Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all 7853 articles
Browse latest View live

Serpihan pesawat Russia ditemui

$
0
0
Global

Sochi, Russia: Pasukan pencari Russia hari ini, menemui bahagian badan pesawat tentera negara itu yang terhempas ke dalam Laut Hitam semalam, membunuh semua 84 penumpang dan lapan krew.

Pesaway Tu-154 yang membawa pasukan koir tentera untuk menghiburkan tentera Russia di Syria sempena Tahun Baru serta pegawai tentera dan wartawan, terhempas dekat bandar pelancongan beberapa Sochi, dua minit selepas berlepas menuju Syria.

Pasukan penyiasat masih belum dapat memastikan punca nahas namun menolak ia adalah tindakan pengganas dan kini sedang berusaha mengesan kotak hitam pesawat.

Jurucakap pasukan pencari, Rimma Chernova, berkata: “Serpihan pesawat itu ditemui pada kedalaman 27 meter, kira-kira 1.6 kilometer dari pantai Sochi.”

Tentera Russia pula menyatakan pasukan penyelamnya menemui dua alat kawalan pesawat.

Pasukan penyiasat menyatakan mereka menumpukan kepada empat punca nahas iaitu kesilapan juruterbang, masalah teknikal, masalah bahan api dan objek asing dalam enjin dan menolak sama sekali tindakan keganasan.

“Tiada langsung fakta menunjukkan kepada keganasan buat masa ini,” kata kenyataan Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) Russia.

Russia mengerahkan lebih 3,500 anggota, termasuk 135 penyelaman dalam usaha mencari dan penyelamat menggunakan 45 kapal menggeledah kawasan seluas 10 kilometer persegi. Selain itu, 10 helikopter, dron dan dua kapal selam pencari kawalan jauh juga digunakan bagi mengesan serpihan dan mayat.

Setakat ini, 10 mayat yang sudah ditemui serta 86 cebisan tubuh sudah dibawa ke Moscow untuk ujian DNA.

Image: 

Sochi, Russia: Pasukan pencari Russia hari ini, menemui bahagian badan pesawat tentera negara itu yang terhempas ke dalam Laut Hitam semalam, membunuh semua 84 penumpang dan lapan krew.


Tambah lagi minyak masak percuma [METROTV]

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Sungai Petani: Kediaman Cikgu Abd Ghani Haron, 60, di Kampung Masjid,Tikam Batu di sini, sekali lagi menjadi tumpuan apabila pesara guru itu mengagihkan minyak secara percuma kepada orang ramai, hari ini.

Cikgu Ghani mula mengagihkan 1,200 botol minyak masak bernilai RM10,920 secara percuma selepas subuh tadi kepada orang ramai yang berbaris sejak awal pagi menyebabkan jalan masuk ke rumahnya menjadi sesak.

Dalam masa sejam 1,200 botol minyak masak yang diperuntukkan Cikgu Ghani dan rakan Facebook (FB) habis diagihkan kepada orang ramai khususnya kaum ibu.

Menurut Cikgu Ghani, ini kali kedua dia dan rakan FB memberi minyak masak percuma kepada orang ramai, namun bulan lalu hanya 900 botol sahaja yang diagihkan dan kali ini ditambah 300 lagi menjadi 1,200 botol.

"Saya dapati mereka yang datang mendapatkan minyak masak bukan sahaja penduduk sekitar Tikam Batu malah yang datang dari Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda, Flet Paya Nahu dan juga Penaga, Kepala Batas.

"Saya dapati mereka ini terdiri dari keluarga kurang kemampuan dan memerlukan barangan seperti minyak dan barangan lain... sebab itu mereka sanggup datang biar pun agak jauh.

"Jadi saya dan rakan FB akan terus melakukan sedekah jariah ini mengagihkan secara percuma barangan keperluan harian. Mulai tahun depan saya dan rakan akan beri minyak petrol,susu kanak-kanak dan lampin pakai buang," katanya.

Berita berkaitan:

Rezeki 1,500 penunggang [METROTV]

Terima kasih Cikgu Ghani [METROTV]

’Maaf, tak semua dapat' [METROTV]

Image: 

Sungai Petani: Kediaman Cikgu Abd Ghani Haron, 60, di Kampung Masjid,Tikam Batu di sini, sekali lagi menjadi tumpuan apabila pesara guru itu mengagihkan minyak secara percuma kepada orang ramai, hari ini.

