Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all 7853 articles
Browse latest View live

Bapa lumpuh terharu anak cemerlang

$
0
0
Utama

Seremban: Seorang bapa yang lumpuh separuh badan akibat penyakit strok menangis terharu ketika dimaklumkan mengenai keputusan cemerlang peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) anaknya, Muhammad Fakhrullah Md Nazam.

Md Nazam Mustafa, 48, tidak mampu menahan perasaan dan menangis sambil memeluk anak keduanya itu dari empat beradik, pelajar Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) di sini, yang mencatat keputusan 10A.

"Saya rasa gembira dan bersyukur. Semoga dia berjaya sampai ke menara gading. Saya hanya mampu berdoa dan memberi sokongan moral," kata lelaki yang lumpuh sejak enam tahun lalu itu ketika ditemui di perkarangan sekolah berkenaan.

Isterinya, Norasikin Md Tawil, 45, berkata, beliau dan suami yang pernah bekerja sebagai atendan hospital tidak pernah memaksa Muhammad Fakhrullah untuk cemerlang sebaliknya hanya mahu anak mereka berusaha bersungguh-sungguh.

"Macam Bahasa Inggeris, kami tak pernah ajar dia tapi sejak kecil memang dia suka baca buku Bahasa Inggeris, jadi dari situ saya rasa dia belajar," kata suri rumah itu.

Menjadikan abangnya yang kini belajar di Perancis dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa sebagai sumber inspirasi, Muhammad Fakhrullah berkata, beliau berhasrat belajar di Sepanyol dalam jurusan kejuruteraan mekanikal.

Dua lagi pelajar sekolah itu yang turut meraih 10A - Muhammed Mikhail A Hafidz dan Ammar Haziq Mazlan - pernah mewakili Malaysia dalam Pertandingan 5th Asean Plus Three Junior Science Odyssey di Filipina dari 12 hingga 18 Jun lalu.

Mereka membawa pulang dua pingat gangsa dalam 'lab skills' dan sebutir perak bagi 'group pitching presentation'.

Pengetua SDAR, Safuan Raba'ai berkata, 22 daripada 123 pelajar yang menduduki PT3 tahun ini memperoleh 10A, manakala ramai berada dalam kelompok yang memperoleh 6A, 7A, 8A dan 9A.

Beliau menjelaskan fokus diberi kepada setiap pelajar dan melalui konsep mentor-mentee yang diamalkan, pelajar yang cemerlang akan membantu pelajar yang kurang cemerlang.

Beliau berpendapat PT3 adalah penterjemahan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan mencakupi usaha berterusan untuk mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dalam pada itu, bapa kepada seorang pelajar di sekolah itu, Kamarulzaman Zakaria, 52, berkata, sistem pemarkahan PT3 masih kurang difahami.

"Macam Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebelum ini, kita tahu pemarkahannya berpusat dan soalan pun sama untuk setiap calon.

"Tapi PT3 ini, soalannya berlainan (bagi setiap sekolah) dan markah pun diberi oleh guru sekolah sendiri. Jadi mungkin ada guru bagi markah tinggi, ada guru bagi markah rendah," katanya.

Image: 

Seremban: Seorang bapa yang lumpuh separuh badan akibat penyakit strok menangis terharu ketika dimaklumkan mengenai keputusan cemerlang peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) anaknya, Muhammad Fakhrullah Md Nazam.


Pos Malaysia lancar setem baru

$
0
0
Mutakhir

Asrizal.aris@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) melancarkan 150,000 koleksi setem 'Kegemilangan Emas di Paralimpik Rio 2016' di Ibu Pejabat Pos Malaysia, di sini, hari ini.

Siri setem ini menampilkan setem bernilai 95 sen sekeping yang mempamerkan imej tiga atlet Paralimpik yang menyumbang pingat emas pertama bagi acara masing-masing dalam temasya sukan Paralimpik Rio 2016 di Brazil September lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, keluaran siri setem ini adalah penghormatan kepada sumbangan para atlet negara di arena sukan bertaraf antarabangsa.

"Selain setem, produk filateli lain seperti sampul surat hari pertama (FDC) termasuk risalah berharga 55 sen setiap satu dan folder lengkap dijual pada harga RM6.35 setiap satu, turut dikeluarkan.

"Pos Malaysia mempunyai garis panduan dalam mengeluarkan setem berimej kerana sebelum ini hanya imej individu yang sudah meninggal dunia daripada kerabat diraja, pemimpin dan tokoh sasterawan negara sahaja yang dibenarkan dalam pengeluaran setem.

"Jadi ini adalah yang pertama kalinya Pos Malaysia melancarkan setem yang mempamerkan imej individu yang masih hidup sebagai penghargaan," katanya ketika ditemui selepas pelancaran koleksi setem Kegemilangan Emas di Paralimpik Rio 2016, di sini, hari ini.

Katanya, pelancaran setem itu dibuat selepas mengadakan perbincangan dan mendapat persetujuan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin serta tiga atlet yang dirai, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly.

