Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all 7853 articles
Browse latest View live

Vape tak haram

$
0
0
Utama

ya_t@hmetro.com.my

Putrajaya: Penggunaan rokok elektronik atau vape akan dikawal selia tiga kementerian iaitu Kementerian Kesihatan (KKM); Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Kementerian Teknologi, Sains dan Inovasi (MOSTI).

KPDNKK dalam kenyataan berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, 28 Oktober lalu.

Menurutnya, KKM akan mengawal selia penjualan cecair yang mengandungi nikotin, mengikut Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952.

"KKM juga akan mengawal selia penjualan, promosi, penajaan dan pelabelan yang berkaitan dengan kesihatan bagi cecair tanpa nikotin rokok elektronik atau vape, manakala larangan merokok termasuk larangan penggunaannya bagi pengguna bawah umur.

" MOSTI melalui Jabatan Standard Malaysia akan membangunkan standard bagi bateri, peranti dan pembungkusan cecair tanpa nikotin rokok elektronik dan vape mengikut Akta Standard Malaysia 1996.

"Sementara, KPDNKK pula akan mengawal selia dan menguatkuasa peraturan standard keselamatan bagi bateri dan peranti mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599)," katanya.

Menurutnya, KPDNKK juga akan mengawal selia dan menguatkuasa penandaan maklumat berkaitan pada label peranti dan cecair tanpa nikotin rokok elektronik serta vape mengikut akta sedia ada.

Aktiviti pelesenan, pengeluaran, pengedaran termasuk import, eksport dan peruncitan peranti dan cecair tanpa nikotin rokok elektronik dan vape mengikut akta baharu juga akan dikawal selia KPDNKK.

Image: 

Putrajaya: Penggunaan rokok elektronik atau vape akan dikawal selia tiga kementerian iaitu Kementerian Kesihatan (KKM); Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Kementerian Teknologi, Sains dan Inovasi (MOSTI).


Jodoh tak sampai إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

$
0
0
Utama

iskandar@hmetro.com.my

Pelabuhan Klang: Pasangan tunang maut manakala anak wanita itu cedera selepas motosikal yang ditunggang dirempuh kereta dalam kejadian langgar lari di Jalan Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 4.40 pagi, mangsa, Arifshah Lingam Muniandy, 39, yang juga pemandu lori dan Nor Aishah Abdullah, 35, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di badan dan kepala manakala Muhammad Aril Amri Mohd Adam, 3, hanya luka di badannya

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa yang menaiki Honda Wave datang dari arah Pandamaran menghala ke Shah Alam.

"Setibanya di lokasi kejadian berdekatan sebuah stesen minyak, motosikal itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta yang belum dikenalpasti.

"Perlanggaran itu menyebabkan penunggang (Arifshah) dan wanita itu mengalami kecederaan teruk dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Anak wanita itu bagaimanapun hanya luka dan calar di bahagian badan dan dirawat di Unit Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang," katanya.

Menurutnya, polis sedang mengesan pemandu kereta melarikan diri dalam kemalangan itu.

"Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan," katanya.

Kata Alzafny, orang ramai diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Sutri Patang di talian 018-9427088 untuk tindakan lanjut.

Image: 

Pelabuhan Klang: Pasangan tunang maut manakala anak wanita itu cedera selepas motosikal yang ditunggang dirempuh kereta dalam kejadian langgar lari di Jalan Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, awal pagi tadi.

Ditetak selamatkan jiran

$
0
0
Utama

azimfitri@mediaprima.com.my

Maran: Tindakan seorang lelaki cuba menyelamatkan jirannya daripada disamun berakhir dengan tragedi apabila dia ditetak dua daripada enam suspek lelaki di FELDA Jengka 11, di sini, kira-kira 4 pagi hari ini.

Dalam kejadian itu, Fauzi Dollah, 42, parah selepas diserang di bahagian kepala dan badan menggunakan parang oleh dua lelaki ketika mangsa dipercayai sedang bergelut dengan salah seorang daripada kumpulan suspek.

Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Radzi berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa bersama adiknya cuba menghulurkan bantuan kepada jiran mereka selepas terdengar bunyi mencurigakan datang dari rumah jiran berkenaan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan identiti semua suspek yang dipercayai warga asing," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mangsa kini sedang dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAH), Temerloh dan dilaporkan stabil.

Image: 

Maran: Tindakan seorang lelaki cuba menyelamatkan jirannya daripada disamun berakhir dengan tragedi apabila dia ditetak dua daripada enam suspek lelaki di FELDA Jengka 11, di sini, kira-kira 4 pagi hari ini.

SM Salim sudah tiada [METROTV] إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

$
0
0
Utama

najiy.jefri@hmetro.com.my

Hulu Kelang: Bintang legenda, Tan Sri SM Salim meninggal dunia di kediamannya di Ukay Perdana, di sini, kira-kira 5.45 petang tadi akibat sakit tua.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada usia 88 tahun dan meninggalkan isteri tercinta Puan Sri Aishah Abdul Ghani, tujuh anak serta 13 cucu.

Menurut isteri Allahyarham, dia dan anak-anak reda dengan pemergian penghibur tersohor itu kerana tidak sampai hati melihat kesakitan yang ditanggung selama ini.

"Saya yang melihatnya pun tidak sampai hati. Inikan pula dia yang merasai dan menanggung sakit yang dialami sejak 17 tahun lalu.

"Kami sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi”€ katanya kepada Harian Metro.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan di Kampung Baru. Walaubagaimanapun, masa untuk pengkebumian belum ditetapkan.

Image: 

Hulu Kelang: Bintang legenda, Tan Sri SM Salim meninggal dunia di kediamannya di Ukay Perdana, di sini, kira-kira 5.45 petang tadi akibat sakit tua.

SM Salim sudah tiada

Metro@7 - 29 Disember 2016 [METROTV]

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

• Bintang legenda, Tan Sri SM Salim meninggal dunia di kediamannya di Ukay Perdana, kira-kira 5.45 petang tadi akibat sakit tua.

• Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah menetapkan jaminan RM10 juta dengan dua penjamin tempatan terhadap bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Awang Mohd Tahir Mohd Talib.

• Polis rampas sepucuk pistol semi auto dan sepucuk pistol tiruan bersama 49 butir peluru hidup susulan penahanan dua lelaki di Kulim, Kedah dalam Ops Api Laras Kawa II.

• Seramai 4,800 orang dikesan menjadi mangsa penipuan pakej umrah sebuah badan bukan kerajaan di Terengganu dengan nilai kerugian RM14.2 juta.

• Jenazah rakyat Malaysia, Muhammmad Farhan Na'imullah Zubir, 26, yang ditemui lemas di Sungai Ovens di Myrtleford, Australia, 13 Disember lalu dibawa keluar dari Kompleks Kargo KLIA.

Image: 

• Bintang legenda, Tan Sri SM Salim meninggal dunia di kediamannya di Ukay Perdana, kira-kira 5.45 petang tadi akibat sakit tua.

Metro@7 - 29 Disember 2016

Syukur, selamat suami isteri ini

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Jitra: Suami isteri terselamat selepas rumah mereka di Kampung Alor Janggus, dekat Napoh, di sini, dirempuh lori tangki muatan susu getah, petang tadi. 

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang ketika Fazilah Ramli yang berusia lingkungan 60-an dan isterinya yang lumpuh, Hasnah Ahmad, 50-an sedang tidur di ruang tamu rumah berkenaan.

Difahamkan pasangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan, namun kejadian terbabit menyebabkan ruang tamu dan dapur rumah dipenuhi susu getah.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Hadi Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan sehingga jam 9 malam ini anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu masih berada di lokasi untuk menjalankan siasatan.

"Siasatan mendapati lori dari arah simpang empat Kampung Langsat menuju simpang empat Cherok Mokkan di Hosba, sebelum terbabas ke kiri laluan dan merempuh kediaman mangsa.

