Lahad Datu: Wanita dan dua anaknya adalah antara enam ditemui maut dalam kemalangan dua kenderaaan di Jalan Dewata, dekat sini, kira-kira 10 malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmood, berkata, antara terbunuh adalah
Said Tuan Kamba, 29 (berdasarkan pasport)
Markus Mae Siku, 52 (pasport)
Cilin, 20-an. (tiada dokumen)
Farida Perada Jamaludin, 35 (MyKad)
Kanak-kanak lelaki, 6 (anak kepada Farida)
Bayi 5 bulan (anak kepada Farida)
Terdahulu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata kemalangan membabitkan dua kenderaan yang bertembung dari arah bertentangan.
"Enam mangsa yang tersepit dalam Proton Saga dikeluarkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahah Datu.
"Namun, semua mangsa iaitu empat lelaki, masing-masing seorang wanita dan kanak-kanak disahkan meninggal dunia oleh paramedik Hospital Lahad Datu," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, mayat semua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Maklumat semua mangsa masih belum diperoleh dan operasi tamat pada 11.15 malam. Pemandu Isuzu D Max hanya cedera," katanya.
Lahad Datu: Wanita dan dua anaknya adalah antara enam ditemui maut dalam kemalangan dua kenderaaan di Jalan Dewata, dekat sini, kira-kira 10 malam tadi.