Cikgu Ghani agih 1,200 botol minyak masak percuma

Ibu pula meninggal dunia إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

$
0
0
Utama

rnoraina@hmetro.com.my

Seremban: Ibu kepada kembar tiga yang terbabit kemalangan di Kilometer 3.8 Jalan Tampin-Gemas, berhampiran Desa Permai, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak berkata, Wan Suhana Wan Abdul Latif, 33, meninggal dunia 1.40 tengah hari tadi, selepas dua hari dirawat di hospital itu.

"Wan Suhana mengalami kecederaan pada bahagian dalaman dan kaki meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) HTJ. Kematian mangsa menjadikan lima maut dalam kemalangan yang berlaku jam 3 petang, Sabtu lalu.

"Seorang lagi mangsa iaitu adik iparnya, Nursyuhaidah Jusoh, 23, masih menerima rawatan di HTJ manakala seorang daripada tiga anak kembar mangsa, Nur Farhimi berusia setahun sudah dibenarkan keluar wad," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, suaminya Mohd Fadzil Jusoh, 37, dua anak kembar iaitu Muhd Farhan dan Nur Farhana serta ibu Mohd Fadzil, Nazipah Chik, 60, meninggal dunia pada hari kejadian.

Kemalangan itu berlaku apabila Proton Saga dinaiki enam sekeluarga terbabit dari Kemaman, Terengganu ke Johor bertembung dengan Proton Persona yang datang dari arah bertentangan.

Image: 

Seremban: Ibu kepada kembar tiga yang terbabit kemalangan di Kilometer 3.8 Jalan Tampin-Gemas, berhampiran Desa Permai, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini, hari ini.

Hukuman mati

$
0
0
Utama

azimfitri@mediaprima.com.my

Kuantan: Mahkamah Tinggi Kuantan, hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas dua tertuduh yang terbabit dalam pembunuhan Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Abd Malek, tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman menjatuhkan keputusan itu selepas meneliti hujah pihak pembelaan yang gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Sumustapha Suradi, 41, dan Shamsinar Abdul Halim, 39, didapati bersalah membunuh Ahmad Raffli pada 1.50 petang, di No 7, Lorong IM 2/29, Bandar Indera Mahkota, di sini, pada 10 Nov 2013.

Kedua tertuduh turut menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, membunuh Ahmad Raffli pada tarikh, tempat dan masa yang sama.

Pihak pendakwaan dibarisi Timbalan Pendakwa Raya Khamizah Salleh, Nurul Farahah Mohd Suah dan Shahrul Ekhsan Hasim manakala tertuduh diwakili peguam Hermes Putra Media Ibrahim dan Naim Mahmud.

 

Image: 

Kuantan: Mahkamah Tinggi Kuantan, hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas dua tertuduh yang terbabit dalam pembunuhan Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Abd Malek, tiga tahun lalu.

Nekad rempuh penyamun

$
0
0
Mutakhir

am@hmetro.com.my

Parit Buntar : Seorang mangsa samun nekad merempuh tiga motosikal digunakan empat suspek di dua lokasi berbeza ketika kumpulan terbabit cuba melarikan diri, selepas menyamun mangsa dan rakannya di Taman Murni, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 10.15 pagi itu, mangsa Mohamed Mazis Mohamed Mokhtar, 25, bersama isteri, Atiqah Nordin ,25, dan tiga rakannya disamun sekumpulan lelaki ketika mereka bersiap hendak keluar bersarapan.

Mohamed Mazis berkata, dalam kejadian itu, salah seorang suspek bertindak meletakkan parang di leher isterinya dan mengarahkan mereka menyerahkan segala barangan berharga.

"Tindakan suspek muncul tanpa disedari mengejutkan kami dan suspek bersama tiga lagi rakannya kemudian mengarahkan kami menyerahkan segala barangan berharga.

" Berang permintaan tidak diendahkan, berlaku pergelutan antara kami dengan empat orang suspek dan kejadian terbabit menyebabkan seorang rakan berusia 28 tahun mengalami kecederaan di kepala akibat ditetak dengan parang.

"Suspek merampas seutas gelang, dua cincin emas, dua beg tangan dan dua jam tangan sebelum bertindak melarikan diri dengan menaiki empat motosikal," katanya.

