Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all 7853 articles
Browse latest View live

Metro@7 - 22 Disember 2016 [METROTV]

$
0
0
Utama

HMDigital

am@hmetro.com.my

• ATM beku operasi tiga lagi pesawat Beechcraft B-200T milik TUDM berikutan nahas di Pangkalan Udara Butterworth.

• Mayat mendiang Mejar C Kayamboo, 45, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Hindu Batu Lanchang.

• Tiga beranak dituduh memperdagang dan mencederakan pembantu rumah warga Indonesia, Koiriyah, 33.

• Eksekutif perkapalan, Abdul Razak Amat, 49, didakwa atas tiga tuduhan menyamar pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

• Persembahan silat dan tai chi di atas jambatan gantung di puncak Gunung Machinchang, diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR).

Image: 

HMDigital

Metro@7 - 22 Disember 2016

Ajal empat sekeluarga

$
0
0
Utama

rnoraina@hmetro.com.my

Tampin: Bayi lelaki 12 bulan iaitu kembar bayi perempuan turut meninggal dunia di Hospital Tampin.

Kehilangan itu menjadikan empat maut dalam kemalangan di Jalan Tampin-Gemas, berhampiran Rumah Rakyat Repah Baru, Tampin.

laporan awal

TIGA sekeluarga termasuk bayi perempuan maut manakala dua parah dalam kemalangan dua kereta di jalan itu.

Mangsa yang maut adalah lelaki pemandu Proton Saga, penumpang wanita warga emas dan bayi perempuan dipercayai anak pemandu berusia kira-kira 12 bulan.

Mangsa yang parah adalah wanita penumpang Proton Saga dan lelaki pemandu Proton Persona.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tampin Roslan Sahrani berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.26 petang.

Katanya, pihaknya dimaklumkan berlaku kemalangan membabitkan lima mangsa yang tersepit dalam dua kereta.

"Bomba mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan semua mangsa dan dua disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Tiga yang parah termasuk bayi diserahkan kepada kakitangan ambulans untuk dikejarkan ke hospital.

“Bagaimanapun, bayi terbabit disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan semua mangsa dihantar ke Hospital Tampin.

Image: 

Tampin: Bayi lelaki 12 bulan iaitu kembar bayi perempuan turut meninggal dunia di Hospital Tampin.

Doa Sultan Ibrahim Iskandar

$
0
0
Utama

sab@hmetro.com.my

Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menzahirkan rasa dukacita atas kejadian di KM 137.3 lebuh raya PLUS, arah utara, dekat Kampung Jayor, Pagoh, di sini, awal pagi, 24 Disember.

Baginda mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang dikongsi menerusi Facebok rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, malam ini.

“Saya berasa amat dukacita dengan makluman berita kehilangan nyawa dalam tragedi kemalangan bas di Pagoh, pada awal pagi Sabtu ini.

"Saya turut bersimpati kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga tersayang dalam tragedi yang memilukan ini.

“Semoga Allah SWT berikan semangat serta kekuatan kepada mereka yang sedang berkabung. Doa saya supaya mereka yang cedera akan pulih sepenuhnya," titah baginda.

Baginda turut menasihatkan rakyat jelata berhati-hati di jalan ketika musim cuti perayaan ini.

"Kita semua mempunyai tanggungjawab untuk memastikan supaya tidak berlaku kecelakaan atau kehilangan nyawa apabila berada di jalan raya," titahnya.

Image: 

Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menzahirkan rasa dukacita atas kejadian di KM 137.3 lebuh raya PLUS, arah utara, dekat Kampung Jayor, Pagoh, di sini, awal pagi, 24 Disember.

Rintihan isteri pemandu bas

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Muar: “Kak, anak saya...mana anak saya kak...tolong...,” demikian rintihan wanita mangsa nahas bas ekspres di KM137.3 lebuh raya PLUS, arah utara, dekat Pagoh, di sini, awal hari ini.

Perkara itu diceritakan saksi kemalangan, Robiyah Tayeb, 48, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jayor, kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

Katanya, mangsa berkenaan mendakwa dia adalah isteri pemandu bas itu dan memaklumkan anak perempuannya turut bersama mereka dalam bas tersebut.

“Wanita yang cedera di muka itu memberitahu dirinya adalah isteri kepada pemandu dan meminta kami mencari anaknya, Zara.

“Apabila ditemukan anaknya, kanak-kanak itu bagaimanapun, sudah meninggal dunia,” katanya.

