Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all 7853 articles
Browse latest View live

Air muka ayah

$
0
0
Utama

fauzie@hmetro.com.my

Pekan: Kesayuan terpancar pada wajah Mohd Rasid Mohd Daud, 49, yang kehilangan tiga anak kerana lemas di Merchong, 5 Disember lalu.

Dia ditemui selepas menerima sumbangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Balai Bomba Nenasi, di sini, hari ini.

Mohd Rasid kelihatan sebak dalam pertemuan singkat itu ketika bersalaman dengan Perdana Menteri.

Ketiga-tiga anaknya, Allahyarham Nor Aleeza Marliyana, 12, Mohamad Firdaus, 11 dan Nor Alia Mardiana, 7, belajar Sekolah Kebangsaan Merchong, ditemui lemas, pada 3.30 petang.

Ketiga-tiga arwah anaknya itu sebelum itu ada meminta izin untuk keluar memancing di kawasan parit berhampiran rumah mereka, pada kira-kira 2 petang.

Bagaimanapum, Mohd Rasid kemudiannya keluar mencari tiga anaknya itu selepas mereka tidak pulang pada masa dijanjikan.

Jenazah tiga beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang Durian, di sini, 1 pagi, 6 Disember.

Image: 

Pekan: Kesayuan terpancar pada wajah Mohd Rasid Mohd Daud, 49, yang kehilangan tiga anak kerana lemas di Merchong, 5 Disember lalu.


PDRM tak puas hati, kata Zahid

$
0
0
Utama

hafizee@hmetro.com.my

Teluk Intan: Kerajaan mahu Bahagian Penasihat Undang-Undang Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Peguam Negara kaji semula undang-undang yang lapuk.

Arahan itu dikeluarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ia berikutan banyak pihak tidak puast hati terhadap hukuman denda RM100 dijatuhkan Mahkamah Majistret Johor Bahru, Khamis lalu, terhadap wanita yang menulis perkataan babi pada saman dikeluarkan polis.

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak berpuas hati dengan hukuman itu kerana ia satu bentuk penghinaan terhadap tugas mulia dilakukan polis.

“Oleh kerana undang-undang itu adalah undang-undang lapuk yang hanya sesuai pada ketika ia diwujudkan, bila perkara ini berlaku, saya amat bersetuju dengan Peguam Negara untuk mengkaji perundangan berkaitan dengannya.

"Ia bagi menyediakan perundangan dan hukuman rasional bagi tempoh panjang," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Skim Subsidi dan Bantuan Saringan Kesihatan untuk Anggota PDRM di Dewan Serbaguna IPD Hilir Perak, di sini, hari ini.

Image: 

Teluk Intan: Kerajaan mahu Bahagian Penasihat Undang-Undang Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Peguam Negara kaji semula undang-undang yang lapuk.

Nak balik bersanding katanya

$
0
0
Utama

am@hmetro.com

Sungai Petani: Pengantin dan dua rakannya terselamat dalam kemalangan di simpang Jalan Pinang Tunggal ke Pantai Prai, dekat Loji Air Pinang Tunggal, di sini, hari ini.

Kereta dinaiki pengantin, Siti Khadijah Hashim, 26, dan dua rakannya itu masuk gaung di persimpangan itu, pada 12.15 tengah hari.

Pengantin yang juga jururawat Hospital Pulau Pinang (HPP) ketika itu hendak pulang ke rumah untuk majlis persandingan di Kampung Pantai Prai, Sidam Kiri.

Mereka dikatakan dalam perjalanan pulang dari butik pengantin di Taman Kempas.

Bagaimanapun, sebaik tiba di persimpangan itu, rakannya yang memandu Perodua Bezza difahamkan membelok mengejut menyebabkan kereta itu terbabas dan masuk ke gaung yang juga bekas landasan kereta api.

Saksi, Razif Saad, 30-an, berkata dia kebetulan sedang melalui Jalan Pinang Tunggal dan kereta pengantin berada di depan tidak jauh dari keretanya.

Menurutnya, sebaik sampai di persimpangan itu kereta pengantin tiba-tiba membelok ke kiri dengan mengejut, masuk gaung dan tersangkut pada pokok.

"Saya yang terkejut melihat kejadian itu segera memberhentikan kereta lalu bersama orang kampung membantu mengeluarkan pengantin dan dua rakannya,” katanya.

