Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

6 terbunuh, 1 cedera

$
0
0
Utama

hmkk@hmetro.com.my

Lahad Datu: Enam terbunuh selepas kereta mereka naiki bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Jalan Dewata, dekat sini, kira-kira 10 malam tadi.

Bagaimanapun, identiti semua mangsa yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian belum diperoleh pada waktu berita ini disiarkan.

Bagaimanapun, mereka dipercayai warga asing berdasarkan pasport ditemui di lokasi kemalangan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata kemalangan membabitkan dua kenderaan yang bertembung dari arah bertentangan.

"Enam mangsa yang tersepit dalam Proton Saga dikeluarkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahah Datu.

"Namun, semua mangsa iaitu empat lelaki, masing-masing seorang wanita dan kanak-kanak disahkan meninggal dunia oleh paramedik Hospital Lahad Datu," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mayat semua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Maklumat semua mangsa masih belum diperoleh dan operasi tamat pada 11.15 malam. Pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D Max hanya cedera," katanya.

Image: 

Lahad Datu: Enam terbunuh selepas kereta mereka naiki bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Jalan Dewata, dekat sini, kira-kira 10 malam tadi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853