"Ketika terbabas lori itu turut merempuh dua motosikal yang diletakkan di hadapan rumah, namun tiada mangsa cedera...pemandu lori hanya mengalami kecederaan ringan," katanya.

Abd Hadi berkata, pemandu lori yang cedera dihantar ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Difahamkan, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra turut dikejarkan di lokasi untuk menjalankan tugas penyelamatan, sebaik menerima panggilan berhubung kejadian itu.

 

 

 

 

Image: 

Jitra: Suami isteri terselamat selepas rumah mereka di Kampung Alor Janggus, dekat Napoh, di sini, dirempuh lori tangki muatan susu getah, petang tadi. 

Penjara 80 tahun, 110 sebatan

$
0
0
Utama

zura_jalil@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Lelaki gelandangan dihukum penjara 80 tahun dan 110 sebatan oleh Mahkamah Sesyen atas 11 pertuduhan merogol dan satu pertuduhan melakukan seks oral terhadap anak kandungnya sendiri yang berusia 16 tahun sejak Ogos lalu.

Hakim Datin M Kunasundary menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang berusia 38 tahun selepas lelaki itu mengaku salah ke atas kesemua pertuduhan ke atasnya.

Bagi empat fail kes yang mengandungi masing-masing tiga atau dua pertuduhan merogol, tertuduh dihukum setiap satu penjara 20 tahun.

Manakala, tertuduh dihukum 10 sebatan bagi setiap pertuduhan merogol.

Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan berasingan dari tarikh tangkap 19 September lalu.

Sementara itu, bagi pertuduhan melakukan seks oral, tertuduh dihukum penjara 12 tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Image: 

Kuala Lumpur: Lelaki gelandangan dihukum penjara 80 tahun dan 110 sebatan oleh Mahkamah Sesyen atas 11 pertuduhan merogol dan satu pertuduhan melakukan seks oral terhadap anak kandungnya sendiri yang berusia 16 tahun sejak Ogos lalu.

Datin didakwa cuba bunuh amah

$
0
0
Utama

sarah@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Suri rumah bergelar Datin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan cuba membunuh pembantu rumah warga Indonesia menggunakan pisau dapur, penyangkut baju, batang mop dan payung hingga mangsa parah di rumah di Mutiara Damansara, minggu lalu.

Tertuduh, Rozita Mohamad Ali, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Suyanti Sutrinso, 19, hingga menyebabkan kecederaan, termasuk pada kedua-dua mata, tangan dan kaki, organ dalaman, pendarahan beku di bawah kulit kepala, patah tulang serta patah belikat kiri.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan PJU 7/30, Mutiara Damansara, antara 7 pagi hingga 12 tengah hari pada 21 Disember lalu.

Dakwaan kes terhadap wanita itu dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara 20 tahun dan jika cedera, dihukum dengan hukuman mati, jika disabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan tidak mendekati saksi sepanjang perbicaraan kes ini.

Selain itu, tertuduh juga perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali serta pasport diserahkan kepada mahkamah sepanjang kes selesai.

Mahkamah menetapkan 7 Februari ini sebagai sebutan semula kes.

Dalam kejadian 12 tengah hari Rabu minggu lalu, mangsa ditemui terbaring dalam keadaan cedera parah di tepi longkang oleh pengawal keselamatan di situ sebelum dimaklumkan kepada seorang penduduk dan mangsa dibawa ke klinik berhampiran.

Image: 

Petaling Jaya: Suri rumah bergelar Datin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan cuba membunuh pembantu rumah warga Indonesia menggunakan pisau dapur, penyangkut baju, batang mop dan payung hingga mangsa parah di rumah di Mutiara Damansara, minggu lalu.


Dibunuh angkara wang perkahwinan

$
0
0
Utama

Kudat: Lelaki ditemui mati dengan lehernya hampir terputus manakala isteri dan tiga lagi anaknya parah selepas diserang oleh lelaki warga asing menggunakan parang di rumah tidak bernombor berhampiran Kampung Narandang, di sini, semalam.