Pos Malaysia mengeluarkan sebanyak 150,000 setem, 40,000 sampul dan 2,000 folder setem lengkap yang tidak mempunyai cetakan kedua selepas ini untuk dimiliki oleh pengumpul setem di seluruh dunia.

 

 

Image: 

Kuala Lumpur: Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) melancarkan 150,000 koleksi setem 'Kegemilangan Emas di Paralimpik Rio 2016' di Ibu Pejabat Pos Malaysia, di sini, hari ini.

Mengerikan...

$
0
0
Utama

rnoraina@hmetro.com.my

Gemas: Budak lelaki menanggung kesakitan lebih sejam selepas tangan kirinya tersepit pada mesin pemerah santan sebelum berjaya diselamatkan anggota bomba dalam kejadian di Pasar Awam Bukit Rokan Utara, di sini, pagi ini.

Kejadian kira-kira 9 pagi itu berlaku apabila Mohd Faiz Mokhtar, 5, dikatakan bermain mesin berkenaan sebelum tangannya itu tersepit dan patah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas Syed Ammar Syed Abbas berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 9.15 pagi sebelum sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota ke lokasi.

"Anggota yang tiba di lokasi segera menjalankan kerja penyelamatan dengan menggunakan alat pemotong khas untuk mengeluarkan tangan kanak-kanak terbabit.

"Operasi mengambil masa kira-kira 20 minit sebelum tangan mangsa berjaya dikeluarkan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mangsa diserahkan kepada Unit Penyelamat dan Paramedik (EMRS) sebelum dibawa ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan lanjut.

Image: 

Gemas: Budak lelaki menanggung kesakitan lebih sejam selepas tangan kirinya tersepit pada mesin pemerah santan sebelum berjaya diselamatkan anggota bomba dalam kejadian di Pasar Awam Bukit Rokan Utara, di sini, pagi ini.

Pengakhirannya ketika mahu berbudi

$
0
0
Utama

izlaily@hmetro.com.my

Iskandar Puteri: Pemandu jengkaut ditemui lemas selepas dipercayai tergelincir dalam kolam buatan di kawasan rumah kongsi berhampiran bulatan Educity menghala ke Nusa Idaman di sini, ketika ingin memberi makan kepada anjing liar yang dijaganya, malam tadi.

Ang Yan Yan, 22, dikatakan akan ke kawasan itu setiap hari untuk bersembahyang di tokong kecil di situ dan memberi makan anjing liar di kawasan rumah kongsi berkenaan sebelum membasuh kaki serta tangan di kolam berkenaan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, kira-kira jam 11 malam, kakak mangsa dimaklumkan rakan mangsa bahawa kereta Proton Persona mangsa berada di kawasan rumah kongsi itu dalam keadaan enjin hidup.

"Kakak mangsa yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati barangan peribadi adiknya masih di dalam kereta sebelum dia cuba mencari mangsa di kawasan sekitar itu.

"Kakak mangsa menjumpai sebelah kasut adiknya di tepi kolam buatan itu dan sebelah lagi berada dalam kolam berkenaan sebelum wanita berusia 29 tahun itu datang ke balai polis membuat laporan," katanya.

Beliau berkata, mangsa tiba di lokasi kejadian pada jam 6 petang dan mayatnya dibawa keluar dari kolam berkenaan pada jam 1.30 pagi tadi.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tememggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) Kulai dan punca kematian disahkan akibat lemas.

Image: 

Iskandar Puteri: Pemandu jengkaut ditemui lemas selepas dipercayai tergelincir dalam kolam buatan di kawasan rumah kongsi berhampiran bulatan Educity menghala ke Nusa Idaman di sini, ketika ingin memberi makan kepada anjing liar yang dijaganya, malam tadi.

Suami isteri maut, 10 cedera

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Slim River: Suami isteri maut manakala 10 individu lain cedera termasuk enam parah dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan di Kilometer 371.89 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini, hari ini.

Dalam kejadian 5.10 petang itu, suami isteri, Ridzuan Abdul Rajak, 33, dan Intan Maizura Aidul Badri, 33, yang menaiki Proton Exora maut di lokasi kejadian manakala kanak-kanak berusia lapan tahun dipercayai anak mangsa maut yang turut menaiki kereta sama parah.

Lima lagi mangsa yang parah termasuk pemandu lori tangki dan empat mangsa yang cedera masih belum dikenal pasti.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, siasatan awal mendapati lori tangki yang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke utara hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar tiga lori dan empat kereta dari arah bertentangan.

Katanya, lorong kiri laluan selatan terpaksa ditutup dan hanya lorong kanan lebuh raya dibuka, manakala lorong kanan arah utara ditutup untuk melancarkan perjalanan trafik.

"Kemalangan itu mengakibatkan dua maut, enam parah dan empat lagi cedera ringan. Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Negeri Perak berkata, pihaknya menerima maklumat pada 5.15 petang sebelum mengerahkan enam anggota menaiki sebuah jentera ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, bomba mendapati lori tangki merintangi lebuh raya manakala pemandu dari empat kereta yang terbabit dalam kemalangan itu tersepit dan bomba mengeluarkan mangsa sebelum dua disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

"Operasi menyelamat sedang dilakukan," katanya.

