Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Doakan adik Thaqif

$
0
0
Utama

Fahd@hmetro.com.my

Batu Pahat: Keadaan seorang murid tahfiz berusia 11 tahun yang didakwa disebat pada tapak kaki oleh warden asrama sebuah madrasah di Kota Tinggi, dilaporkan kritikal dan pasukan perubatan di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru sedaya upaya memberikan yang terbaik kepada pesakit itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata, sedang membuat siasatan lanjut mengenai punca penyakit.

"Siasatan lanjut sama ada pesakit juga kebetulan mempunyai penyakit lain kerana keadaan penyakitnya tidak hanya terhad kepada tempat yang dikatakan dipukul itu sahaja.

"Murid terbabit mempunyai darah beku dan terkena jangkitan hingga melarat ke bahagian buah pinggang hingga merosakkan fungsi buah pinggang murid tersebut.

"Masalah pembekuandarah bukan sahaja di kaki, tempat yang di katakan dipukul, tetapi juga tangan. Dimaklumkan juga kaki pesakit dipotong dan dialisis sedang dilakukan. Laporan polis juga dibuat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, tular di media sosial mengenai kes berkenaan apabila ibu Mohd Thaqif Mohd Ghadaffi, 11, yang, dikenali sebagai Dayang Thaqifah, meluahkan kekecewaanya mengenai keadaan anaknya itu yang melarat kira kira tiga minggu lalu.

Image: 