Dalam kejadian 1.50 tengah hari itu, mangsa Jotin Yojunpin, 42, ditemui terbaring di atas lantai rumahnya dengan keadaan berlumuran darah dan lehernya hampir terputus dipercayai dikelar menggunakan parang.

Turut ditemui di dalam rumah berkenaan adalah isterinya, Saulin Maridik, 36, yang parah di bahagian tangan, kepala dan leher sementara tiga lagi anak pasangan itu iaitu Suzianah, 17; Erna Salviani, 11; dan Natalia berusia lima tahun mengalami kecederaan di badan dipercayai ditetak oleh suspek terbabit.

Ketua Polis Daerah Kudat, Superitendan Douglas Nyeging Taong berkata, susulan kejadian itu, polis kemudiannya menjalankan gerakan memburu suspek sebelum berjaya menahannya kira-kira 500 meter daripada lokasi kejadian di pada 11.30 pagi tadi.

"Polis menerima maklumat berhubung kejadian ini pada 4.05 petang semalam, sebelum sepasukan polis dikerahkan ke lokasi dan menemui mayat mangsa di lantai rumahnya dengan keadaan berlumuran darah serta lehernya hampir putus dipercayai dikelar menggunakan senjata tajam.

"Empat lagi ahli keluarganya termasuk isteri turut parah dalam kejadian itu dan sudah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Susulan kejadian berkenaan, polis kemudiannya menggerakkan usaha memburu suspek dan kita akhirnya berjaya menahan lelaki warga asing berusia 21 tahun kira-kira 500 meter daripada lokasi kejadian ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, menurut siasatan awal, kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham di antara mangsa dan suspek berkaitan wang perkahwinan di antara suspek serta anak perempuan mangsa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Image: 

Kudat: Lelaki ditemui mati dengan lehernya hampir terputus manakala isteri dan tiga lagi anaknya parah selepas diserang oleh lelaki warga asing menggunakan parang di rumah tidak bernombor berhampiran Kampung Narandang, di sini, semalam.

Semoga damai di sana إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

$
0
0
Utama

syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kira-kira 200 tetamu hadir bagi memberikan penghormatan terakhir di majlis pengkebumian bintang legenda, Allahyarham Tan Sri SM Salim di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, di sini pada jam 2.45 petang tadi.

Menurut anak Allahyarham, Sheikh Samsul Salim, 51, ini adalah salah satu permintaan terakhir bapanya untuk dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran Kampung Baru.

"Dia memang berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur dan ketika hayatnya pernah berpesan supaya kami sekeluarga membawa pulang jenazahnya ke Kampung baru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang," katanya kepada Harian Metro.

Majlis pengkebumian itu turut dihadiri anggota keluarga Allahyarham, media dan rakan artis antaranya Uji Rashid, Zack Kool, Datuk M Nasir, Datuk Jeffrydin dan ramai lagi.

Pagi tadi, jenazah Allahyarham dimandi dan dikafankan sekitar jam 10.30 pagi sebelum disembahyangkan selepas selesai Solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Image: 

Kuala Lumpur: Kira-kira 200 tetamu hadir bagi memberikan penghormatan terakhir di majlis pengkebumian bintang legenda, Allahyarham Tan Sri SM Salim di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, di sini pada jam 2.45 petang tadi.

Kepala kemaluan jatuh atas kain

$
0
0
Utama

kalidevi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Seorang bapa menyaksikan sendiri bagaimana kepala kemaluan anak lelakinya berusia sembilan tahun digunting sehingga putus dan terjatuh di atas kain ketika berkhatan di klinik swasta di Jalan Ipoh pada 15 Disember lalu.

Lebih menyedihkan, usaha menyambung semula kemaluan kanak-kanak itu gagal kerana selepas seminggu disambung, ia bertukar menjadi hitam dan doktor tidak mempunyai pilihan kecuali memotongnya.

