Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Polis Johor pertingkat kawalan

$
0
0
Mutakhir

fahd@hmetro.com.my

Johor Bahru: Polis Johor pertingkat kawalan keselamatan membabitkan lokasi tumpuan ramai termasuk melalui jalan darat, udara dan air susulan insiden bom di Jakarta.

Bagaimanapun, Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata, orang ramai tidak perlu cemas dengan bilangan anggota bersenjata berat di kawasan itu.

Katanya, tindakan itu bagi memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa polis serius dan peka untuk memastikan negeri ini selamat dan siap melindungi penduduk daripada ancaman pengganas.

"Berikutan amaran keselamatan negara ke tahap tertinggi yang diumumkan Ketua Polis Negara, semua ketua polis daerah di Kontinjen Johor diarah mempertingkatkan kawalan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Antara lokasi diberi tumpuan adalah pusat beli-belah, pusat hiburan dan meliputi pintu keluar dan masuk ke Johor.

Images: 

polisjb

Image: 
GN4id: 
12598964
Lead: 

Johor Bahru: Polis Johor pertingkat kawalan keselamatan membabitkan lokasi tumpuan ramai termasuk melalui jalan darat, udara dan air susulan insiden bom di Jakarta.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853