Robiyah berkata, selain menolong membawa keluar wanita itu, dia turut sempat membantu seorang mangsa lelaki.

Bercerita dengan lebih lanjut, Robiyah berkata, dia terdengar bunyi kuat dari ruang tamu rumah, namun tidak menyangka ia membabitkan nahas bas.

“Kebetulan saya juga tidak dapat melelapkan mata sejak pulang dari bekerja kira-kira 11 malam tadi,” katanya yang bekerja di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh arah selatan, yang terletak berdekatan dengan lokasi kemalangan.

Robiyah yang juga isteri Ketua Kampung Jayor, Kamaruddin Abdullah, turut mendakwa kawasan lebuh raya itu adalah lokasi kerap berlaku kemalangan.

Image: 

Muar: “Kak, anak saya...mana anak saya kak...tolong...,” demikian rintihan wanita mangsa nahas bas ekspres di KM137.3 lebuh raya PLUS, arah utara, dekat Pagoh, di sini, awal hari ini.

Coklat dan bunga dari tunang

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Muar: Hasrat melangsungkan perkahwinan pada hujung Januari 2017 tidak kesampaian apabila tunang maut dalam nahas bas ekspres di KM137.3 lebuh raya PLUS, awal pagi ini.

Mohd Hanizan Othman, 30, berkata beliau dan tunangnya arwah Nor Saidatul Akmal Idris, 21, merancang untuk berkahwin pada cuti Tahun Baru Cina, 29 Jan depan.

“Segala persiapan perkahwinan di pihak perempuan termasuk kad jemputan kahwin sudah siap dicetak, cuma tunggu untuk diedarkan.

“Perkahwinan di pihak saya pula dirancang pada Mac depan,” katanya di Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini, hari ini.

Mohd Hanizan dari Pontian berkata, beliau dan Nor Saidatul Akmal adalah rakan sekerja di kilang elektronik di Senai di mana mereka mula berkenalan lebih setahun lalu.

Beliau berkata, tunangnya yang berasal dari Kota Tinggi menaiki bas berkenaan bersama seorang rakan wanitanya untuk menghadiri satu majlis perkahwinan di Negeri Sembilan, esok.

“Kali terakhir saya berkomunikasi dengan Nor Saidatul Akmal ialah menerusi SMA, kira-kira 7 malam tadi.

“Saya tidak menghantarnya ke Terminal Larkin Sentral kerana dia memberitahu akan menumpang kenderaan tunang rakannya,” katanya.

Mohd Hanizan berkata, beliau mula berasa tidak sedap hati apabila Nor Saidatul Akmal tidak menjawab beberapa panggilan telefon dan SMS yang dihantarnya sejak malam tadi.

Beliau pada mulanya mendengar berita mengenai kemalangan bas berkenaan dari seorang rakannya, pada sebelah pagi.

“Saya membuat keputusan untuk pergi ke Negeri Sembilan. Saya kemudiannya menerima panggilan telefon dari abang Nor Saidatul Akmal mengenai nahas itu kira-kira 11 pagi,” katanya.

Beliau berkata, Nor Saidatul Akmal memberinya hadiah coklat dan bunga sempena sambutan hari jadinya, pada 15 Dis lalu.

“Itulah hadiah terakhir yang saya terima daripadanya. Dia tidak pernah berbuat demikian sepanjang kami berkenalan,” katanya.

Sementara itu, ibu Nor Saidatul Akmal, Laila Kasbi, 61, berkata kali terakhir beliau berhubung dengan anaknya ialah melalui WhatsApp yang anaknya memaklumkan bas yang dinaikinya akan lewat sampai di Johor Bahru.

“Dia pesan pada mak cik suruh mak cik tidur dahulu sebab bas yang dia akan naik sepatutnya sampai di Terminal Larkin Sentral pada tengah malam, namun bas itu lambat dan dijangka sampai dalam 1 pagi.

“Subuh tadi saya buat beberapa kali panggilan kepadanya tetapi tidak berjawab. WhatsApp saya pun dia tidak balas. Saya mulai risau,” jelasnya.

Laila berkata, beliau hanya mengetahui mengenai kemalangan itu melalui laporan berita di televisyen.

“Mak cik cuba buat panggilan pada rakannnya Nur Amira Izzaty Razip yang bersamanya tetapi dia juga gagal dihubungi,” katanya yang kemudiannya menerima berita kemalangan itu daripada polis.