Peguam Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), P Uthayakumar yang mewakili keluarga mangsa, berkata, ketika doktor klinik swasta terbabit menjalankan prosedur berkhatan ke atas mangsa, bapanya, Aliakbar Pakeer Mohamad turut berada di bilik rawatan.

Katanya, selepas bius diberikan, doktor menjalankan prosedur berkhatan menggunakan gunting namun bapa mangsa terkejut apabila nampak kepala kemaluan anaknya terputus dan terjatuh ke atas kain yang diletakkan di badan mangsa.

“€œSemasa prosedur dijalankan, doktor berkenaan cuai terpotong keseluruhan kepala kemaluan dan cuba jahit semula namun tidak berjaya.

“€œKlinik terbabit kemudian meminta bantuan sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Selangor namun pusat perubatan itu tidak mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan sebelum dihantar ke HKL,”€ katanya pada sidang media di HKL, hari ini.

Kejadian berkenaan kali kedua berlaku pada bulan ini selepas pada 20 Disember lalu, budak lelaki berusia 10 tahun putus kemaluan ketika berkhatan apabila doktor ‘terlebih potong’ di klinik keluarga di Cheras.

Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa berkhatan menggunakan kaedah laser pada 8.20 malam.

Harian Metro melaporkan, sumber polis berkata, pembedahan terbabit dilakukan seorang doktor berpengalaman berusia lewat 40-an.

"Bagaimanapun difahamkan doktor terbabit secara tidak sengaja terlebih potong sehingga ke bahagian kepala kemaluan kanak-kanak terbabit sewaktu melakukan pembedahan laser.

"Susulan kejadian itu, doktor terbabit memaklumkan kejadian kepada keluarga kanak-kanak terbabit sebelum mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) untuk rawatan lanjut.

"Pihak HCTM kemudiannya menghantar mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi melakukan penyambungan bahagian kemaluan yang terputus itu. Mangsa kini masih dirawat di HKL serta dilaporkan stabil," katanya.

Image: 

Kuala Lumpur : Seorang bapa menyaksikan sendiri bagaimana kepala kemaluan anak lelakinya berusia sembilan tahun digunting sehingga putus dan terjatuh di atas kain ketika berkhatan di klinik swasta di Jalan Ipoh pada 15 Disember lalu.

Tiga beranak lemas

$
0
0
Utama

hmkk@hmetro.com.my

Ranau: Tiga beranak ditemui lemas ketika berkelah di air terjun Sungai Nunuk Ragang, Kampung Tempios, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, dalam kejadian 12.50 tengah hari itu, mangsa, Josep Jami, 44, dan dua anak perempuannya iaitu Esmerelbe Gene Josep, 20, serta Eheishia Gene Josep, 8, didakwa hilang ketika mandi di lokasi kejadian.

"Kami menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.02 tengah hari tadi.

"Bagaimanapun, kami terpaksa mengambil masa yang lama untuk ke sana memandangkan jarak ke lokasi kejadian sejauh 52 kilometer," katanya.

Tambah beliau, sebaik tiba, ketiga-tiga mangsa ditemui orang ramai dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, ketika mandi, Eheishia dikatakan lemas dan cuba diselamatkan ayahnya.

"Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Josep apabila dia juga lemas menyebabkan Esmerelbe cuba menyelamatkan mereka sebelum turut lemas," katanya.

Image: 

Ranau: Tiga beranak ditemui lemas ketika berkelah di air terjun Sungai Nunuk Ragang, Kampung Tempios, di sini, hari ini.

Metro@7 - 30 Disember 2016 [METROTV]

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

• Seorang bapa menyaksikan sendiri kepala kemaluan anak lelakinya berusia sembilan tahun digunting sehingga putus dan terjatuh di atas kain ketika berkhatan di klinik swasta di Jalan Ipoh pada 15 Disember lalu.