Razif berkata, pengantin dan dua rakannya hanya cedera dan kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Image: 

Sungai Petani: Pengantin dan dua rakannya terselamat dalam kemalangan di simpang Jalan Pinang Tunggal ke Pantai Prai, dekat Loji Air Pinang Tunggal, di sini, hari ini.

Jenazah Farhan tiba Rabu ini

$
0
0
Utama

izlaily@hmetro.com.my

Johor Bahru: Jenazah rakyat Malaysia, Muhammmad Farhan Naa€™imullah Zubir, 26, yang ditemui lemas di Sungai Ovens di Myrtleford, Australia, Selasa lalu, dijangka tiba di Malaysia, Rabu ini.

Zubir Ahmad, 53, iaitu bapa Allahyarham, berkata dia dimaklumkan abangnya, Osman, 59, yang berada di negara itu bahawa bedah siasat dan urusan dokumentasi sudah selesai.

"Abang saya dan isterinya, Maznah Salim, 62, yang terbang ke negara itu Jumaat lalu, atas perbelanjaan sendiri memberitahu jenazah anak kedua daripada tujuh beradik itu sudah boleh dituntut.

"Saya berharap urusan membawa pulang jenazah anak saya lancar dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Alif.

“Jenazah dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)," katanya ketika ditemui di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas, di sini, selepas menerima kunjungan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Muhammmad Farhan yang bekerja sebagai pemetik buah di Farm Buffalo River Road ditemui lemas, pada kira-kira 8 malam (waktu Australia).

Arwah dikatakan berenang dengan rakannya berhampiran Nimmo Bridge di Myrtleford.

Berita kematian Muhammmad Farhan turut dilaporkan portal berita berbahasa Inggeris negara berkenaan.

Sementara itu, Nur Jazlan, berkata pihaknya akan mengatur bantuan yang diperlukan selepas jenazah selamat tiba di Malaysia.

"Saya diberitahu bapa saudara arwah menguruskan jenazah di Australia dan apabila mereka menyelesaikan bayaran, jenazah boleh dibawa pulang.

“Apabila jenazah tiba di Malaysia, kita akan aturkan dan melihat keperluan bantuan yang boleh diberikan sehingga jenazah selamat dikebumikan nanti," katanya.

Image: 

Johor Bahru: Jenazah rakyat Malaysia, Muhammmad Farhan Naa€™imullah Zubir, 26, yang ditemui lemas di Sungai Ovens di Myrtleford, Australia, Selasa lalu, dijangka tiba di Malaysia, Rabu ini.

Selangkah ke Piala Supermokh

$
0
0
Utama

firdaushashim@hmetro.com.my

SKUAD B-14 Malaysia hanya tinggal selangkah untuk menjulang kejuaraan Piala Supermokh 2016.

Skuad Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) itu ke final selepas menundukkan FC Bunyodkor dari Uzbekistan 2-1, pada separuh akhir di Padang Sintetik D di MSN, Bukit Jalil, hari ini.

Dua jaringan skuad negara yang digelar Malaysia Cougars itu disumbangkan Harith Haikal Adam Afkar pada minit ke-12 dan Luqman Hakim Samsudin pada minit ke-33.

Bagaimanapun, pelawat bangkit dan berjaya meraih gol sulung pada babak kedua menerusi Rakhimkulor Diyorbek minit ke-59.

Namun, ia masih tidak cukup menghalang anak buah Lim Teong Kim mara ke final, di venue sama, esok.

Lebih manis, skuad masa depan Harimau Malaysia itu masih mengekalkan rekod bersih apabila mencatatkan kemenangan dalam semua aksi dan merakam 12 jaringan dengan sekadar dibolosi tiga kali.

Pada aksi final esok, Malaysia Cougars akan membuat perhitungan dengan akademi terkemuka Portugal, Sporting CP, yang mengenepikan tentangan Sao Paulo dari Brazil menerusi keputusan 2-1.

Pertembungan final kedua-dua pasukan adalah yang kedua selepas tahun lalu mereka bertemu pada aksi final Piala Iber Costa del Sol.

Ketika itu skuad NFDP menewaskan Sporting CP, 2-1, di Kompleks Sukan Munoz Perez, Marbella, Sepanyol.