Nor Saidatul Akmal adalah anak bongsu daripada lima beradik dan tinggal di asrama kilang tempatnya bekerja sejak tiga bulan lepas, kata ibunya.

Nahas itu mengorbankan 14 orang termasuk pemandu bas sementara 16 lagi cedera.

Bas itu yang dalam perjalanan dari Johor Bahru menuju Kuala Lumpur dilapor terjunam ke dalam cerun sedalam 10 meter.

Image: 

Muar: Hasrat melangsungkan perkahwinan pada hujung Januari 2017 tidak kesampaian apabila tunang maut dalam nahas bas ekspres di KM137.3 lebuh raya PLUS, awal pagi ini.

'Halalkan makan dan minum'

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Muar: “Saya rasa nak pergi jauh,”...itu antara ayat terakhir arwah Nur Amira Izzaty Razip kepada tunangnya sebelum bas itu kemalangan, awal pagi.

Nur Amira, 22, antara 14 mangsa yang terkorban dalam nahas bas ekspres di KM137.3 lebuh raya PLUS, arah utara, berdekatan dengan kawasan rehat dan rawat Pagoh.

Tunangnya, Hary Ramlan, 26, berkata kali terakhir dia bertemu tunangnya adalah ketika mengambil tunangnya di asrama kilang tempatnya bekerja di Senai.

Katanya, dia kemudian menghantar tunangnya ke Stesen Bas Larkin, yang mahu ke Negeri Sembilan bagi menghadiri majlis pernikahan kenalannya.

“WhatsApp terakhir yang dia hantar mengatakan ‘saya rasa nak pergi jauh’. Jadi, saya pun terkejut sebab dia tak pernah berkata begitu sebelumnya kepada saya.

“Saya hantar dia pada 11.30 malam. Tunggu sampai bas dia bertolak.

“Ketika dalam bas pun dia ada meminta saya menghalalkan segala makan minumnya dan mengikhlaskan semua perkara selama lima tahun kami berkenalan.

“Nur Amira, yang ketika itu dalam keadaan teresak-esak ketika di stesen bas turut meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada syarikat perkhidmatan bas.

“Bas itu datang lambat, sepatutnya bas sampai pada 1 pagi tetapi tiba pada 1.45 pagi dan terus bertolak kira-kira lima minit kemudian.

“Saya bekerja sebagai pemandu bas SBS di Singapura. Oleh itu, pada saya waktu rehat pemandu bas tersebut sangat singkat,” katanya.

Tambahnya, dia mendapat makluman mengenai kejadian bas daripada kumpulan WhatsApp yang memaklumkannya mengenai kemalangan tersebut.

“Pada mulanya saya tidak percaya tetapi selepas melihat nombor pendaftaran bas itu, AJC 6633 saya tahu itu bas yang dia naiki kerana tiket bas dia saya yang pegang semalam,” katanya.

Menurutnya, mereka bertunang sejak Mei tahun ini dan merancang untuk berkahwin pada Mei 2017.

Difahamkan, arwah Nur Amira ke Negeri Sembilan bersama seorang rakan sekerjanya, Allahyarham Nor Saidatul Akmal Idris, 21, yang juga maut dalam nahas itu.

Image: 

Muar: “Saya rasa nak pergi jauh,”...itu antara ayat terakhir arwah Nur Amira Izzaty Razip kepada tunangnya sebelum bas itu kemalangan, awal pagi.

Percutian tak kesampaian

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Muar: Hasrat empat sekeluarga warga Singapura bercuti tidak kesampaian.

Ini berikutan seorang daripada mereka maut apabila bas ekspres mereka naiki terjunam ke curam 10 meter di KM137.3 lebuh raya PLUS, arah utara, di Pagoh, awal pagi, 24 Disember.

Hamimah Mamo, 43, maut manakala suaminya Mohd Syed Mohd Jamaludin, 42, dan dua anak mereka iaitu Mohd Hilmi, 16, dan Alifa Aliana, 13, cedera dalam tragedi itu.

Sepupu Hamimah iaitu Yusof Sabrin, 54, berkata beliau mendapat makluman mengenai kejadian itu apabila dihubungi oleh kakak mangsa ketika dalam perjalanan ke Segamat.

“Kali terakhir saya berjumpa dengan keluarga mangsa adalah ketika kami menghadiri majlis perkahwinan keluarga di Segamat, minggu lalu.

“Mereka ada memaklumkan kepada saya keinginan sekeluarga untuk bercuti dan mereka memang sudah biasa menaiki bas ke Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui di hospital.