• Kira-kira 200 tetamu hadir bagi memberikan penghormatan terakhir di majlis pengkebumian bintang legenda, Allahyarham Tan Sri SM Salim di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, pada 2.45 petang tadi.

• Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak membenarkan permohonan Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman untuk mendapatkan sementara pasportnya atas urusan ke luar negara termasuk menunaikan umrah.

• Seorang parah manakala tiga cedera apabila lori membawa set generator dan treler muatan kelapa, terbabit kemalangan di Kilometer 202.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, berhampiran Kawasan Rehat Ayer Keroh.

• Badak air diberi nama Lek melahirkan anak seberat 40 kilogram di Zoo Taiping & Night Safari, Taiping, Perak, 12 Disember lalu.

Image: 

• Seorang bapa menyaksikan sendiri kepala kemaluan anak lelakinya berusia sembilan tahun digunting sehingga putus dan terjatuh di atas kain ketika berkhatan di klinik swasta di Jalan Ipoh pada 15 Disember lalu.

Metro@7 - 30 Disember 2016

Derita cincin terlekat di anu

$
0
0
Utama

Kalidevi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Lelaki 34 tahun tahan sakit lebih enam jam apabila cincin tersangkut di kemaluannya.

Lelaki itu kemudiannya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mengeluarkan cincin berkenaan, pada kira-kira 8 malam tadi.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan PPUM, pada 8. 56 malam.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba Pantai tiba di PPUM empat minit kemudian.

Katanya, sebaik tiba di PPUM mereka mendapati cincin tersangkut pada kemaluan mangsa dan mereka menggunakan alat pemotong cincin dalam operasi itu.

"Bagaimanapun, kami mengalami kesukaran berikutan mata alat pemotong cincin semakin tumpul kerana gelang besi itu tebal.

"Kami terpaksa meminta bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh untuk peralatan memotong cincin pada 1. 50 pagi, " katanya.

Menurutnya, operasi berkenaan tamat pada 4. 18 pagi.

Katanya, lelaki itu dikatakan tidak pulang kerana terus diberikan rawatan di PPUM.

Image: 

Kuala Lumpur: Lelaki 34 tahun tahan sakit lebih enam jam apabila cincin tersangkut di kemaluannya.

2 meter di Kuala Krai

$
0
0
Utama

sitinor@hmetro.com.my

Kota Bharu: Beberapa desa di Kuala Krai iaitu Mengkebang, Sungai Durian, Keroh dan Chenulang mula dinaiki air sekurang-kurangnya dua meter berikutan hujan lebat dan angin kencang, hari ini.

Penduduk, Rokiah Ahmad, 28, berkata air di kawasan rumahnya di Kampung Mengkebang melebihi paras dua meter dan mula memasuki rumah, sejak kira-kira 4 pagi.

Katanya, hujan lebat sehari menyebabkan paras air meningkat dengan cepat.

"Saya tidak sempat berbuat apa-apa termasuk memindahkan barangan berharga seperti perabot ke tempat yang tinggi.

"Namun, harapan saya supaya air cepat surut dan berdoa supaya banjir 2014 tidak berulang," katanya di sini, hari ini.

Difahamkan, beberapa jalan sudah ditutup kepada kenderaan ringan, pada kira-kira 7 pagi ini.

Ini termasuk jalan hadapan Petronas Guchil, bawah jambatan kereta api dekat Tasik Kuala Krai dan Sungai Durian yang dibuka satu lorong kerana air bertakung.

Image: 

Kota Bharu: Beberapa desa di Kuala Krai iaitu Mengkebang, Sungai Durian, Keroh dan Chenulang mula dinaiki air sekurang-kurangnya dua meter berikutan hujan lebat dan angin kencang, hari ini.


Dua sungai air tinggi [METROTV]

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Paras air sungai di Terengganu catat bacaan paras bahaya berikutan hujan lebat berterusan sejak petang semalam.

Laman web etindakan.terengganu.gov.my melaporkan paras air di Sungai Chalok di Jambatan Chalok, Setiu, meningkat kepada 8.63 meter melepasi paras bahaya 8.40 meter.

