Jempol: Gembira atas kejayaan skuad Hoben Jang Hoben melangkah ke separuh akhir Piala FA musim ini, seorang peminat setia pasukan itu menawarkan potongan harga roti canai sebanyak 50 sen, pagi ini.
Penjual roti canai, Salinah Asarulah Khan, 34, berkata, dia bersyukur apabila pasukan kesayangannya menang agregat 1-0 ke atas Sabah pada perlawanan suku akhir, malam tadi.
Katanya, sehubungan itu dirinya menawarkan potongan 50 sen bagi setiap keping roti canai yang dijual kepada 100 individu.
"Kebiasaannya saya menjual roti canai dengan harga RM1 sekeping. Pada pagi ini (semalam), saya menjual pada harga 50 sen kerana gembira atas kejayaan skuad Hoben Jang Hoben," katanya ditemui di kedainya di Bandar Seri Jempol, di sini.
Salinah berkata, biarpun skuad Negeri Sembilan terperosok di Liga Perdana pada 2014, sokongannya ke atas pasukan itu tidak pernah putus.
"Hampir empat tahun menanti, saya bersyukur kerana pasukan kami sudah bangkit dan menampilkan prestasi sebenar," katanya.
Jempol: Gembira atas kejayaan skuad Hoben Jang Hoben melangkah ke separuh akhir Piala FA musim ini, seorang peminat setia pasukan itu menawarkan potongan harga roti canai sebanyak 50 sen, pagi ini.