Kuala Lumpur: Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) di Stadium Malawati, Shah Alam, Ahad lalu mencatat hampir 6.2 juta penonton.
Anugerah berprestij itu turut disaksikan seramai 127,313 penonton menerusi portal Tonton dan laman web rasmi AJL.
Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9 Sherina Nordin berkata, laman web AJL dikunjungi sebanyak 834,195 kali daripada pengguna Internet dalam dan luar negara sejak 10 Disember lalu.
“Sudah tentu penyumbang utama dari Malaysia diikuti Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Jepun,” katanya.
Menurut Sherina, sambutan memberangsangkan terhadap AJL30 menyebabkan anugerah itu menjadi ‘trending’ di seluruh dunia di media sosial.
“Malah, acara itu sudah mula ‘trending’ beberapa hari sebelum dan selepas tamat AJL30 di Facebook, Twitter serta Instagram,” katanya.
she
Kuala Lumpur: Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) di Stadium Malawati, Shah Alam, Ahad lalu mencatat hampir 6.2 juta penonton.