Sementara itu, kecemerlangan anak didik Teong Kim itu gagal diteruskan dua lagi wakil negara dalam kategori B-12 tahun.

Skuad B-12 Malaysia Cougars tumbang 4-5 kepada Gimpo JIJ (Korea Selatan) menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan sepenuh masa dan tambahan masa.

Nasib sama turut menimpa skuad B-12 Malaysia Tigers apabila dibelasah Sporting CP, 0-6, dalam aksi separuh akhir yang dikuasai sepenuhnya pasukan dari Eropah itu.

Aksi final bagi kedua-dua kategori B-12 dan B-14, dijadualkan pada 2.30 petang esok.

Image: 

SKUAD B-14 Malaysia hanya tinggal selangkah untuk menjulang kejuaraan Piala Supermokh 2016.

Akibat terkejut

$
0
0
Mutakhir

 

am@hmetro.com.my

Langkawi: But teksi remuk selepas dihempap sejumlah batu bata yang terjatuh ketika diangkut oleh jentera pengorek di Jalan Pantai Chenang di sini, petang semalam.

Dalam kejadian 5.50 petang itu, tiada yang cedera.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Langkawi Asisten Superintendan Mahadhir Mohd Salleh, berkata, kejadian berlaku ketika teksi terbabit dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ke Pantai Tengah di sini.

"Sejurus tiba di tempat kejadian berhampiran AB Motel terdapat sebuah jentera pengorek di sebelah kanan jalan sedang beroperasi memindahkan batu bata dari lori untuk diletakkan di bahu jalan.

"Seorang pekerja kontrak dilaporkan berdiri di tengah jalan bagi mengawal pergerakan lalu lintas dan memberi isyarat kepada pemandu jentera itu yang melakukan pemindahan batu bata supaya bergerak.

"Secara tiba-tiba teksi terbabit turut bergerak melintasi kawasan pembinaan, sekali gus menyebabkan pemandu jentera itu terkejut dan memberhentikan jenteranya secara mengejut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mahadhir berkata, berikutan itu, sejumlah batu bata yang diikat dalam palet dan sedang diangkat jentera berat terbabit bergoyang menyebabkan pelapik kayu patah dan batu bata itu jatuh ke atas but teksi.

"Siasatan mendapati bahagian but teksi rosak dan tiada kecederaan kepada mangsa," katanya.

Image: 

Langkawi: But teksi remuk selepas dihempap sejumlah batu bata yang terjatuh ketika diangkut oleh jentera pengorek di Jalan Pantai Chenang di sini, petang semalam.

Tangguh dulu 

$
0
0
Mutakhir

Gambar Syarafiq Abd Samad

Batu Pahat: Cadangan Pertubuhan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Semenanjung Malaysia untuk menaikkan tambang bas sekolah mulai Januari depan, tidak sesuai dilaksanakan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi sehubungan itu meminta cadangan itu ditangguhkan sehingga waktu bersesuaian.

"Tiada alasan tambang bas sekolah mahu dinaikkan berikutan harga diesel baharu diturunkan kerajaan.

"Pertubuhan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Semenanjung Malaysia seharusnya berbincang dahulu dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi mendapatkan kata sepakat sebelum mengumumkan apa-apa kenaikan," katanya.

Menurut Ab Aziz, adalah tidak sesuai untuk menaikkan tambang bas sekolah Januari depan, apatah lagi ibu bapa pasti terbeban berikutan sesi persekolahan baharu bermula.

"Kita minta supaya cadangan untuk naikkan tambang sekolah mulai Januari depan ditangguhkan dahulu," katanya selepas merasmikan program mempertingkatkan kehidupan baru pesakit kanser anjuran Majlis Kanser Nasional (MAKNA) di Pusat Komuniti dan Sukan Parit Raja, dekat sini, hari ini.

 

 

Image: 

Batu Pahat: Cadangan Pertubuhan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Semenanjung Malaysia untuk menaikkan tambang bas sekolah mulai Januari depan, tidak sesuai dilaksanakan.

Nissan Teana Nismo lebih bergaya, mantap

$
0
0
Mutakhir

lizamridzuan@hmetro.com.my

Shah Alam: Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) pengedar, pemasang dan pengimport kenderaan jenama Nissan di Malaysia memperkenalkan Nissan Teana dengan aksesori Nismo yang lebih bergaya dan mantap.