Beliau berkata, kejadian turut menyebabkan kesesakan lebuh raya arah selatan sehingga 14 kilometer.

Image: 

Slim River: Suami isteri maut manakala 10 individu lain cedera termasuk enam parah dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan di Kilometer 371.89 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini, hari ini.

Metro@7 - 20 Disember 2016 [METROTV]

$
0
0
Utama

HMDigital

am@hmetro.com.my

• Dua maut manakala dua lagi parah selepas kenderaan dinaiki terhumban ke dalam sungai di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan.

• Guru rugi RM400,000 selepas diperdaya individu mengaku Datuk dan juga ahli perniagaan dalam pelaburan sejuk beku.

• KPDNKK jamin bekalan minyak masak khususnya bagi paket 1kg bersubsidi mencukupi di seluruh negara sempena musim perayaan Krismas.

• Dua pendaki negara berangkat ke Iran untuk menjejaki, Ramli Abd Majid yang hilang ketika mendaki Gunung Damavand, Iran.

• Pos Malaysia lancar 150,000 koleksi setem 'Kegemilangan Emas di Paralimpik Rio 2016' menampilkan setem bernilai 95 sen sekeping.

Image: 

HMDigital

Metro@7 - 20 Disember 2016

'Pulak dah...'

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Putrajaya: Siasatan terhadap bapa tiga anak di Johor Bahru yang mendakwa terpaksa mencuri barangan keperluan sekolah dan makanan sejuk beku akibat kekangan kewangan mendapati dia seorang yang berkemampuan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Sri Rohani Abdul Karim berkata, berikutan itu, lelaki berusia 31 tahun berkenaan tidak layak menerima bantuan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, beliau difahamkan anak sulung lelaki berkenaan baru berusia tiga tahun dan tidak mempunyai keperluan untuk membeli barang keperluan sekolah.

"Apa yang dilakukan lelaki itu mungkin ada 'tabiat' atau mempunyai kepentingan diri sendiri, bagaimanapun, biarlah Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan dan menyelesaikan masalah kes ini.

"Tetapi kita tidak membiarkan dia dan keluarga begitu sahaja malah pegawai kami sudahpun memberikan perkhidmatan kaunseling kepadanya," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kelengkapan Sekolah 'Kembali Ke Sekolah dengan kerjasama Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) di kementeriannya di sini, hari ini.

Muka depan Harian Metro melaporkan akibat kekangan kewangan, seorang bapa kepada tiga anak mendakwa terpaksa mencuri makanan sejuk beku dan keperluan tadika seperti kapur kasut dan stoking bernilai RM415.06 dari sebuah pasar raya di Taman Bukit Indah, Johor Bahru.

Ketika ditahan jam 3 petang, suspek berusia 31 tahun itu mendakwa tidak mempunyai cukup wang untuk membayar barangan yang diambil memandangkan perlu membeli kelengkapan sekolah tadika anaknya.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Superintendan Noor Hashim Mohamad dipetik berkata, suspek yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah jabatan kerajaan di daerah ini sejak 13 tahun lalu itu ditahan selepas gagal mengemukakan resit pembayaran barangan yang ditemui bersamanya itu.

Image: 

Putrajaya: Siasatan terhadap bapa tiga anak di Johor Bahru yang mendakwa terpaksa mencuri barangan keperluan sekolah dan makanan sejuk beku akibat kekangan kewangan mendapati dia seorang yang berkemampuan.

Dua penuntut MEDIU antara ditahan

$
0
0
Utama

fadly@hmetro.com.my

 

Kuala Lumpur: Tujuh lelaki termasuk empat warga asing ditahan Bahagian Cawangan Khas Anti Pengganas (E8) Bukit Aman antara 3 November hingga 16 Disember lalu, selepas disyaki terbabit dengan kumpulan Daish.

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan berkata, tangkapan dilakukan dalam operasi khas dilancarkan di Selangor, Melaka, Johor dan Sabah.

 

Menurutnya, tiga suspek yang ditahan pada 3 November lalu adalah warga asing berusia antara 20 hingga 30 tahun.

"Dua daripadanya adalah penuntut Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU), di Shah Alam, Selangor.

"Seorang daripada mereka pernah disiasat pihak berkuasa asing kerana disyaki terbabit dalam kumpulan pengganas Daish selepas cuba mendapatkan maklumat sensitif aspek keselamatan di sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur," katanya.

Beliau berkata, seorang lagi suspek pernah ditahan pihak berkuasa Timur Tengah pada 2010 kerana disyaki menganggotai kumpulan pengganas Al-Qaeda.

"Tangkapan warga asing seterusnya adalah pada 8 Disember lalu ke atas seorang operator kilang di Johor berusia 26 tahun.

"Suspek merancang menyeludup senjata api ke Poso, Indonesia selain menyusup masuk ke Myanmar untuk melancarkan serangan," katanya.