Mohamed Mazis kemudian memandu keretanya mengejar mereka sebelum merempuh tiga daripada empat motosikal di dua lokasi berbeza iaitu persimpangan masuk Taman Murni dan Kampung Kedah.

Katanya, empat suspek berkenaan berjaya ditahan dengan bantuan orang ramai yang berada di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menegaskan siasatan masih dijalankan.

 

Image: 

Parit Buntar : Seorang mangsa samun nekad merempuh tiga motosikal digunakan empat suspek di dua lokasi berbeza ketika kumpulan terbabit cuba melarikan diri, selepas menyamun mangsa dan rakannya di Taman Murni, di sini, pagi tadi.

Metro@7 - 27 Disember 2016 [METROTV]

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

• Mahkamah Tinggi Kuantan, Pahang menjatuhkan hukuman mati ke atas Sumustapha Suradi, 41, dan Shamsinar Abdul Halim, 39, selepas didapati bersalah membunuh Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang, Ahmad Raffli Abd Malek, tiga tahun lalu.

• Kediaman Cikgu Abd Ghani Haron, 60, di Sungai Petani, Kedah sekali lagi menjadi tumpuan apabila pesara guru itu mengagihkan minyak secara percuma kepada orang ramai.

• Wan Suhana Wan Abdul Latif, 33, iaitu ibu kepada kembar tiga yang terbabit kemalangan di Kilometer 3.8 Jalan Tampin-Gemas, berhampiran Desa Permai, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, Negeri Sembilan.

• Penunggang motosikal klasik secara solo Hishamuddin Md Rashid, 45, yang melakukan jelajah Semenanjung Malaysia selamat tiba di Kedah.

• Seorang ibu tunggal, Putrie Asmarra Emmie Che Nan tidak menyangka kisah kepayahan hidup menyara keluarga yang tersebar di media sosial mendorong rakyat Malaysia tampil menghulurkan bantuan.

• Penderitaan Muhamad Anas Mutaqim Abdullah berusia 10 bulan yang memakai topeng gas untuk pernafasan mendapat perhatian Ketua UMNO Bahagian Padang Serai, Asmadi Abu Talib dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulim, Kedah.

Image: 

• Mahkamah Tinggi Kuantan, Pahang menjatuhkan hukuman mati ke atas Sumustapha Suradi, 41, dan Shamsinar Abdul Halim, 39, selepas didapati bersalah membunuh Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang, Ahmad Raffli Abd Malek, tiga tahun lalu.

Metro@7 - 27 Disember 2016

Keluarga mentua sumber kekuatan

$
0
0
Mutakhir

hanafis@hmetro.com.my

Muar: Isteri pemandu bas yang terselamat dalam nahas kemalangan di Kilometer 137.3, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, Sabtu lalu, Miatsi Kemart, 33, mengakui keluarga mentuanya adalah sumber kekuatannya buat masa ini.

Adik ipar Miatsi, Zahirah Zubir, 21, berkata, wanita itu yang masih dalam proses pemulihan semakin beransur baik namun masih dalam keadaan sedih setiap kali terkenang kehilangan anaknya Nur Natasya Zahara Zakeer, setahun dan suaminya Zakeer Zubir, 32.

Menurut Zahirah, Miatsi masih sukar menerima kenyataan dia kehilangan dua insan tersayang secara serentak, namun bersyukur apabila keluarga memtuanya sentiasa mengambil berat.

"Walaupun keadaan kesihatannya semakin stabil namun dia masih bersedih atas kehilangan dua insan tersayangnya," katanya ketika ditemui bersama abangnya, Zameer Zubir, 35, di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini, hari ini.

Zahirah berkata, dia berterima kasih kepada pihak HPSF kerana membantu mereka melancarkan proses pemindahan tersebut serta menyediakan sesi kaunseling kepada Miatsi dari semasa ke semasa.

Image: 

Muar: Isteri pemandu bas yang terselamat dalam nahas kemalangan di Kilometer 137.3, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, Sabtu lalu, Miatsi Kemart, 33, mengakui keluarga mentuanya adalah sumber kekuatannya buat masa ini.