Ia dilancarkan oleh pemandu Super GT Jepundaripada pasukan Nismo Tsugio Matsuda dan Ronnie Quintarelli dalam satu majlis di pusat 4S ETCM di Glenmarie pagi tadi.

Nismo adalah jenama sukan permotoran untuk Nissan yang  menawarkan teknologi dan reka bentuk sporty selain pakej talaan dan aksesori untuk kegunaan di jalan raya.

Dua pakej aksesori ditawarkan iaitu Prestasi Nismo pada harga RM16,960 dan Aero Nismo dengan harga RM6,200 termasuk GST untuk pemilik Nissan Teana di Malaysia.

Tempahan dibuka pada 18 Disember 2016 dan seterusnya penghantaran kepada pembeli bermula pada Januari 2017 dan untuk Pakej Prestasi ia dipasang di kilang dengan pematuhan Standard Kualiti Global Nissan termasuk tiga tahun waranti atau 100,000 kilometer yang mana lebih dahulu.

 

 

Image: 

Shah Alam: Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) pengedar, pemasang dan pengimport kenderaan jenama Nissan di Malaysia memperkenalkan Nissan Teana dengan aksesori Nismo yang lebih bergaya dan mantap.


Jabatan Pendidikan Kedah bantu

$
0
0
Utama

mhafis@hmetro.com.my

Alor Setar: Jabatan Pendidikan Kedah akan membantu anak pasangan guru yang maut dalam kemalangan di Jalan Alor Punti, Pendang malam tadi dari segi bantuan meneruskan persekolahan.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai kejadian menimpa kedua-dua mangsa yang mengajar di sekolah di Pendang dan akan membantu anak mereka yang kehilangan tempat bergantung dari segi bantuan persekolahan.

"Saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan difahamkan dua anak pasangan itu kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi ICU manakala tiga lagi di wad biasa Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

"Saya sudah meminta Pengarah Pendidikan Kedah, Datuk Azuyah Hassan untuk mengambil tindakan membantu anak mangsa tambahan seorang daripada mereka kini belajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas, Pulau Pinang," katanya ketika meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat keluarga mangsa di Bilik Forensik HSB, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 11.30 malam tadi, pemandu kereta Perodua Alza, Mohd Padzil Rashid, 50, maut di tempat kejadian manakala isterinya Masmiwaza Mohd Noor,42, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Lima anak mereka berusia enam hingga 14 tahun itu pula kini menerima rawatan di HSB.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Alza datang dari arah Titi Hj Idris menghala ke pekan Pendang untuk pulang ke rumah di Taman Setia namun sebaik tiba di tempat kejadian pemandu kereta terbabit hilang kawalan dan terbabas ke lorong bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah treler.

Image: 

Alor Setar: Jabatan Pendidikan Kedah akan membantu anak pasangan guru yang maut dalam kemalangan di Jalan Alor Punti, Pendang malam tadi dari segi bantuan meneruskan persekolahan.

Malaysia Cougars juara Piala Supermokh

$
0
0
Utama

aziman@hmetro.com.my

 

Bukit Jalil: Skuad bola sepak bawah 14 (B-14) Malaysia di bawah Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) muncul juara Piala Supermokh 2016 selepas mengalahkan wakil dari Portugal, Sporting CP B-14 1-0 pada final di Padang Majlis Sukan Negara (MSN) di sini, hari ini.

Penyerang Luqman Hakim Shamsudin muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan pada lewat permainan untuk memastikan tuan rumah memahat nama selaku juara buat kali pertama bagi kategori B-14 selepas tiga edisi.

Lebih manis ini kali kedua skuad kendalian Lim Teong Kim yang digelar Malaysia Cougars itu mengalahkan Sporting CP pada final selepas mereka membuat perhitungan dalam Piala Iber Costa Costa del Sol di Sepanyol tahun lalu dengan kemenangan 2-1.

Bagaimanapun Sporting CP menebus kehampaan dengan memenangi kategori B-12 dengan mengalahkan Gimpo JIJ FC dari Korea Selatan 2-0 dalam satu lagi perlawanan akhir.

Image: 

Bukit Jalil: Skuad bola sepak bawah 14 (B-14) Malaysia di bawah Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) muncul juara Piala Supermokh 2016 selepas mengalahkan wakil dari Portugal, Sporting CP B-14 1-0 pada final di Padang Majlis Sukan Negara (MSN) di sini, hari ini.