Khalid berkata, dalam tangkapan 26 November lalu seorang suspek rakyat Malaysia ditahan di Melaka selepas disyaki menerima arahan daripada Muhamamad Wanndy Mohamed Jedi untuk melancarkan serangan di pusat hiburan sekitar Melaka dan Kuala Lumpur.

"Suspek berusia 24 tahun itu turut mendapat tunjuk ajar cara menghasilkan bahan letupan daripada Muhammad Nasrullah Abd Latif atau Abu Gomes iaitu rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan Daish di Syria.

"Dua lagi suspek rakyat Malaysia berusia 24 dan 35 tahun ditahan kerana mengancam melancarkan serangan bom di pusat hiburan di Kuala Lumpur melalui akuan Facebook manakala seorang lagi disyaki menganggotai sel Daish di Sabah," katanya.

Image: 

Kuala Lumpur: Tujuh lelaki termasuk empat warga asing ditahan Bahagian Cawangan Khas Anti Pengganas (E8) Bukit Aman antara 3 November hingga 16 Disember lalu, selepas disyaki terbabit dengan kumpulan Daish.


25 rumah hangus [METROTV]

$
0
0
Utama

fadly@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Dua puluh lima rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Batu 4 Setengah, Jalan Klang Lama di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 7.40 malam itu, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan selepas semua penghuni sempat menyelamatkan diri.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, 85 anggota terbabit dalam usaha memadankan kebakaran di lokasi kejadian.

Menurutnya, jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh sampai pada 7.45 malam.

"Angin kencang menyebabkan api marak dengan begitu cepat di kawasan seluas 800 meter persegi.

"Pemadaman dijalankan menggunakan 12 pancutan air. PGO Kuala Lumpur turut menerima bantuan dari PGO Selangor dan menghantar bantuan jentera membawa tangki air dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dipanggil untuk memotong bekalan elektrik di kawasan berkenaan.

"Api dikawal dalam masa satu jam dan pihak bomba juga berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah-rumah lain," katanya

Image: 

Kuala Lumpur: Dua puluh lima rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Batu 4 Setengah, Jalan Klang Lama di sini, malam tadi.

25 rumah setinggan terbakar

'Harap itu penolongan kecil untuk encik'

$
0
0
Utama

mazizul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tidak sampai hati untuk menghalau empat sekeluarga apabila melihat pakaian sudah berada di luar rumah malah sanggup kehilangan RM44,500 wang deposit pembelian rumah lelong itu.

Demikian keputusan dibuat seorang lelaki dan keluarganya yang membatalkan hasrat memiliki rumah itu selepas melihat sendiri keadaan keluarga dan rumah berkenaan.

Lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Lee Hui Sen memberitahu perkara itu kepada pemilik rumah dalam sepucuk surat.

Dia turut menzahirkan rasa simpati dan memberi nasihat dalam surat berkenaan yang tular di Facebook (FB) sehingga dikongsi hampir 2,000 kali selepas dimuat naik seorang wanita, .

Isteri pemilik rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 42, berkata, dia menemui surat berkenaan yang diletakkan dalam peti surat rumahnya pada 21 Julai lalu.

"Saya tak percaya sebab takut kena 'scam' atau orang buat main-main, tetapi bila saya buat semakan menerusi peguam memang benar pembeli berkenaan tulis surat itu.

"Saya tak kenal dan tidak tahu pembeli itu tetapi rasa bersyukur sangat kerana bila dapat surat untuk kosongkan rumah itu saya dah putus harapan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Lee dalam surat itu yang ditujukan kepada suami Nor simpati dengan nasib mereka sekeluarga dan meminta maaf kerana membeli rumah berkenaan.

"Keluarga saya sudah buat keputusan, untuk tidak beli rumah encik lagi. Walaupun kita sudah payah (bayar) 'high court' 10% (RM44,500).

"Kita akan kehilangan wang itu, tapi itu wang akan pergi ke bank account rumah encik. Harap itu adalah penolongan (pertolongan) kecil untuk encik," katanya menerusi surat dua muka surat ditulis tangan.

Sementara itu, Nor berkata dia berhasrat bertemu dengan Lee sendiri untuk menyampaikan ucapan penghargaan kepada lelaki itu dan keluarganya.

"Memang ada rasa nak jumpa, nak tahu orangnya macam mana, tetapi saya perlu selesaikan masalah rumah ini dahulu,” katanya.

Rumah yang sudah diduduki sejak 18 tahun lalu itu pernah dilelong empat kali sejak dua tahun lalu sebelum bayaran RM40,000 dibuat bagi penjadualan semula bayaran.

"Hasrat nak selesaikan masalah pinjaman bank masih membelenggu saya sehingga sekarang walaupun sudah membayar RM40,000," katanya yang juga peniaga sambilan.

Terdahulu Nor membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengenai masalahnya yang ditekan sebuah bank sehingga diisytiharkan musflis walaupun bukti hutang tidak pernah difailkan bank tersebut kepada Jabatan Insolvensi Malaysia.