Yusof berkata, kesemua mereka berasal dari Pasir Ris, Singapura.

“Saya dah berjumpa dengan suami Hamimah, Mohd Syed. Kesemua mereka kini sedang dirawat kerana dia mengalami patah kaki kiri.

“Anak lelakinya, Mohd Hilmi retak tulang belakang dan paru-paru manakala anak perempuannya patah tangan kiri dan kaki.

“Allahyarham ada empat anak tapi anak dia yang pertama dan kedua tidak ikut bercuti,” katanya.

Menurutnya, Mohd Syed yang sedar ketika kemalangan berlaku melihat isterinya dalam keadaan berlumuran darah sejurus kemalangan.

“Keluarga mereka sekarang masih dalam trauma dan saya tidak berani untuk bertanya lebih lanjut kerana menghormati perasaan mangsa,” katanya.

Image: 

Muar: Hasrat empat sekeluarga warga Singapura bercuti tidak kesampaian.

Pemandu tiada rekod buruk

$
0
0
Utama

fadly@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pemandu bas ekspres Alisan didapati tidak mempunyai rekod kesalahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Nadzri Siron, berkata hasil laporan mendapati lesen memandu serta lesen kenderaan pengangkutan awam (PSV) milik arwah masih sah.

Bagaimanapun, katanya, syarikat pengendali bas ekspres berkenaan mempunyai lapan saman tertunggak sejak 2014.

"Kami akan meneruskan kerjasama dengan polis dan Institut Penyelidikan Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk menentukan punca sebenar nahas,” katanya.

Beliau ditemui pada sidang media ketika operasi khas motosikal di Jalan Bangsar, di sini, malam ini.

Pemandu terbabit, Allahyarham Zakeer Zubir, 32, terbunuh dalam nahas di KM137.3 lebuh raya PLUS, dekat Kampung Jayor, Pagoh, pada 3.40 pagi. 24 Disember.

Kemalangan ngeri itu meragut 13 nyawa penumpangnya, termasuk anaknya, Nur Natasya Zahara Zakeer, setahun.

Nahas berikutan bas ekspres itu dikaakan terbabas, melambug dan masuk ke cerun turut menyebabkan 16 yang lain cedera.

Image: 

Kuala Lumpur: Pemandu bas ekspres Alisan didapati tidak mempunyai rekod kesalahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


Berita sedih 7.15 malam

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Marang: Wanita dari Kampung Rawai, di sini, mengesahkan mangsa maut dalam nahas bas ekspres di KM137.3 lebuh raya PLUS, arah utara, dekat Kampung Jayor, Pagoh, adalah abangnya, Mohd Hisham Wahab, 34.

Noor Suriati, 29, mengesahkan keluarganya menerima panggilan polis dari Johor dan memberitahu mengenai berita sedih itu, pada 7.15 malam.

Menurutnya, polis meminta wakil daripada keluarganya ke bilik mayat Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar bagi menuntut jenazah arwah abangnya.

Berikutan itu, katanya, bapanya, Wahab Jusoh, 59, bersama bapa saudaranya, Baharuddin Musa, 50, sudah ke HPSF dengan menaiki van jenazah Kampung Rawai, pada 9.15 malam tadi.

Menurutnya, jenazah abangnya akan dibawa pulang ke Terengganu apabila proses urusan jenazah selesai dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rawai.

Image: 

Marang: Wanita dari Kampung Rawai, di sini, mengesahkan mangsa maut dalam nahas bas ekspres di KM137.3 lebuh raya PLUS, arah utara, dekat Kampung Jayor, Pagoh, adalah abangnya, Mohd Hisham Wahab, 34.

Kenduri di Muar

$
0
0
Utama

rnoraina@hmetro.com.my

Tampin: Hajat tujuh sekeluarga yang mahu menghadiri kenduri di rumah saudara bertukar tragedi apabila empat daripadanya maut manakala tiga parah.

Ini berikutan mereka sekeluarga terbabit dalam kemalangan di KM3.8 Jalan Tampin-Gemas, dekat Rumah Rakyat Repah Baru, di sini, kira-kira 3 petang, 24 Disember.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak, berkata keluarga itu menaiki Proton Saga dan dalam perjalanan dari Binjai, Kemaman, Terengganu untuk ke Muar, Johor.

Menurutnya, setiba di lokasi kereta mereka dipercayai terbabas memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Proton Persona yang datang dari arah bertentangan.