Simpan air secukupnya

$
0
0
Mutakhir

am@hmetro.com.my

 

Kuala Lumpur: Bekalan air kepada 3.9 juta pengguna di 814 kawasan di Lembah Klang dijangka terjejas esok berikutan kerja senggaraan dan pemasangan sistem perlindungan arka oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pencawang Masuk Utama Bukit Badong, Hulu Selangor.

Kerja senggaraan yang dilakukan setiap tiga tahun itu bertujuan mencegah sebarang kerosakan atau gangguan bekalan elektrik tidak terancang di loji rawatan air.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAN Datuk Mohd Ridhuan Ismail berkata, kerja itu bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah malam dan mengambil masa 16 jam yang akan menjejaskan operasi di loji rawatan air (LRA) utama Sungai Selangor membekalkan air kepada 60 peratus pengguna di Lembah Klang.

Beliau berkata, loji yang terbabit ialah LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), LRA SSP2 dan LRA SSP3 yang keseluruhan membekalkan air terawat sebanyak 2,800 juta liter sehari.

“Henti tugas sementara loji rawatan air Sungai Selangor ini akan menyebabkan gangguan bekalan di 814 kawasan iaitu Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur.

“Bekalan air dijangka pulih secara berperingkat selepas kerja senggaraan sistem bekalan elektrik selesai dilaksanakan,” katanya.

Sehubungan itu, pengguna diingatkan menyimpan air secukupnya bagi tempoh gangguan sementara itu.

“Pengguna yang ingin mendapatkan maklumat mengenai gangguan bekalan air boleh melayari laman web www.syabas.com.my,” katanya.

Image: 

Kuala Lumpur: Bekalan air kepada 3.9 juta pengguna di 814 kawasan di Lembah Klang dijangka terjejas esok berikutan kerja senggaraan dan pemasangan sistem perlindungan arka oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pencawang Masuk Utama Bukit Badong, Hulu Selangor.

13 maut, pesawat tentera Indonesia terhempas

$
0
0
Utama

Jakarta: Tiga belas orang terbunuh selepas pesawat pengangkut tentera Indonesia terhempas di timur negara itu, hari ini, kemalangan udara terbaru membabitkan pasukan bersenjata negara berkenaan.

Pesawat Hercules C-130 itu berlepas dari bandar Timika di wilayah Papua dengan 12 anak kapal dan seorang penumpang tetapi terhempas di kawasan pergunungan pedalaman sejurus sebelum mendarat di Wamena.

“Pengawal trafik udara melihat pesawat itu pada 6.08 pagi (waktu tempatan) tetapi terputus hubungan seminit kemudian,” kata Panglima Tentera Udara,Agus Supriatna.

Pesawat berkenaan dijadual mendarat pada 6.13 pagi (waktu tempatan).

Dalam pesawat itu ialah tiga juruterbang, lapan juruteknik, seorang pemandu arah, seorang pegawai tentera, sejumlah bekalan makanan dan simen, kata Agus.

Menurutnya, pasukan penyelamat mengesan serpihan pesawat itu tidak lama kemudian. Semua 13 mayat juga ditemui.

Kemalangan itu adalah yang terbaru membabitkan pesawat tentera Indonesia.

November lalu, sebuah helikopter tentera terhempas di Borneo, menyebabkan tiga orang terbunuh. Tiga lagi mati apabila sebuah lagi helikopter terhempas di atas sebuah rumah di Jawa Tengah Julai lalu.

Pada Mac tahun ini, 12 orang maut apabila sebuah helikopter tentera terhempas dalam cuaca buruk di Sulawesi, Jawa Tengah.

Namun, kemalangan paling buruk terkini berlaku Jun tahun lalu apabila sebuah pesawat Hercules C-130 terhempas di kawasan kejiranan di Medan menyebabkan 142 orang mati.

Image: 

Jakarta: Tiga belas orang terbunuh selepas pesawat pengangkut tentera Indonesia terhempas di timur negara itu, hari ini, kemalangan udara terbaru membabitkan pasukan bersenjata negara berkenaan.