"Bank menjanjikan kepada saya untuk menjadualkan semula pinjaman selepas saya buat bayaran itu dan tidak akan memufliskan saya.

"Malangnya, bank berkenaan tidak menunaikan janji dan melelong rumah saya tanpa sebarang notis selepas memufliskan saya," katanya.

Nor turut membuat semakan di Jabatan Insolvensi Malaysia dan mendapati bank berkenaan tidak pernah memfailkan bukti hutang kepada jabatan itu.

Image: 

Kuala Lumpur: Tidak sampai hati untuk menghalau empat sekeluarga apabila melihat pakaian sudah berada di luar rumah malah sanggup kehilangan RM44,500 wang deposit pembelian rumah lelong itu.

'Munirah nak balik rumah'

$
0
0
Utama

Alor Setar: "Munirah nak balik rumah, nak balik rumah". Itu rintihan Munirah Mohd Padzil, 6, sebaik mengetahui kedua ibu bapanya Mohd Padzil Rashid, 50, dan Masmiwaza Mohd Noor, 42, meninggal dunia dalam kejadian kemalangan di Alor Punti, Pendang, Sabtu lalu.

Perkara itu diceritakan ibu saudara mereka, Ruslina Rashid, 48, ketika ditemui pemberita di wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Katanya, sebaik dimaklumkan berita itu, Munirah terus sebak dan menangis teresak-esak.

"Munirah hanya cakap mahu balik rumah, saya ingat dia masih tidak percaya berita itu tetapi selepas dipujuk, dia dapat menerimanya walaupun sukar," katanya.

Abang Munirah, Muhammad Asyraf, 11, terus menangis sebaik mengetahui berita itu, katanya.

Ruslina berkata, dalam pada itu Masyitah, 12, dan Muhammad Akmal, 11, sehingga kini masih belum dimaklumkan mengenai berita sedih itu kerana berada dalam keadaan lemah.

"Sebelum ini kami rahsiakan demi menjaga emosi mereka tetapi selepas berbincang dengan ahli keluarga dan doktor, kami perlu memaklumkan perkara sebenar, cuma Muhammad Akmal yang berada di Unit Rawatan Rapi dan Masyitah belum dimaklumkan," katanya.

Seorang lagi ibu saudara, Muzaini Mohd Noor, 45, berkata, buat masa ini semua anggota keluarga sepakat untuk menjaga kelima-lima anak saudara mereka sebelum memikirkan siapa yang berhak untuk penjagaan sepenuh masa.

"Kedua-dua belah di pihak perempuan dan lelaki bersedia menerima dan menjaga anak-anak ini tetapi buat masa ini biarlah mereka sembuh dan terserah kepada mereka untuk menetap dengan siapa yang mereka mahu nanti.

"Kami tidak mahu mereka terpisah antara satu sama lain dan saya sendiri pun sedia menjaga mereka," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Wanita, Keluarga, Kebajkan Masyarakat, Pertanian dan Industri Asas Tani Kedah Datuk Suraya Yaacob hari ini melawat kelima-lima beradik itu di wad HSB hari ini.

Beliau berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memantau perkembangan mereka dari semasa ke semasa termasuk mendapatkan khidmat kaunseling untuk mereka bagi menghilangkan trauma akibat kejadian itu.

“Kita juga akan bekerjasama dengan pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk menempatkan Masyitah ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kepala Batas bersama kakaknya Maisarah dan membantu memindahkan sekolah anak-anak yang lain jika perlu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Suraya berkata, seorang kanak-kanak perempuan empat tahun yang menjadi mangsa dera teman lelaki ibunya di Flet Paya Nahu, Sungai petani pada 24 Nov lalu masih menerima rawatan di wad biasa di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.

“Keadaanya semakin baik dan setakat ini nenek kanak-kanak itu minta untuk menjaganya dan pihak kita tidak mahu mencampuri urusan berhubung hak penjagaan kanak-kanak itu yang masih mempunyai waris,” katanya.

Pada 24 Nov lalu, pergaduhan seorang wanita berusia 26 tahun (ibu mangsa) dan teman lelakinya berusia 34 tahun membongkar penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dibalut kain selimut di dalam tong ikan di sebuah bilik di rumah flet terbabit.

Turut didera ialah kakak mangsa berusia empat tahun yang kini masih menerima rawatan di HSAH.

Image: 

Alor Setar: "Munirah nak balik rumah, nak balik rumah". Itu rintihan Munirah Mohd Padzil, 6, sebaik mengetahui kedua ibu bapanya Mohd Padzil Rashid, 50, dan Masmiwaza Mohd Noor, 42, meninggal dunia dalam kejadian kemalangan di Alor Punti, Pendang, Sabtu lalu.

Bunyi kuat macam bom [METROTV]

$
0
0
Utama

shamsulmunir@hmetro.com.my

Butterworth: Pesawat malang Beechcraft King Air 200T yang berlepas dari Pangkalan TUDM Subang dikatakan diketuai Mejar C Kayamboo yang turut terkorban dalam nahas itu.