“Mangsa yang maut adalah pemandu Proton Saga, Mohd Fadzil Jusoh, 37; ibunya, Nazipah Chik, 60.

“Selain itu, dua daripada tiga anak kembar Mohd Fadzil iaitu Nur Farhana dan Muhammad Farhan, setahun, turut meninggal dunia.

"Isteri Mohd Fadzil iaitu Wan Suhana Wan Abdul Latif, 33 dan seorang lagi anak kembar, Muhammad Farhimi serta adik perempuannya, Nursyuhaidah, 23, agak parah.

“Pemandu Proton Persona, Abdullah Lebai Abas, 62, juga parah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, keempat-empat mangsa yang parah menerima rawatan di Hospital Tampin dan urusan bedah siasat ke atas semua mangsa maut akan dijalankan pagi esok.

Hamazah berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Image: 

Tampin: Hajat tujuh sekeluarga yang mahu menghadiri kenduri di rumah saudara bertukar tragedi apabila empat daripadanya maut manakala tiga parah.

Abang tergamam terima berita

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Muar: Hajat V Renugah untuk mendirikan rumah tangga juga tidak kesampaian apabila maut dalam nahas bas ekspres di KM137.3, lebuh raya PLUS, awal pagi, 24 Disember.

Abangnya, V Sri Nivasan, 30, berkata dia bergegas ke Muar dari Klang, Selangor, bersama keluarganya selepas mendapat berita kematian daripada rakan adiknya, pada kira-kira 10 pagi.

“Saya tergamam dan tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendapat berita kematian adik perempuan bongsu,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini.

Menurutnya, mendiang yang berusia 25 tahun akan melangsungkan perkahwinan pada Maca 2017.

b>info 1

HOSPITAL Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) menyediakan empat katil di Unit Forensik bagi melicinkan operasi bedah siasat terhadap 14 mangsa yang terkorban dalam kemalangan bas ekspres.

Pengarahnya, Dr Selahuddeen Abdul Aziz, berkata sepasukan tiga doktor bagi setiap katil bedah ditugaskan bagi bertujuan mempercepatkan urusan bedah siasat.

info 3

KERAJAAN Johor akan menawarkan beberapa bentuk bantuan kepada semua mangsa nahas bas ekspres di KM137.3 lebuh raya PLUS, arah utara, dekat Pagoh.

Exco Agama Johor, Abd Mutalip Abd Rahim, berkata bantuan itu merangkumi kemudahan dan keselesaan kepada keluarga waris serta mangsa sepanjang berada Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

info 4

KEMENTERIAN Luar Singapura (MFA) melahirkan kesedihan terhadap kemalangan bas yang meragut 14 nyawa dan mencederakan 16 penumpang.

Dalam satu kenyataan, di sini, kementerian itu berkata ketika ini Konsul Jeneral Singapura di Johor Bahru sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Johor.

Image: 

Muar: Hajat V Renugah untuk mendirikan rumah tangga juga tidak kesampaian apabila maut dalam nahas bas ekspres di KM137.3, lebuh raya PLUS, awal pagi, 24 Disember.

Gembira bertukar duka

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Tampin: "Pagi semalam kami semua gembira untuk bertolak ke Muar bagi meraikan majlis perkahwinan saudara kami yang berlangsung hari ini.

"Namun, semuanya berubah sekelip mata dan kami reda dengan ketentuan Ilahi," kata Junaidah Jusoh, 41, ahli keluarga tujuh sekeluarga yang terbabit kemalangan di Kilometer 3.8 Jalan Tampin-Gemas, berhampiran Rumah Rakyat Repah Baru, di sini, semalam.

Kemalangan kira-kira jam 3 petang semalam mengorbankan ibunya Nazipah Chik, 60, adik lelaki, Mohd Fadzil, 37 dan dua anak kembar Mohd Fadzil, Nur Farhana serta Muhammad Farhan berusia setahun.

Manakala seorang lagi kembar Muhammad Farhimi dan isteri Mohd Fadzil, Wan Suhana Wan Abdul Latif, 33; serta adik perempuannya Nursyuhaidah, 23, cedera parah.

Junaidah berkata, ibu dan Nursyuhaidah menaiki kereta Proton Saga bersama keluarga Mohd Fadzil dan mereka berkonvoi dari rumah ibu di Binjai, Kemaman, Terengganu, untuk ke Muar, Johor, kira-kira jam 10 pagi.

"Saya sekeluarga tiba terlebih dahulu di Muar. Saya menerima panggilan daripada Nursyuhaidah memberitahu mereka terbabit kemalangan.