Dirompak dua lelaki bersenjata [METROTV]

$
0
0
Mutakhir

am@hmetro.com.my

 

Kota Kinabalu: Sebuah kedai menjual barangan runcit di Taman Taman Far East, Jalan Lintas Damai, di sini, dirompak dua lelaki dipercayai bersenjata, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.05 malam itu, dua lelaki yang menutup mulut menggunakan kain dan topi dipercayai melarikan wang tunai namun jumlahnya belum diketahui.

Difahamkan, ketika kejadian beberapa pekerja dan pengunjung berada di dalam premis berkenaan sebelum didatangi dua lelaki yang tidak dikenali.

Kedua-dua suspek yang bersenjata itu kemudian mengarah pekerja dan meminta semua mereka diam sebelum mengambil wang tunai yang berada di dalam peti mesin tunai.

Beberapa minit selepas itu, dua suspek bertindak melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan.

Sebaik dua suspek beredar, pemilik kedai kemudian menghubungi pihak polis sebelum sepasukan polis tiba untuk menjalankan siasatan.

Turut berada di lokasi kejadian sepasukan polis dari Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

 

 

Image: 

Kota Kinabalu: Sebuah kedai menjual barangan runcit di Taman Taman Far East, Jalan Lintas Damai, di sini, dirompak dua lelaki dipercayai bersenjata, malam tadi.


'Princess Leia' sudah tiada

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Los Angeles: Carrie Fisher yang harum sebagai ‘Princess Leia’ dalam ‘Star Wars’ meninggal dunia.

Kematian disahkan oleh anak perempuannya. Mendiang mati pada usia 60 tahun, pada 8.55 pagi waktu tempatan (1.55 pagi Malaysia).

“Dukacita Billie Lourd ingin memberitahu bahawa ibunya, Carrie Fisher, meninggal dunia,” kata anak perempuan mendiang aktres itu menerusi jurucakap keluarga, Simon Halls.

Teman mendiang yang juga bintang bersama Star Wars, Mark Hamill menerusi Twitter: “No words. #Devastated.”

William Shatner, yang popular sebagai bintang ‘Star Trek’, berkata, dia akan merindui mendiang yang diandaikannya sebagai ‘bintang yang bergemerlapan sudah terpadam.’

Fisher, yang juga anak kepada aktres Debbie Reynolds dan penyanyi Eddie Fisher - mati pada 2010 - berada di England untuk penggambaran musim ketiga ‘Catastrophe’.

Mendiang dikatakan mengalami serangan jantung ketika dalam penerbangan dari London ke Los Angeles.

Dia kemudian dimasukkan ke Ronald Reagan UCLA Medical Center.

Sebulan lalu, mendiang menarik perhatian ramai apabila mengaku bercinta tiga bulan dengan bintang ‘Star Wars’, Harrison Ford, 40 tahun lalu.

Fisher mendedahkan perkara itu kepada majalah People ketika mempromosi bukunya ‘The Princess Diarist’ sebelum ia dijual.

Kandungan buku itu kebanyakannya mengenai kisah hidupnya sejak pembikinan filem ‘Star Wars’ dimulakan.

Image: 

Los Angeles: Carrie Fisher yang harum sebagai ‘Princess Leia’ dalam ‘Star Wars’ meninggal dunia.

Semoga rohnya dicucuri rahmat... إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Marang: Jenazah ibu kepada kembar tiga yang meninggal dunia petang semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Serating, kira-kira 2 pagi tadi.

Wan Suhana Wan Abdul Latif, 33, yang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Jaafar, Seremban selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 3.8 Jalan Tampin-Gemas, dekat Desa Permai, Sabtu lalu tiba di Surau Kampung Serating 1.15 pagi sebelum disembahyangkan.

Jenazahnya kemudiannya diusung sambil diiringi ahli keluarga ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Dalam kemalangan kira-kira 3 petang itu, suami Wan Suhana, Mohd Fadzil Jusoh, 37, dan dua daripada tiga anak kembarnya berusia setahun, Nur Farhana serta Muhammad Farhan turut maut.

Seorang daripada kembar itu yang cedera dalam kejadian terbabit, Muhammad Farhimi sudah dibenarkan keluar hospital.

Berita berkaitan:

Ajal empat sekeluarga

Kenduri di Muar

Kebumi satu liang lahad [METROTV]

Ibu pula meninggal dunia إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Image: 

Marang: Jenazah ibu kepada kembar tiga yang meninggal dunia petang semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Serating, kira-kira 2 pagi tadi.