Mendiang dikatakan berpengkalan di Alor Setar, Kedah.

Tiga anggota yang cedera adalah

Kapten Wai Lik (retak tulang muka, retak rusuk kanan dan cedera di beberapa lagi bahagian badan)

Leftenan Hamdi Ahmad Hanafi (cedera di bahagian dada dan dilaporkan stabil)

Sarjan Mohd Sofi Azizan (stabil)

Sementara itu, saksi yang juga pekerja swasta, Rizal Effendy Maarop, 36, berkata ketika itu dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja sebelum melihat asap tebal di kawasan itu.

"Saya ingat tiada apa-apa sewaktu asap tebal memenuhi ruang udara di kawasan Pangkalan TUDM ," katanya yang melalui kawasan nahas pesawat TUDM.

Katanya, ketika itu dia cuma menyangka ia hanya pembakaran terbuka.

"Saya ada tunjuk asap itu kepada anak. Saya sangka ia hanya orang membakar sampah. Saya hanya mengetahui perkara sebenar selepas kawan menyebarkan gambar kejadian itu di aplikasi WhatsApp," katanya.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum, dijangka tiba di Pangkalan TUDM Butterworth, malam ini.

Dalam kejadian 5.18 petang, 21 Disember, pesawat yang berlepas dari Pangkalan TUDM Subang itu turut membawa tiga kru udara yang dilaporkan parah.

Sementera itu, seorang saksi G Sharvinter, 14, memberitahu Bernama: “Saya terkejut apabila terdengar bunyi letupan yang kuat macam bom."

Dia yang berada di Kuil Sri Muneeswaraswami Devasthanam, 100 meter dari tempat kejadian berkata, kira-kira 5 petang, beliau sedang bersiap untuk sembahyang dan tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi letupan.

"Saya terus lari keluar dari kuil untuk melihat apa yang berlaku dan asap kelihatan dari pangkalan TUDM berhampiran," katanya.

Image: 

Butterworth: Pesawat malang Beechcraft King Air 200T yang berlepas dari Pangkalan TUDM Subang dikatakan diketuai Mejar C Kayamboo yang turut terkorban dalam nahas itu.

Juruterbang TUDM terbunuh manakala 3 cedera

Tak sempat sambut hari jadi [METROTV]

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Seberang Jaya: "Hari ini hari lahirnya yang ke-45. Dia anak saudara yang sangat baik dan suka merendah diri. Saya sangat terasa kehilangannya."

Begitulah kata A Bijeikumaran, 58, iaitu bapa saudara kepada Mejar C Kayamboo, 45, yang terkorban dalam nahas pesawat malang Beechcraft King Air 200T di Butterworth, hari ini.

Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian berkenaan kira-kira 7 malam daripada anaknya.

"Selepas mengetahui kemalangan yang menimpa anak saudara, saya bergegas ke unit forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ)," katanya yang menetap di Bagan Ajam.

Katanya, kali terakhir dia bertemu anak saudaranya ialah beberapa minggu lalu ketika majlis kenduri saudara mara.

"Anak saudara saya bekerja sebagai juruterbang dan berpangkalan di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kepala Batas, Alor Setar, Kedah.

"Isteri mangsa bekerja sebagai jururawat di Klinik Kesihatan di Georgetown dan mangsa mempunyai tiga orang anak yang masih kecil.

"Hari ini adalah hari jadi mangsa yang ke-45 dan keluarganya sudah membuat persiapan untuk menyambutnya," katanya yang ditemui di Unit Forensik HSJ.

Dalam kejadian 5.18 petang, 21 Disember, pesawat yang berlepas dari Pangkalan TUDM Subang itu turut membawa tiga kru udara yang dilaporkan parah.

Image: 

Seberang Jaya: "Hari ini hari lahirnya yang ke-45. Dia anak saudara yang sangat baik dan suka merendah diri. Saya sangat terasa kehilangannya."

Juruterbang TUDM terbunuh manakala 3 cedera

Kad pengenalan palsu 'made in Tawau'

$
0
0
Mutakhir

norasikin_daineh@hmetro.com.my

Tawau: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menahan 10 individu termasuk dua lelaki dalang sindiket kad pengenalan palsu dalam Operasi Khas JPN Bilangan 2 di sini, malam tadi.

Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Mohamad Yusri Hashim berkata, sebanyak 29 kad pengenalan palsu dalam simpanan salah seorang ejen kad itu yang ditahan di sebuah hotel dan wang tunai 17,100 dolar AS bersama RM200 dipercayai palsu.

"Operasi ini dilaksanakan di dua lokasi iaitu di sebuah hotel terkemuka di daerah ini dan di kawasan Kampung Tanjung Batu serta berjaya menahan 10 individu terdiri daripada enam lelaki dan empat wanita berusia antara 20 hingga 60 tahun.

"Dua yang ditahan adalah warga tempatan yang menjadi dalang pemalsuan kad pengenalan manakala tujuh lagi dari Indonesia yang menggunakan kad pengenalan palsu selain terbabit menjadi ejen bagi mendapatkan pembeli yang ingin membeli dokumen terbabit daripada sindiket.