"Saya segera berpatah balik ke lokasi kejadian tetapi semua mangsa sudah dibawa ke Hospital Tampin. Saya ke hospital dan dimaklumkan empat daripadanya maut," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tampin di sini, hari ini.

Menurutnya, Wan Suhana dan Nursyuhaidah yang mengalami kecederaan patah di beberapa bahagian badan dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban untuk rawatan lanjut, manakala Muhammad Farhimi sudah dibenarkan keluar wad.

Katanya, semua jenazah akan dibawa pulang ke kampung halaman di Kampung Batu 4 Dalam Binjai, Kemaman, untuk dikebumikan.

Dalam kejadian petang semalam, Proton Saga dipandu Mohd Fadzil dipercayai hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Proton Persona.

Pemandu Proton Persona, Abdullah Lebai Abas, 62, cedera parah di kepala dan badan masih menerima rawatan di hospital.

Image: 

Tampin: "Pagi semalam kami semua gembira untuk bertolak ke Muar bagi meraikan majlis perkahwinan saudara kami yang berlangsung hari ini.

92 mati pesawat tentera terhempas

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Moscow (Russia): Pesawat tentera yang membawa 92 penumpang termasuk kumpulan koir Red Army Choir terhempas di Laut Hitam ketika menuju ke Syria pada 10.30 pagi tadi (waktu Malaysia).

Menurut Kementerian Pertahanan Russia (RDM), satu pesawat jenis TU-154 hilang dari radar pada 10.25 pagi selepas dua minit berlepas dari Adler untuk berhenti mengisi minyak.

Difahamkan, tiada seorang pun daripada penumpang terselamat dalam nahas terbabit.

Sumber RDM berkata, kesemua penumpang dipercayai maut disamping tiada rakit keselamatan ditemui.

Menurut laporan media Interfax, pesawat terbabit tidak menghantar sebarang isyarat SOS kepada menara kawalan.

Jeneral Major, Igor Konashenkov berkata, pesawat reka bentuk era-Soviet itu diperkenalkan pada 1970-an, membawa 84 penumpang dan lapan kru.

“Sekurang-kurangnya 60 penumpang adalah anggota kumpulan Red Army Choir, sembilan wartawan Russia dan selebihnya anggota tentera,” katanya.

Image: 

Moscow (Russia): Pesawat tentera yang membawa 92 penumpang termasuk kumpulan koir Red Army Choir terhempas di Laut Hitam ketika menuju ke Syria pada 10.30 pagi tadi (waktu Malaysia).

'Cahaya Dhuha atau lensa kamera'

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Seremban: "Ia mungkin cahaya Dhuha atau lensa kamera kerana ketika pengebumian, tiada perkara luar biasa berlaku di tanah perkuburan," kata Nazri Zainuddin, 41, adik kepada pengasas Sekolah Rendah Islam Integrasi Darul Ulum (SRIIDU), Allahyarham Mohd Khairi Zainuddin.

Beliau mengulas mengenai viral gambar majlis pengebumian arwah abangnya yang bercahaya dan tersebar di aplikasi WhatsApp.

Allahyarham Mohd Khairi yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan meninggal dunia pada Selasa dan dikebumikan pagi Rabu di Tanah Perkuburan Islam Senawang.

"Perkara (gambar) itu sudah diketahui sejurus selesai urusan pengebumian dan kami sudah memaklumkan kepada adik-beradik yang lain. Kami tidak beranggapan ia perkara pelik.

"Apabila kami dapat tahu gambar itu diviralkan, kami tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Kami rasa adalah lebih baik tidak membuat sebarang tindakan kerana dikhuatiri menimbulkan masalah," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Allahyarham meninggal dunia jam 4.29 petang selepas terjatuh dipercayai mengalami masalah jantung ketika membeli kelengkapan sekolah murid SRIIDU di Bandar Baru Nilai.

Arwah meninggalkan seorang balu dan empat anak berusia antara 10 hingga 18 tahun.

Nazri berkata, beliau percaya arwah abangnya meninggalkan keluarga dalam keadaan baik dan mendoakan agar arwah mendapat rahmat Ilahi.

Image: 

Seremban: "Ia mungkin cahaya Dhuha atau lensa kamera kerana ketika pengebumian, tiada perkara luar biasa berlaku di tanah perkuburan," kata Nazri Zainuddin, 41, adik kepada pengasas Sekolah Rendah Islam Integrasi Darul Ulum (SRIIDU), Allahyarham Mohd Khairi Zainuddin.