Mahkamah Kota Bharu terima panggilan bom [METROTV]

$
0
0
Utama

razis@hmetro.com.my

Kota Bharu: Suasana di Mahkamah Kota Bharu di sini gempar selepas dipercayai menerima panggilan ancaman bom daripada individu yang tidak dikenali, 12 tengah hari tadi.

Sehubungan itu semua kakitangan mahkamah dan orang awam yang berada di perkarangan mahkamah diarahkan keluar.

Tinjauan Harian Metro di lokasi kejadian mendapati semua kakitangan mahkamah dan orang awam sudah berada di luar mahkamah.


KAKITANGAN mahkamah dan orang awam diarahkan keluar sementara pemeriksaan dijalankan. FOTO Muhamaad Razis Ismail

Prosiding mahkamah terpaksa ditangguhkan sementara pemeriksaan dijalankan.

Ini adalah kejadian kali kedua selepas operasi di Mahkamah Kota Bharu, Pejabat Tanah dan Galian Kota Bharu dan Mahkamah Syariah Kota Bharu terpaksa dihentikan buat berikutan menerima ancaman sama pada 29 November lalu.

Image: 
Image: 

Kota Bharu: Suasana di Mahkamah Kota Bharu di sini gempar selepas dipercayai menerima panggilan ancaman bom daripada individu yang tidak dikenali, 12 tengah hari tadi.

20 aduan di Lembah Klang

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima lebih 20 aduan penipuan penyedia makanan dan perunding perkahwinan membabitkan kerugian berjumlah RM1 juta.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kes berkenaan dilaporkan berlaku sepanjang tahun ini di sekitar Lembah Klang.

Berikutan itu, Nadzim mencadangkan supaya pengguna atau bakal pengantin supaya memilih penyedia makanan berdaftar dengan Koperasi Kerjasama Katerer Berhad.

"Sehingga kini, kira-kira 100 penyedia makanan berdaftar dengan koperasi berkenaan. Semua (penyedia makanan) berdaftar mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Semalam, Harian Metro menyiarkan kisah pengantin baru terpaksa menghidangkan pucuk paku, ayam masak merah dan nasi putih yang dibeli dari tiga restoran berhampiran Country Homes selepas hidangan istimewa dijanjikan perunding perkahwinan tidak tiba.

Image: 

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima lebih 20 aduan penipuan penyedia makanan dan perunding perkahwinan membabitkan kerugian berjumlah RM1 juta.

Kes 3.3 bilion, tiga didakwa esok

$
0
0
Utama

junaidi_ladjana@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Tiga individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Oktober lalu berkaitan siasatan kes penyelewengan agihan projek bernilai RM3.3 bilion sejak 2010 di Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dijangka didakwa esok.

Sumber SPRM berkata, ketiga-tiga individu yang ditahan menerusi Ops Water I bermula 4 Oktober lalu dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kota Kinabalu, pagi esok.

"Selain itu, SPRM juga dijangka mengadakan sidang media jam 2.30 petang esok, di Ibu Pejabat SPRM Sabah berhubung perkembangan terbaru Ops Water," katanya di sini, hari ini.

Pada 4 Oktober lalu, SPRM menahan bekas pengarah berusia 54 tahun dan timbalannya berusia 51 tahun di pejabat mereka, selain seorang akauntan berusia 50 tahun dan individu bergelar Datuk berusia 55 tahun yang juga abang kepada bekas timbalan pengarah terbabit.

Bekas pengarah dan timbalannya itu didakwa menyalahgunakan kuasa dengan memonopoli dan memberikan projek pembinaan infrastruktur asas berkaitan air bernilai RM3.3 bilion sejak tahun 2010 kepada adik-beradik mereka.

Berikutan penahanan itu, SPRM menyita wang tunai berjumlah RM52.2 juta dengan masing-masing RM45 juta daripada bekas pengarah dan RM7.2 juta lagi daripada timbalannya. Semua wang terbabit ditemui disembunyikan dalam rumah, pejabat dan kereta milik suspek.

SPRM turut merampas, menyita dan membekukan harta lain milik suspek termasuk sembilan kenderaan mewah, geran tanah (127 keping), beg tangan mewah (98) dan barang kemas (14 kilogram), sejumlah jam tangan mewah serta wang dalam akaun suspek bernilai RM62 juta.