Suami isteri satu liang [إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ]

$
0
0
Utama

mhafis@hmetro.com.my

Alor Setar: Jenazah suami isteri yang maut dalam kemalangan di Jalan Alor Punti, Pendang selamat dikebumikan dalam satu liang lahad, 6.30 petang tadi.

Pasangan guru itu, Mohd Padzil Rashid, 50, dan Masmiwaza Mohd Noor,42, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kepala Batas Pauh, Kuala Sanglang, Perlis.

Jenazah tiba di tanah perkuburan itu pada 5.30 petang dan kira-kira 60 orang termasuk ahli keluarga mangsa hadir.

Dalam kejadian 11.30 malam semalam pemandu kereta, Mohd Padzil maut di tempat kejadian manakala isterinya Masmiwaza meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Lima anak mereka berusia enam hingga 14 tahun itu pula kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta datang dari arah Titi Hj Idris menghala ke pekan Pendang untuk pulang ke rumah di Taman Setia. Namun sebaik tiba di tempat kejadian pemandu kereta terbabit hilang kawalan dan terbabas ke lorong bertentangan sebelum bertembung dengan treler.

Berita berkaitan:

Yatim piatu sekelip mata

Jabatan Pendidikan Kedah bantu

Image: 

Alor Setar: Jenazah suami isteri yang maut dalam kemalangan di Jalan Alor Punti, Pendang selamat dikebumikan dalam satu liang lahad, 6.30 petang tadi.

V Shem-Wee Kiong juara Siri Super Akhir

$
0
0
Utama

ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pasangan beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong berjaya muncul juara Siri Super Akhir buat kali pertama selepas mengalahkan Takeshi Kamura-Keigo Sonoda dari Jepun, hari ini.

Mereka yang juga pasangan nombor satu dunia mencatat kemenangan straight set 21-14, 21-19 dalam tempoh 40 minit untuk mencari penamat gemilang bagi 2016.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu meraih gelaran sulung Siri Super Akhir dan berjaya membawa pulang trofi berserta hadiah wang tunai AS$84,000 (RM375,746).

V Shem-Wee Kiong beraksi cemerlang musim ini dalam kejohanan bertaraf Siri Super apabila mereka muncul juara Terbuka Denmark, mara ke separuh akhir Seluruh England, Terbuka India dan Terbuka Korea Selatan.

Pasangan yang mula digandingkan pada 2014 itu juga berjaya mara sehingga ke suku akhir Terbuka Indonesia dan Terbuka Hong Kong.

Kali terakhir beregu lelaki negara muncul juara Siri Super Akhir ialah melalui bekas pasangan nombor satu dunia, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada edisi sulung 2008 yang diadakan di Kota Kinabalu.

Image: 

Kuala Lumpur: Pasangan beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong berjaya muncul juara Siri Super Akhir buat kali pertama selepas mengalahkan Takeshi Kamura-Keigo Sonoda dari Jepun, hari ini.

Malam Siti Nurhaliza [METROTV]

$
0
0
Utama

soctavia@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Malam Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM22) menjadi milik penyanyi Datuk Siti Nurhaliza apabila dia memenangi lima kategori pada majlis yang diadakan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.

Selain Lagu Nasyid Terbaik menerusi Mikraj Cinta, Siti turut memenangi Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita) bagi lagu Menatap Dalam Mimpi, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Menatap Dalam Mimpi), Album Terbaik dan Anugerah Penyanyi Pilihan Malaysia.

Sementara itu, Faizal Tahir memenangi dua kategori iaitu Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik AIM22.

Anugerah Artis Baru Terbaik dimenangi oleh Syamel; Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki), Akim Ahmad; Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Lagu (De Fam); Persembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu (Misha Omar & Hafiz Suip); Kulit Album Terbaik (Sekumpulan Orang Gila); Rakaman Album Terbaik (Froya); Video Muzik Terbaik (Stacy, Not For Sale) dan Lagu Pop Etnik Terbaik (Joget Sulam Sakti, Reena Nicky).

Sementara itu Lagu Rock Terbaik dimenangi oleh Mata Hati nyanyian Azlan & The Typewriter, Lagu Hip Hop Terbaik (Janji, Altimet & Takahara Suiko) dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Firefly, SonaOne).

Dalam pada itu Anugerah Kembara diberikan kepada penyanyi Yuna manakala anugerah Seri Wirama diberikan kepada Datuk Sheila Majid.