"Seorang lagi adalah warga Filipina yang bertindak sebagai jurugambar serta mengambil cap jari untuk mengeluarkan kad pengenalan palsu," katanya dalam sidang media selepas operasi itu di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini.

Katanya lagi, operasi itu adalah susulan daripada tangkapan pertama yang dilakukan di Sandakan lebih sebulan lalu iaitu seramai tujuh individu termasuk tiga daripadanya adalah ejen kepada kad pengenalan palsu.

"Kita percaya kad pengenalan palsu itu dicetak di Tawau dan mereka ini aktif sejak Januari lalu menerusi hasil penelitian pada resit traksaksi bank yang dilakukan membabitkan wang bernilai sehingga puluhan ribu ringgit.

"Secara keseluruhan operasi ini dipercayai menumpaskan sindiket pemalsuan yang terbesar yang berlaku di Tawau dan sekitarnya termasuk di Semporna dan Lahad Datu. Kad pengenalan palsu ini juga mempunyai beberapa kategori dengan harga paling murah RM1,500 dan termahal antara RM10,000 sehingga RM15,000," katanya.

Sehubungan itu, Mohamad Yusri turut yakin susulan daripada operasi ini lebih banyak lagi tangkapan yang akan dilakukan oleh pihak JPN dalam membanteras sindiket pemalsuan kad pengenalan di negeri ini.

 

Image: 

Tawau: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menahan 10 individu termasuk dua lelaki dalang sindiket kad pengenalan palsu dalam Operasi Khas JPN Bilangan 2 di sini, malam tadi.

Dua penyamun ditahan

$
0
0
Mutakhir

am@hmetro.com.my

 

Bukit Mertajam: Dua lelaki ditahan orang ramai selepas menyamun pekerja warga asing di sebuah rumah di Taman Perwira, Bukit Tengah, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, suspek ditahan oleh penduduk taman berkenaan yang terdengar bunyi bising di rumah sewa didiami mangsa.

Difahamkan, kedua-dua suspek berkenaan bersenjatakan pisau pemotong daging dan tukul selain menyamar sebagai polis ketika datang ke rumah itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, suspek datang dengan menunggang motosikal sebelum memperkenalkan diri sebagai polis.

"Suspek mengambil alat pengecas telefon bimbit dan jam tangan milik mangsa sebelum berlaku pergelutan di dalam rumah.

"Jiran yang terdengar bunyi bising di rumah berkenaan menyedari kejadian sebelum menahan suspek ," katanya.

 

Habis

Image: 

Bukit Mertajam: Dua lelaki ditahan orang ramai selepas menyamun pekerja warga asing di sebuah rumah di Taman Perwira, Bukit Tengah, di sini, semalam.


Disemadikan di Batu Lancang

$
0
0
Utama

shamsulmunir@hmetro.com.my

Butterworth: Mayat mendiang Mejar C Kayamboo dijadual disemadikan hari ini.

Mendiang maut dalam nahas pesawat Beechcraft King Air 200T yang terhempas di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, petang semalam.

Nahas itu turut mengakibatkan pembantu juruterbang, Kapten Wai Lek parah dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang,.

Dua lagi kru pesawat terbabit, Leftenan Hamid Ahmad Hanafi dan Sarjan Mohd Sofi Azizan pula dilaporkan stabil dan kini dirawat di Hospital Seberang Jaya.

Bapa mendiang, M Chellam, 72, ketika berkata mayat mendiang anaknya itu akan disemadikan di tanah perkuburan di Batu Lanchang, di sini, antara 2 hingga 4 petang ini.

Menurutnya, keluarga sudah mayat mendiang pulang dari Hospital Seberang Jaya, kira-kira 1 pagi, 22 Disember.

Image: 

Butterworth: Mayat mendiang Mejar C Kayamboo dijadual disemadikan hari ini.

Memang penculik

$
0
0
Mutakhir

junaidi_ladjana@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Bekas ahli kumpulan militan Abu Sayyaf, Abraham@Ibrahim Hamid yang ditembak mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di perairan Semporna, 8 Disember lalu, terbabit dalam beberapa siri penculikan di perairan pantai timur Sabah.

Perkara itu disahkan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abd Rashid Harun dan pihaknya mengesahkan Abraham adalah bekas anggota kumpulan militan Abu Sayyaf.

"Hasil siasatan polis mendapati dia (Abraham) terbabit dalam beberapa kes culik untuk tebusan dan kita juga sedang menyiasat kemungkinan Abrahan terbabit dengan kumpulan itu.

"Sebelum peristiwa 8 Disember lalu, dia memang aktif melakukan kes penculikan," katanya dalam sidang media sempena lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid dan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra.

Sehubungan itu, Abd Rashid berkata, pihaknya akan terus mempertingkatkan kawalan dan sentiasa bersiapsiaga untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negeri ini.