Nilai keseluruhan rampasan terbabit termasuk wang tunai dan wang dalam akaun di luar negara dianggarkan lebih RM180 juta, menjadikannya rampasan terbesar pernah dibuat SPRM dalam sejarah 49 tahun agensi itu sejak dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Sepanjang proses siasatan menerusi Ops Water I&II, SPRM menahan 28 individu membabitkan seorang bekas pengarah, dua bekas Timbalan Pengarah, 23 jurutera dan juruteknik serta dua orang awam yang mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, sebelum ini melaporkan seramai 200 saksi dirakam percakapan selain menganalisis serta menyemak dokumen seberat 12 tan berkaitan siasatan kes berkenaan.

Selain itu, proses siasatan dilakukan secara teliti dan mendalam bagi melihat pelbagai aspek perundangan dengan pembabitan 137 pegawai SPRM dari ibu pejabat, bahagian serta negeri lain.

Image: 

Kota Kinabalu: Tiga individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Oktober lalu berkaitan siasatan kes penyelewengan agihan projek bernilai RM3.3 bilion sejak 2010 di Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dijangka didakwa esok.

Tan Sri SM Salim tenat

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Keadaan penyanyi bintang legenda veteran, Tan Sri S M Salim dilaporkan semakin tenat sejak semalam.

Menurut anak keenam beliau, Shamsul Salim, doktor yang merawatnya memberitahu keadaan ayahnya semakin tenat dan pihak doktor meminta anak-beranak dan saudara-mara untuk bersiap sedia.

"Sejak semalam beliau mengadu sesak nafas namun sehingga pagi tadi keadaannya semakin teruk.

"Melihat keadaannya yang semakin tenat doktor yang merawatnya menggunakan bantuan oksigen namun keadaannya tidak menunjukkan sebarang perubahan. Dari situ doktor menberitahu ayah tiada harapan dan minta saya memanggil keluarga dan saudara mara selain berserah kepada Ilahi,"katanya kepada Harian Metro.

Tambah Shamsul, bapanya pernah menjalani pembedahan tulang belakang sejak 17 tahun lalu sehingga mengakibatkan tahap kesihatannya lemah dan lumpuh separuh badan.

"Akibat daripada pembedahan itu keadaannya teruk sehingga 10 tahun lalu malah turut lumpuh separuh badan.

"Lebih parah, tahun lalu apabila kakinya tidak boleh bergerak menyebabkan berat badannya turun mendadak dan tidak boleh makan seperti biasa,"katanya.

Ketika ini rumah beliau dikunjungi sanak saudara dan beberapa rakan artis.

Antaranya Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Acis.

Image: 

Kuala Lumpur: Keadaan penyanyi bintang legenda veteran, Tan Sri S M Salim dilaporkan semakin tenat sejak semalam.

Ombak mengganas

$
0
0
Mutakhir

am@hmetro.com.my

 

Kuala Nerus: Beberapa kawasan pantai di Tanjung Gelam mengalami hakisan teruk sehingga mengakibat sebuah rumah rosak akibat ombak besar sejak petang tadi.

Pegawai Pengurusan Bencana, Operasi dan Logistik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri LT (PA) Norasmawi Abdul Mutalib berkata, berdasarkan pemantauan sehingga jam 10 malam tadi, ketinggian ombak dianggarkan mencecah 2.5 meter.

"Empat anggota ditugaskan membuat rondaan di sepanjang pantai Tanjung Gelam, Mengabang Telipot dan ombak besar itu mengakibatkan beberapa kawasan mengalami hakisan.

"Malah, terdapat beberapa rumah yang begitu hampir dengan pantai turut terkena hakisan.

"Kami menasihatkan penduduk yang terjejas mengambil langkah berjaga-jaga dan segera berpindah ke rumah ahli keluarga sekiranya ombak semakin besar," katanya.

Menurutnya, sehingga jam 11 malam tadi, ketinggian ombak sedikit berkurangan iaitu dua meter.

Katanya, orang ramai dinasihatkan tidak berada di tepi pantai sekiranya fenomena ombak besar terus berlaku.

Difahamkan, sebuah keluarga sudah berpindah akibat kejadian berkenaan selepas kediaman mereka dipukul ombak.

 

 

Image: 

Kuala Nerus: Beberapa kawasan pantai di Tanjung Gelam mengalami hakisan teruk sehingga mengakibat sebuah rumah rosak akibat ombak besar sejak petang tadi.