Paras air di Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu kini 20.87 meter melepasi paras bahaya 19.7 meter.

Selain itu, paras air di Sungai Besut di Jambatan Keruak dan Sungai Besut di Kampung La masing-masing meningkat kepada 34.57 meter melepasi paras amaran (34 meter) dan 20.42 meter melepasi paras berjaga-jaga (19.8 meter).

Di Setiu, Sungai Nerus di Kampung Langkap turut mencatatkan bacaan 20.41 meter melepasi paras berjaga-jaga (20 meter) manakala Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan pula mencatatkan paras air 2.27 meter melepasi paras berjaga-jaga (2 meter).

Malah, paras air sedang meningkat di beberapa sungai lain di Besut, Setiu, Dungun dan Kemaman.

Sehingga kira-kira 11 pagi, 242 mangsa daripada 62 keluarga dipindahkan di empat pusat pemindahan di Hulu Terengganu iaitu di Balai Raya Kampung Bukit Kolam, Dewan Seri Putih, Kampung Tok Lawit, Surau Bukit Ara dan Surau Hulu Lerek.

Sementara itu, di Hulu Terengganu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama agensi berkaitan kini giat membantu pemindahan mangsa banjir di kawasan Kuala Ping, Telemong.

Pengarah APM Terengganu, Leftenan Kolonal (PA) Che Adam A Rahman berkata, pihaknya sedang mengemas kini jumlah mangsa dipindahkan.

Menurutnya, hujan lebat sejak awal pagi tadi menjadi antara faktor paras sungai meningkat secara mendadak.

"Selain kawasan Hulu Terengganu, beberapa kawasan di Marang juga terjejas ketika ini.

"Buat masa ini, pegawai APM di seluruh daerah sedang mengemas kini data mangsa berpindah," katanya.

Image: 

Kuala Terengganu: Paras air sungai di Terengganu catat bacaan paras bahaya berikutan hujan lebat berterusan sejak petang semalam.

Banjir di Terengganu

Mangsa bah meningkat

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Dua lagi pusat pemindahan dibuka di Marang dan Hulu Terengganu membabitkan 123 mangsa.

Pusat pemindahan di Masjid Kuala Ping yang menempatkan 94 mangsa menjadi pusat pemindahan ketujuh dibuka di Hulu Terengganu.

Dua puluh sembilan mangsa daripada lapan keluarga pula ditempatkan di Dewan Sivik Wakaf Tapai, Marang.

Sekurang-kurangnya 371 mangsa daripada 92 keluarga sudah dipindahkan ke enam pusat pemindahan yang dibuka di Hulu Terengganu.

Sehingga 12 tengah hari, 25 mangsa ditempatkan di Balai Raya Kampung Bukit Kolam, Surai Kampung Bukit Ara (170), Pusat Pemindahan Dewan Seri Puteh Kampung Tok Lawit ( 112), Surau Kampung Hulu Lerek (16), Surau Kampung Chenerong Leban, Durian Kassim (7) dan Balai Raya Kampung Tapah (41).

Kesemua mangsa itu adalah penduduk dari kawasan perumahan PPRT Bukit Ara, Kampung Bukit Kolam, Kampung Basung, Kampung Kuala Ping, Kampung Bukit Mokmek, Kampung Tok Gebok serta Kampung Tok Lawit.

Menurut laporan dari Bilik Gerakan Banjir Hulu Terengganu (Pejabat Daerah Hulu Terengganu), bilik gerakan banjir daerah berkenaan juga mula dibuka pada 8.30 pagi.

Sementara itu, 14 keluarga di Kampung Sungai Nyior dan Kampung Tok Nandong, Setiu, turut dipindahkan selepas kawasan berkenaan dinaiki air.

Sepuluh keluarga 10 keluarga ditempatkan di pusat perpindahan Surau Kampung Bukit Nyior, manakala empat keluarga dipindahkan ke Surau Kampung Tok Nandong.

