Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Ip Man3 `cop duit'

$
0
0
Utama

imran@hmetro.com.my

FILEM sekuel aksi popular Hong Kong, Ip Man3, mencatat sejarah apabila menjadi filem Cina paling tinggi kutipan tiket di Malaysia dengan RM28 Juta hanya dalam tiga minggu ditayangkan.

Ip Man3 menampilkan aktor Donnie Yen sebagai Ip Man seorang jaguh dalam bidang seni mempertahankan diri, sebelum itu telah mencatat kutipan RM12 juta dalam empat hari dan RM22 juta dalam 11 hari ditayangkan di Malaysia.

Perkembangan yang sungguh menakjubkan itu membuatkan Donnie telah kembali ke sini, hari ini, mewakili penerbit Ip Man3, Raymond Wong untuk menyerahkan anugerah khas kepada pengedar tunggal filem terbabit, Lotus Five Star atas kejayaan diraih.

Jelas Donnie sewaktu lawatan promoi Ip Man 3 di Malaysia Disember lalu, Raymond berjanji sekiranya sekuel terbaru filem aksi itu mencecah kutipan lebih RM25 juta mereka akan kembali untuk mengadakan satu majlis keramaian.

“Bagaimanapun, kali ini kerana mempunyai urusan penting, Raymond tidak dapat hadir bersama sebaliknya saya ditemani anaknya Edmond Wong, juga penulis skrip IP Man3.

“Kami juga mahu menyerahkan Anugerah Pengedar Terbaik 2015 kepada pengedar filem ini Lotus Five Star,” katanya.

Menariknya sekuel filem ini turut menampilkan jaguh tinju dunia Mike Tyson atau nama Islamnya, Malik Abdul Aziz.

Images: 

ipman

Image: 
GN4id: 
12600958
Lead: 

FILEM sekuel aksi popular Hong Kong, Ip Man3, mencatat sejarah apabila menjadi filem Cina paling tinggi kutipan tiket di Malaysia dengan RM28 Juta hanya dalam tiga minggu ditayangkan.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853