Mimpi menangis di sisi jenazah ibu

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Chukai: “Kelmarin saya bermimpi ibu meninggal dunia, tidak sangka pula keesokannya dia benar-benar pergi," kata Mohd Syukri Jusoh, 33, yang ibunya Nazipah Chik, 60, maut dalam kemalangan di Kilometer 3.8, Jalan Tampin-Gemas, kira-kira 3 petang semalam.

Kemalangan itu turut meragut nyawa abangnya, Mohd Fadzil Jusoh, 37, dan dua daripada tiga anak kembar mangsa, Nur Farhana dan Muhammad Farhan, setahun.

Seorang lagi anak kembar Mohd Fadzil iaitu Muhammad Farhimi dan isterinya, Wan Suhana Wan Abdul Latif, 33, serta adik perempuannya, Nursyuhaidah, 23, cedera parah.

Mohd Syukri, dari Kampung Binjai dekat sini berkata, dalam mimpi itu dia menangis di sisi jenazah ibunya yang sudah siap dikafankan.

"Sebaik terjaga dari tidur saya menceritakan mimpi itu kepada isteri, Ina Yuni, 27, namun dia menganggap itu hanyamimpi biasa.

"Tak sangka pula mimpi itu jadi kenyataan semalam," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, hari ini.

Menurutnya, dia dan isteri sepatutnya turut bersama arwah abang dan ibunya menghadiri majlis perkahwinan anak angkat ibunya di Muar, Johor.

"Saya sudah memohon cuti empat hari namun tetapi membatalkannya kerana berasa tidak sedap hati. Ibu cuba memujuk tetapi saya tetap tidak mahu pergi," katanya.

Menurutnya, arwah ibunya juga ada meminta kebenaran membawa anak lelakinya berusia enam tahun namun dia keberatan dan tidak mengizinkan anaknya itu ikut,

“Saya amat sedih dengan nasib abang dan isteri yang baru mendapat cahaya mata selepas 10 tahun berkahwin," katanya.

Image: 
Image: 

Chukai: “Kelmarin saya bermimpi ibu meninggal dunia, tidak sangka pula keesokannya dia benar-benar pergi," kata Mohd Syukri Jusoh, 33, yang ibunya Nazipah Chik, 60, maut dalam kemalangan di Kilometer 3.8, Jalan Tampin-Gemas, kira-kira 3 petang semalam.


Isteri hanya lihat pusara

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Jenazah Abdullah Hadi Yusof, warga India yang maut dalam nahas bas ekspres di Pagoh, awal pagi semalam, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, dekat sini, 11 malam tadi.

Jenazah yang dituntut warisnya di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, kira-kira 7 malam, tiba di Masjid India, Jalan Duke, pada 10.20 malam, untuk disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Kira-kira 50 orang termasuk anggota keluarga dan rakan-rakan Allahyarham turut kelihatan.

Allahyarham yang berasal dari Tiruchirappalli, Tamil Nadu, India, sudah tiga tahun menetap di Malaysia.

Adik iparnya yang mewakili anggota keluarga di India, Ahmad Tayyub Ismail, berkata anggota keluarga mereka di India memberi keizinan untuk jenazah Abdullah Hadi disemadikan di Johor Bahru.

Beliau berkata, isteri dan dua anak Allahyarham serta bapa arwah akan tiba dari India selewat-lewatnya, petang esok, bagi menziarahi pusaranya.

Abdullah Hadi adalah antara 14 yang terkorban dalam nahas bas ekspres di KM137.3 lebuh raya PLUS, arah utara, dekat Kampung Jayor, Pagoh, awal pagi Sabtu.

Tragedi itu turut mencederakan 16 penumpang yang lain.

Image: 

Johor Bahru: Jenazah Abdullah Hadi Yusof, warga India yang maut dalam nahas bas ekspres di Pagoh, awal pagi semalam, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, dekat sini, 11 malam tadi.

George Michael meninggal dunia

$
0
0
Utama

London: Penyanyi pop Britain, George Michael yang terkenal pada era 1980-an dengan Wham! sebelum berterusan sebagai artis solo meninggal dunia pada Ahad di rumahnya di England. Beliau berusia 53 tahun.

Beliau meninggal dunia di rumahnya di Oxfordshire, England, pada Hari Krismas.

