JOHOR Darul Takzim secara rasmi memperkenalkan jersi baru kelab tajaan Adidas yang terdiri daripada biru (home), merah (away) dan putih (alternate), di Johor Bahru, malam tadi.
Majlis pelancarannya disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan di Dataran Bandaraya Johor Bahru.
Ribuan peminat pasukan Harimau Selatan turut sama hadir memberi sokongan termasuk membeli jersi yang dijual RM189 sehelai.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan skuad JDT tidak dapat bersama pada majlis itu berikutan menyertai perlawanan pra-musim JDT yang akan menentang Chonburi FC di Thailand, petang esok.
Hadir sama, ke majlis berkenaan Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards.
away
JOHOR Darul Takzim secara rasmi memperkenalkan jersi baru kelab tajaan Adidas yang terdiri daripada biru (home), merah (away) dan putih (alternate), di Johor Bahru, malam tadi.