000 botol minyak wangi daripada Eree International Sdn Bhd dan membuat pembayaran berjumlah RM310,000 kepada Eree International melalui dua pembayaran masing-masing pada 11 Oktober 2016 dan 11 Januari 2017 untuk kos pengeluaran 20,000 botol minyak wangi itu.

Mereka mendakwa pada 12 Februari 2017, defendan menerima 20,000 botol minyak wangi daripada Eree International bagi pihak pasangan suami isteri itu dan melalui pesanan penghantaran itu, defendan mengesahkan menerima 20,000 botol minyak wangi dalam keadaan baik dan teratur serta menetapkan harga jualan sebotol minyak wangi pada harga RM55.

Kedua-dua plaintif mendakwa defendan gagal untuk memastikan 20,000 botol minyak wangi yang diterima daripada pengeluar berada dalam keadaan baik dan teratur serta gagal memulangkan 3,215 botol minyak wangi yang dikatakan rosak kepada mereka selain gagal menyediakan rekod transaksi jualan selaras dengan perjanjian berkenaan.

Dakwa plaintif, selepas didesak untuk memulangkan kesemua minyak wangi yang belum dijual, defendan memaklumkan kepada mereka terdapat 3,215 botol minyak wangi kononnya rosak dan dihantar semula kepada Eree International.

Oleh itu, kesemua plaintif menuntut ganti rugi berjumlah RM345,305, faedah dan ganti rugi am terhadap defendan.

Image: 

PASANGAN selebriti popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya membuat tuntutan RM345,305 terhadap syarikat D'Haja (M) Sdn Bhd yang didakwa melanggar perjanjian pengedaran kedua minyak wangi ekslusif mereka iaitu Blue dan Maroon.

'Harap selesai cepat'
Viewing all 7853 articles
Browse latest View live