Kuala Lumpur: Band popular Indonesia, Kerispatih berhasrat kembali ke Malaysia untuk mempromosikan album terbaru berjudul Delapan.
Menurut pemain keyboard band itu, Badai, album terbabit sudah berada di pasaran Indonesia hujung tahun lalu dan bakal diedarkan di Malaysia tahun ini.
“Kali terakhir Kerispatih datang ke Kuala Lumpur adalah pada 2007. Kami akan kembali ke sana untuk mempromosikan album Delapan namun belum tahu tarikh sesuai.
“Album ini memuatkan himpunan lagu popular Kerispatih daripada album terdahulu dan dinyanyikan semula Fandy.
“Banyak juga lagu dalam album ini digunakan sebagai runut bunyi telefilem di Indonesia,” katanya ketika ditemui di Jakarta baru-baru ini.
Sementara itu, Fandy selaku vokalis berkongsi Kerispatih bakal mengadakan konsert buat julung kalinya selepas 12 tahun mencipta nama.
“Konsert akustik berskala kecil ini akan berlangsung di Jakarta pada 13 Februari depan. Ia terhad untuk 200 penonton sahaja kerana kami mahu menyajikan persembahan lebih dekat dengan peminat.
“Konsert berdurasi dua jam ini juga adalah kesinambungan koleksi album kami dan ia akan dirakam secara langsung dalam bentuk DVD,” kata Fandy yang sudah enam tahun menggantikan Sammy Simorangkir.
keris
Kuala Lumpur: Band popular Indonesia, Kerispatih berhasrat kembali ke Malaysia untuk mempromosikan album terbaru berjudul Delapan.