Ditemui tidak sedarkan diri

$
0
0
Mutakhir

norizuan@hmetro.com.my

 

Kuala Lumpur: Seorang lelaki ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai cuba menyelamatkan anjing yang terperangkap di dalam lubang akibat tanah mendap di Jalan 2/62, Bandar Manjalara, Kepong, di sini, 11 malam tadi.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan kejadian pada 11.17 malam.

Katanya, seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang dan Taman Tun dikerahkan ke lokasi bagi memberi bantuan.

"Siasatan mendapati kejadian berlaku apabila anjing milik mangsa terjatuh ke dalam lubang tanah mendap.

"Mangsa dipercayai cuba turun ke dalam lubang untuk menyelamatkan anjing dan didapati tidak sedarkan diri di dalam lubang itu.

"Mangsa berjaya di bawa keluar dan pihak ambulans yang turut ke lokasi memberikan bantuan pernafasan (CPR) sebelum menghantar lelaki terbabit ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

 

Image: 

Kuala Lumpur: Seorang lelaki ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai cuba menyelamatkan anjing yang terperangkap di dalam lubang akibat tanah mendap di Jalan 2/62, Bandar Manjalara, Kepong, di sini, 11 malam tadi.

Kereta api `belah' bas

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Tunis: Sekurang-kurangnya lima terbunuh manakala lebih 50 lagi cedera dalam kemalangan kereta api dan bas.

Kementerian Dalam Negeri Tunisia, menjelaskan bas itu putus dua selepas dirempuh kereta api pada nahas kira-kira 6 pagi waktu tempatan.

Tragedi itu berlaku dekat Sidi Fathallah, kira-kira 10 kilometer ke selatan ibu negara itu.

Lima yang terbunuh, termasuk kanak-kanak manakala 52 yang cedera dibawa ke hospital, dengan kebanyakan daripadanya agak parah.

Antara yang cedera itu pula termasuk lapan anggota tentera seperti dilaporkan stesen radio, Mosaique FM.

Mengikut sumber rasmi, lampu isyarat dan pagar keselamatan landasan tidak berfungsi ketika nahas itu.

“Kegagalan itu antara punca nahas,” kata jurucakap berkenaan memberitahu Mosaique FM.

Syarikat pengendali kereta api menyatakan bahawa siasatan ke atas nahas itu sudah dilakukan.

Presiden Tunisia, Beji Caid Essebsi, kemudiannya melawat mangsa nahas di hoapital Ben Arous.

“Saya diberitahu lampu isyarat itu sudah 15 hari tidak berfungsi.

“Ini bukan normal. Ini kerja orang malas. Semua mesti bertangungjawab,” katanya.

Image: 

Tunis: Sekurang-kurangnya lima terbunuh manakala lebih 50 lagi cedera dalam kemalangan kereta api dan bas.

Tragedi dalam kabus

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Oxfordshire: Wanita terbunuh, dua bertarung nyawa manakala lebih 15 cedera dalam kemalangan 30 kenderaan.

Kemalangan yang dikatakan bagaikan aksi dalam filem itu menyebabkan laluan kedua-dua arah A40, dekat Witney, Oxfordshire, terpaksa ditutup, kata kakitangan ambulans.

Pemandu wanita itu disahkan maut di lokasi kemalangan manakala dua yang parah pula dibawa ke John Radcliffe Hospital, di Oxford.

Kemalangan itu dikatakan berlaku dalam cuaca sejuk dan berkabus, pada 8.25 pagi waktu tempatan.

Chris Seymour, antara mangsa terbabit dalam kemalangan itu berkata: “Seperti dalam filem.”

Image: 

Oxfordshire: Wanita terbunuh, dua bertarung nyawa manakala lebih 15 cedera dalam kemalangan 30 kenderaan.

Didakwa seleweng RM3.3 bilion

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Tiga tertuduh termasuk bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) tiba di perkarangan Mahkamah Sesyen, di sini, pagi ini untuk menghadapi pertuduhan kes rasuah dan penyelewengan membabitkan projek bernilai RM3.3 bilion sejak 2010.

Ketiga-tiga tertuduh diiringi oleh sepasukan petugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 9.20 pagi untuk di bawa ke Mahkamah Sesyen bagi pertuduhan berkenaan.