Dalam kejadian jam 9.51 malam, 8 Disember lalu, tiga penculik termasuk Abraham ditembak mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di perairan Semporna, manakala dua lagi penculik ditahan dan dua lagi buru.

 

 

Image: 

Kota Kinabalu: Bekas ahli kumpulan militan Abu Sayyaf, Abraham@Ibrahim Hamid yang ditembak mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di perairan Semporna, 8 Disember lalu, terbabit dalam beberapa siri penculikan di perairan pantai timur Sabah.

Dah kenapa? 

$
0
0
Mutakhir

am@hmetro.com.my

Kajang: Seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan selepas menceroboh rumah Ketua MCA Hulu Langat dalam kejadian di Jalan Bendahara, Bandar Mahkota Cheras, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, suspek datang ke rumah mangsa memandu kereta Audi berwarna putih dan merempuh pagar rumah serta sebuah kereta milik mangsa sebelum melarikan diri menaiki teksi.

Suspek kemudiannya kembali ke rumah berkenaan menaiki sebuah lagi kereta Nissan Fairlady sebelum meninggalkan kenderaan itu di tepi rumah mangsa.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, suspek berjaya dikenalpasti hasil penemuan empat cap jari yang ditemui pada kedua-dua kenderaan yang dipandunya.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan untuk mengenalpasti motif kejadian dan pemeriksaan awal suspek didapati positif dadah serta mempunyai dua rekod jenayah lampau.

 

 

Image: 

Kajang: Seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan selepas menceroboh rumah Ketua MCA Hulu Langat dalam kejadian di Jalan Bendahara, Bandar Mahkota Cheras, petang semalam.

Ajal bertembung kereta

$
0
0
Mutakhir

am@hmetro.com.my

Tumpat: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung sebuah kereta dalam kemalangan di jalan Kampung Ana, di sini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam tadi menyebabkan mangsa, Mohammad Ikram Muzakir, 20, parah di kepala dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tumpat.

Ketua Polis Daerah Tumpat Superintendan Zaharuddin Rasip berkata, sebelum kejadian, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha dari arah Chabang Empat menuju ke Meranti.

"Tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai membuat pusingan U secara tiba-tiba, namun gagal mengelak kereta Proton Saga dipandu wanita berusia 24 tahun dari arah sama kerana jarak dekat.

"Akibatnya, motosikal mangsa melanggar tepi kanan kereta dan mangsa terjatuh serta cedera, manakala pemandu wanita tidak alami kecederaan," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan menerima rawatan dan mayat dibawa ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Image: 

Tumpat: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung sebuah kereta dalam kemalangan di jalan Kampung Ana, di sini.

Tidak lagi kutip botol, tin

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Putrajaya: Mak cik Che Yah yang menjadi viral kerana mengutip tin dan botol bersama cucunya di sekitar Flat Alam Perdana, Puncak Alam tidak lagi melakukan aktiviti itu.

Che Yah Ismail, 62, berkata, orang ramai yang datang ke rumah melarangnya untuk melakukan aktiviti terbabit malah menyarankan dia untuk berehat di rumah.

"Orang ramai yang datang memberikan sumbangan melarang saya melakukan aktiviti kutipan botol dan tin kerana faktor umur selain berbahaya.

"Saya sangat berterima kasih kepada semua pihak kerana simpati dan prihatin dengan nasib saya dan keluarga malah memberi sumbangan dari pelbagai bentuk," katanya ketika ditemui di sini, hari ini, di mana dia berpeluang menaiki Cruise Tasik Putrajaya dan belon udara panas statik bersama keluarganya.

Che Yah berkata, dia tidak pernah terfikir untuk menjejakkan kaki ke Pusat Kerajaan Persekutuan apatah lagi menaiki bot mewah dan menaiki belon udara setinggi 120 meter itu.

"Alhamdulillah, saya dan keluarga bersyukur kerana pihak Marina Putrajaya memberi peluang kepada kami untuk merasai pengalaman menaiki bot mewah dan belon udara yang ada di sini.

"Cucu antara orang yang sangat gembira dan mereka sudah bersiap sejak awal pagi kerana tidak sabar untuk datang ke sini," katanya.

Pengalamannya dan keluarga sepanjang di Putrajaya di taja sepenuhnya oleh Marina Putrajaya Sdn Bhd (MPSB) sebagai salah satu Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) bagi meraikan dan berkongsibkegembiraan kepada keluarga Che Yah.

Pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif MPSB Datuk Zaharah Salamat turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada Vhe Yah bagi membantu membeli barang keperluan hariannya.

Sebelum ini, Che Yah yang mengutip botol dan tin bersama cucunya viral di media sosial dan mendapat perhatian daripada orang ramai.

Berita berkaitan:

Biar sampai habis nyawa

Image: 

Putrajaya: Mak cik Che Yah yang menjadi viral kerana mengutip tin dan botol bersama cucunya di sekitar Flat Alam Perdana, Puncak Alam tidak lagi melakukan aktiviti itu.

Viewing all 7853 articles
Browse latest View live