Kuala Lumpur: Pengusaha taska yang sanggup menjual perniagaan dan keretanya untuk pergi ke Syria, dikenakan hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas dakwaan memberi sokongan kepada kumpulan militan Negara Islam (IS).
Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahim menjatuhkan hukuman itu selepas Nazhatulshima Sahak, 44, dari Klang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Mahkamah memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu 13 Oktober 2014.
Nazhatulshima yang juga tenaga pengajar di taska itu didakwa membeli tiket penerbangan pesawat Emirates dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Istanbul, Turki melalui Syria dengan cuba memberi sokongan kepada kumpulan pengganas.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di restoran di Seksyen 7, Shah Alam, pada 10.50 malam, 13 Oktober 2014.
Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara maksimum 30 tahun, jika sabit kesalagan.
Selasa lalu, Mahkamah Tinggi sudah menjatuhkan penjara dua tahun terhadap suaminya yang juga pembantunya di taska, Amir Azlan Zainudin, 48, atas kesalahan yang sama.
29116court1