Pada 4 Oktober lalu, SPRM menahan bekas pengarah berumur 54 tahun dan timbalannya yang berusia 51 tahun di pejabat mereka selain akauntan berusia 50 tahun dan individu bergelar Datuk berusia 55 tahun yang juga abang kepada Timbalan Pengarah terbabit.

Pengarah dan timbalannya didakwa menyalahgunakan kuasa dengan memonopoli dan memberikan projek pembinaan infrastruktur asas berkaitan air bernilai RM3.3 bilion sejak tahun 2010 kepada adik-beradik mereka.

Berikutan penahanan itu, SPRM menyita wang tunai berjumlah RM52.2 juta dengan masing-masing RM45 juta daripada pengarah dan RM7.2 juta lagi daripada timbalannya. Semua wang terbabit ditemui disembunyikan dalam rumah, pejabat dan kereta milik suspek.

Selain itu, SPRM turut merampas, menyita dan membekukan harta lain milik suspek termasuk sembilan kenderaan mewah, geran tanah (127 keping), beg tangan mewah (98) dan barang kemas (14 kilogram), sejumlah jam tangan mewah serta wang dalam akaun suspek bernilai RM62 juta.

Image: 

Kota Kinabalu: Tiga tertuduh termasuk bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) tiba di perkarangan Mahkamah Sesyen, di sini, pagi ini untuk menghadapi pertuduhan kes rasuah dan penyelewengan membabitkan projek bernilai RM3.3 bilion sejak 2010.

Mengaku tak bersalah seleweng RM3.3 bilion

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Tiga tertuduh termasuk bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan isterinya serta bekas timbalan jabatan itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas 35 pertuduhan penyelewengan dana infrastruktur jabatan berkenaan, hari ini.

Tertuduh, bekas Pengarah JANS, Awang Mohd Tahir Mohd Talib, 54, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pagi ini atas 12 pertuduhan menyeleweng dana infrastruktur kerajaan.

Isterinya, Fauziah Piut, 51, dan bekas Timbalan Jabatan Air Sabah, Lim Lam Beng, 62, menghadapi pertuduhan yang sama.

Tertuduh pertama, Awang Mohd Tahir digantung tugas selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Oktober lalu selepas berdepan dengan pertuduhan berkenaan membabitkan pemilikan secara haram wang tunai dan di dalam akaun bank berjumlah RM56.9 juta wang tunai dan simpanan, enam kereta mewah dan 86 jam tangan mewah pelbagai jenama pada 4 Oktober lalu di beberapa lokasi di sini, termasuk di pejabat JANS.

Manakala, isterinya yang baru ditahan di kediaman tertuduh semalam berdepan dengan 19 pertuduhan membabitkan pemilikan wang haram bernilai RM2.2 juta tidak termasuk beg tangan mewah dan emas serta bukan emas.

Pertuduhan yang dihadapi Fauziah sebagai tertuduh kedua turut membabitkan pemilikan secara salah pelbagai jenis harta yang tidak termaklum.

Awang Mohd Tahir dan Fauziah dalam pada itu turut berdepan dengan dua pertuduhan secara bersama iaitu memiliki sebanyak 921 jenis pelbagai barangan kemas dan barangan mewah yang tidak dinyatakan nilainya.

Sementara itu, tertuduh ketiga iaitu Lam Beng berdepan dengan empat pertuduhan memiliki kenderaan mewah serta wang tunai secara haram sebanyak RM2.38 juta.

Semua tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan masing-masing yang dibuat di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Ketika perbicaraan pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Husmarudin Husin dan Farez Rahman manakala barisan peguam bela diketuai PJ Pereira mewakili Awang Mohd. Tahir dan Fauziah.

Lam Beng pula diwakili barisan peguam diketuai Chin Teck Ming.

Ketiga tertuduh memohon dibicarakan selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ummu Khaltom Abd Samad.

Perbicaraan berkenaan ditangguhkan oleh Ummu Khaltom ke jam 1 tengah hari ini bagi menetapkan jaminan terhadap semua tertuduh.

Image: 

Kota Kinabalu: Tiga tertuduh termasuk bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan isterinya serta bekas timbalan jabatan itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas 35 pertuduhan penyelewengan dana infrastruktur jabatan berkenaan, hari ini.

Viewing all 7853 articles
Browse latest View live