Anugerah turut dimeriahkan dengan persembahan artis seperti Syamsul Yusof, Rabbani, Hazama, Daly Filsuf, Sufian Suhaimi, Aiman Tino, Sakura Band, Projector Band, Khalifah, Yuna, SonaOne, Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Ameng dan Akim & The Majistret.

Majlis diacarakan oleh Harith Iskander dan Adibah Noor bermula 9 malam tadi.

Image: 

Kuala Lumpur: Malam Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM22) menjadi milik penyanyi Datuk Siti Nurhaliza apabila dia memenangi lima kategori pada majlis yang diadakan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.

Malam Siti Nurhaliza

Dua beradik ajal bersama  إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون 

$
0
0
Mutakhir

azimfitri@mediaprima.com.my

Kuantan: Dua beradik maut manakala tiga yang lain parah selepas pacuan empat roda dinaiki mereka melanggar lembu di Kilometer 21 Jalan Kuantan-Pekan berhampiran Kampung Ubai, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero dinaiki mereka gagal mengelak lembu yang melintas jalan.

Difahamkan, mangsa yang maut adalah pemandu kenderaan Mohd Nazri Ismail,23, dan adik perempuannya, Norhidayati, 18.

Mangsa yang parah pula adalah Mohd Hasan, 21, dan Mohd Nasir, 15, yang juga adik kepada Mohd Nazri serta Mohd Shahrul Amri Shaari, 23.

Mereka dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dirawat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata, kemalangan terbabit turut menyebabkan lembu itu mati di tempat kejadian.

Image: 

Kuantan: Dua beradik maut manakala tiga yang lain parah selepas pacuan empat roda dinaiki mereka melanggar lembu di Kilometer 21 Jalan Kuantan-Pekan berhampiran Kampung Ubai, di sini, malam tadi.

Jodoh dipisahkan ajal  إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون  

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Dungun: Pasangan bakal pengantin maut apabila Proton Wira dinaiki hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh kereta jenis sama di Kilometer 88.9, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Dungun, awal pagi tadi.

Kemalangan kira-kira jam 2 pagi itu mengorbankan Che Sukiman Che Rahim, 41, dari Felda Kerteh 6 dan tunangnya Nur Ashikin Mohamed, 23, dari Kampung Balai Besar di sini.

Kemalangan berlaku apabila Proton Wira dipandu Nur Ashikin dari arah Dungun menghala ke Paka dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan kanan jalan sebelum sebuah lagi Proton Wira dari arah bertentangan yang dipandu Wan Mohd Shahzrul Azri Wan Omar, 26, merempuh bahagian kiri kenderaan pasangan berkenaan.

Rempuhan itu menyebabkan kereta mangsa putus dua manakala Che Sukiman pula tercampak keluar.

Difahamkan, Wan Mohd Shahzrul yang berasal dari Kampung Merchang, Marang, parah akibat kemalangan itu dan kini dilaporkan kritikal.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun Amri Mohamad berkata, sepasukan lapan anggota dengan sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung kejadian.

"Mayat Nur Ashikin yang tersepit di tempat duduk pemandu berjaya dikeluarkan 15 minit kemudian. Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang parah dibawa ke Hospiral Dungun," katanya.

 

Image: 

Dungun: Pasangan bakal pengantin maut apabila Proton Wira dinaiki hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh kereta jenis sama di Kilometer 88.9, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Dungun, awal pagi tadi.

Damailah Muhammad Iman di sana إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Pasir Mas: Bayi lelaki berusia setahun yang menderita penyakit Cerebral Palsy sejak lahir menghembuskan nafas terakhir di Kampung Tok Dap, To' Uban, di sini 6.30 pagi semalam.

Muhammad Iman Putra Rosman menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya Azlina Ghazali, 29 di rumahnya.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedepel di sini jam 11 pagi semalam.

Kisah penderitaan bayi berkenaan, Muhammad Iman Putra Rosman pernah disiarkan Harian Metro pada April lalu, kerana kesukaran untuk makan yang menyebabkan menyusu menggunakan wayar, selain mempunyai masalah paru-paru kronik.

Anak sulung kepada seorang guru dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu juga terpaksa mengambil enam jenis ubat setiap hari, termasuk ubat tidur bagi memulihkan keadaan penyakit yang dihadapinya.