Image: 

Kuala Terengganu: Dua lagi pusat pemindahan dibuka di Marang dan Hulu Terengganu membabitkan 123 mangsa.

Nak pergi pasar katanya

$
0
0
Utama

Kalidevi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Wanita terpaksa tahan sakit lebih 30 minit selepas kakinya tersepit di penutup besi longkang di pasar besar Taman Tun Dr Ismail, hari ini.

Kakinya terperosok di antara jerisi besi penutup longkang hingga paras lutut ketika dia hendak ke pasar itu, pada 10.20 pagi.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10. 23 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati wanita itu terduduk di atas penutup longkang itu. Sebelum itu orang ramai mencuba untuk membantunya namun gagal.

"Kami menggunakan peralatan khas untuk meregangkan besi itu bagi mengeluarkan kaki mangsa yang tersangkut, " katanya.

Beliau berkata, mangsa hanya cedera ringan di bahagian lutut dan masih boleh berjalan.

Image: 

Kuala Lumpur : Wanita terpaksa tahan sakit lebih 30 minit selepas kakinya tersepit di penutup besi longkang di pasar besar Taman Tun Dr Ismail, hari ini.

Terbabas, terbakar

$
0
0
Utama

mohdhilmie@hmetro.com.my

Alor Gajah: Empat penuntut perempuan parah manakala dua lagi cedera dalam kemalangan di KM212.3 lebuh raya PLUS, arah selatan, dekat Restoran Jejantas Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Proton Persona dinaiki penuntut Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) itu terbabas dan terbakar 100 peratus dalam kejadian 9.45 pagi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Asnizam Kamberon dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada 9.55 pagi.

“Sejurus tiba terdapat kereta sedang terbakar dipercayai akibat terbabas. Difahamkan, mangsa sempat keluar dengan bantuan orang awam.

“Api marak memusnahkan 100 peratus kenderaan dan api dikawal tempoh lima minit sebelum operasi tamat sepenuhnya 10.15 pagi," katanya ketika dihubungi.

Asnizam berkata, difahamkan penuntut perempuan terbabit dalam perjalanan ke Johor Baharu.

"Terdapat enam penuntut berusia lingkungan 20-an menaiki kenderaan itu, empat daripanya parah. Mereka dihantar ke Hospital Melaka bagi menerima rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi.

Image: 

Alor Gajah: Empat penuntut perempuan parah manakala dua lagi cedera dalam kemalangan di KM212.3 lebuh raya PLUS, arah selatan, dekat Restoran Jejantas Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Semua penumpang selamat

$
0
0
Utama

sitinor@hmetro.com.my

Kota Bharu: Kereta api perjalanan dari Tumpat ke Kuala Lipis, Pahang tergelincir antara Bukit Abu-Dabong, dekat Kuala Krai, berikutan tanah runtuh, pagi ini.

Pengurus Wilayah Timur Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Zaid Ibrahim, berkata dua gerabak kereta api itu membawa 37 penumpang termasuk empat kakitangan berlepas dari Tumpat pada 4.30 pagi.

Katanya, kereta api berkenaan tergelincir kerana berlaku tanah runtuh di dua lokasi iaitu di hadapan dan belakang gerabak, pada kira-kira 8 pagi.

"Pemandu cuba mengundurkan gerabak sebelum ia tergelincir. Penumpang selamat dan dihantar ke lokasi masing-masing dengan bas, pada kira-kira 1 petang," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Berikutan itu, katanya, perkhidmatan kereta api tempatan dari Tumpat ke Gua Musang tergendala sementara waktu dan Ekspres Rakyat Timuran dari Tumpat ke Johor Bharu akan bermula dari Gua Musang, bermula malam ini.

Image: 

Kota Bharu: Kereta api perjalanan dari Tumpat ke Kuala Lipis, Pahang tergelincir antara Bukit Abu-Dabong, dekat Kuala Krai, berikutan tanah runtuh, pagi ini.

Viewing all 7853 articles
Browse latest View live