"Dengan sedihnya,kami boleh mengesahkan anak kesayangan kami, abang dan rakan, George meninggal dunia di rumah ketika tempoh Krismas," kata jurucakapnya dalam satu kenyataan.

"Keluarga meminta privasi mereka dihormati pada masa sukar dan beremosi ini. Tiada komen lagi setakat ini," katanya.

Dilahirkan Georgios Kyriacos Panayiotou, belau pernah bermain muzik di kawasan kereta api bawah tanah London sebelum membentuk Wham! dengan Andrew Ridgeley pada 1981.

Image: 

London: Penyanyi pop Britain, George Michael yang terkenal pada era 1980-an dengan Wham! sebelum berterusan sebagai artis solo meninggal dunia pada Ahad di rumahnya di England. Beliau berusia 53 tahun.

Jumpa mayat bayi di surau

$
0
0
Utama

azimfitri@hmetro.com.my

Rompin: Bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemui mati di perkarangan surau Al Raudhah, Bandar Tun Abdul Razak, 6.30 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, bayi terbabit dipercayi dibuang sebelum ditemui jemaah surau dalam keadaan berbungkus dengan kain di tepi longkang.

Kejadian itu kemudian dilaporkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum bayi terbabit disahkan meninggal dunia.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan individu yang bertanggungjawab membuang bayi itu.

Image: 

Rompin: Bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemui mati di perkarangan surau Al Raudhah, Bandar Tun Abdul Razak, 6.30 pagi tadi.

Perut terburai dirobek kerambit

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Gombak: Konstabel polis cedera di perut selepas ditikam kerambit di restoran di Selayang Point Condo, Selayang, 5.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, anggota berusia 26 tahun terbabit yang bertugas di Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman kini sedang dirawat di Hospital Selayang dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Katanya, ekoran insiden itu, polis menahan dua lelaki berusia 24 yang ditahan reman sehingga Khamis ini untuk siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

"Siasatan awal mendapati, pergaduhan berpunca daripada tindakan mangsa membuat pesanan roti canai dengan suspek yang disangka pekerja restoran berkenaan.

"Bagaimanapun, ketika beredar meninggalkan restoran berkenaan, seorang daripada suspek menunjukkan isyarat lucah, menyebabkan mangsa terus mengejar kedua-dua suspek sebelum berlaku pergaduhan antara mereka," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Image: 

Gombak: Konstabel polis cedera di perut selepas ditikam kerambit di restoran di Selayang Point Condo, Selayang, 5.40 pagi tadi.

Terpotong kepala kemaluan tanpa sengaja

$
0
0
Utama

norizuan@hmetro.com.my

 Kuala Lumpur: Budak lelaki berusia 10 tahun putus kemaluan ketika berkhatan apabila doktor ‘terlebih potong’ di klinik keluarga di Cheras di sini, Selasa lalu.

Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa berkhatan menggunakan kaedah laser pada 8.20 malam.

Sumber polis berkata, pembedahan terbabit dilakukan seorang doktor berpengalaman berusia lewat 40-an.

"Bagaimanapun difahamkan doktor terbabit secara tidak sengaja terlebih potong sehingga ke bahagian kepala kemaluan kanak-kanak terbabit sewaktu melakukan pembedahan laser.

"Susulan kejadian itu, doktor terbabit memaklumkan kejadian kepada keluarga kanak-kanak terbabit sebelum mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) untuk rawatan lanjut.

"Pihak HCTM kemudiannya menghantar mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi melakukan penyambungan bahagian kemaluan yang terputus itu. Mangsa kini masih dirawat di HKL serta dilaporkan stabil," katanya.

Susulan kejadian itu, keluarga mangsa membuat laporan di Pondok Polis HKL selepas mendapat saranan daripada pihak hospital berikutan terdapat unsur kecuaian.

"Hasil soal siasat dilakukan mendapati doktor terbabit mengaku terlebih potong bahagian kepala kemaluan mangsa dengan tidak sengaja dan dia turut membuat laporan Balai Polis Batu 9, Cheras, selepas kejadian itu.

"Namun, semakan mendapati klinik itu masih belum didaftarkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana tidak memiliki borang B atau sijil kebenaran dari KKM untuk membuka klinik dan siasatan terperinci masih dijalankan berhubung kejadian ini," katanya.

Image: 

 Kuala Lumpur: Budak lelaki berusia 10 tahun putus kemaluan ketika berkhatan apabila doktor ‘terlebih potong’ di klinik keluarga di Cheras di sini, Selasa lalu.

Viewing all 7853 articles
Browse latest View live