Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Rebah selepas perbicaraan

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Butterworth: Lelaki meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung sejurus selepas menghadiri perbicaraan kes membabitkan tuntutan pampasan kemalangan di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini, pagi tadi.

Azhar Mohd Dzin, 58, dari Kampung Juru, Bukit Mertajam, yang berkerusi roda tiba-tiba rebah dan terjatuh ke lantai ketika keluar daripada bilik perbicaraan di tingkat tiga, Mahkamah Sesyen Sivil, 10.20 pagi tadi.

Jurucakap polis berkata, Azhar yang dipercayai terkena serangan jantung cuba diselamatkan orang awam dengan memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) namun gagal.

"Mayatnya dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Azmi Adam ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Images: 

29116danial1

Image: 
GN4id: 
12828299
Lead: 

Butterworth: Lelaki meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung sejurus selepas menghadiri perbicaraan kes membabitkan tuntutan pampasan kemalangan di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini, pagi tadi.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853