Ibunya, Azlina Ghazali, 29 berkata, anaknya pergi disaat dia menerima khabar gembira mengenai pertukarannya mengajar ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gunong, Bachok pada November lalu.

Katanya, sebelum ini dia mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bayan Lepas, Pulau Pinang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama lapan bulan untuk memberi tumpuan kepada anaknya itu yang berada di kampung.

"Ketika itu saya amat sedih dan buntu melihat keadaan Muhammad Iman Putra kerana perlu mendapat rawatan setiap bulan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) ditambah pula dengan saya yang bertugas sebagai guru di Pulau Pinang manakala suami Rosman Mohamed, 30 bertugas di Terengganu.

"Selepas menerima surat pertukaran tugas pada November lalu, saya dan suami berasa sedikit lega kerana selepas ini kami tidak perlu lagi berjauhan dengannya dan dapat beri sepenuh tumpuan kepadanya.

"Namun kira-kira jam 6.30 pagi semalam, Muhammad Iman Putra meninggalkan kami sekeluarga... saya dan suami reda kerana Tuhan lebih menyayanginya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Image: 

Pasir Mas: Bayi lelaki berusia setahun yang menderita penyakit Cerebral Palsy sejak lahir menghembuskan nafas terakhir di Kampung Tok Dap, To' Uban, di sini 6.30 pagi semalam.

Kerana terpaksa

$
0
0
Utama

izlaily@hmetro.com.my

Johor Bahru: Bapa tiga anak ditahan selepas disyaki mencuri makanan dan barangan bernilai RM415.06 termasuk makanan sejuk beku, baju T, seluar trek, kapur kasut dan stoking dari pasar raya dalam pusat beli-belah di Taman Bukit Indah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, suspek yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah jabatan kerajaan di daerah ini sejak 13 tahun lalu itu ditahan selepas gagal mengemukakan resit pembayaran bagi barangan yang ditemui bersamanya.

Menurut Noor Hashim, suspek ke pasar raya itu bersama anak sulung lelakinya yang berusia tiga tahun.

Katanya, pengawal keselamatan pasar raya melihat suspek dalam keadaan mencurigakan sebelum memintanya mengemukakan resit pembelian barangan.

"Suspek kemudian gagal menunjukkan resit pembelian itu dan pengawal keselamatan terus membawa suspek kepada pengurusan.

"Suspek didapati tidak mempunyai resit pembelian dan mengambil barangan tanpa membuat sebarang bayaran.

"Hasil siasatan awal, suspek mendakwa dia melakukan perbuatan itu kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar semua barangan terbabit.

"Dia juga mendakwa perlu membeli barangan sekolah untuk anaknya, bagaimanapun kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan dan suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu arahan pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk pendakwaan, katanya.

Image: 

Johor Bahru: Bapa tiga anak ditahan selepas disyaki mencuri makanan dan barangan bernilai RM415.06 termasuk makanan sejuk beku, baju T, seluar trek, kapur kasut dan stoking dari pasar raya dalam pusat beli-belah di Taman Bukit Indah di sini, semalam.

Metro@7 - 19 Disember 2016 [METROTV]

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

• Seramai 432,514 calon menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 mengambil keputusan di sekolah masing-masing selepas diumumkan di seluruh negara hari ini.

• Seramai 23 orang kru kapal termasuk tekong dan awak-awak Vietnam ditahan selepas melakukan aktiviti penangkapan ikan secara haram di kedudukan 21 batu nautika Tenggara Tanjung Sedili.

• Gangguan bekalan air di sekitar Lembah Klang membabitkan sebanyak 814 kawasan bermula semalam itu akan dapat diselesaikan sebelum sambutan Krismas pada 25 Disember ini.

• Menteri Anak Imbam, 37, dan Roslan Anak Jumbai, 28, yang dilaporkan hilang ketika mencari akar di Hutan Batu 17, Jalan Gombak Lama ditemui pagi tadi.

• Empat unit kedai di Uptown Seksyen 24 Shah Alam musnah terbakar dalam kejadian kira-kira 9 pagi tadi.

Image: 

• Seramai 432,514 calon menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 mengambil keputusan di sekolah masing-masing selepas diumumkan di seluruh negara hari ini.

Metro@7 - 19 Disember 2016
Viewing all 7853 articles
Browse latest View live