Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

6 maut MPV dihempap treler

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kuala Kubu Bharu: Bomba dan Penyelamat Malaysia membawa keluar enam mayat daripada MPV yang dihempap treler di KM403 lebuh raya PLUS, dekat simpang Plaza Tol Tanjung Malim di sini, awal pagi ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Rosdi Shafie, berkata bomba menerima panggilan pada 7.41 pagi.

Katanya, satu jentera BBP Kuala Kubu Bharu di bantu BBP Tanjung Malim tiba di lokasi.

"Mayat pertama lelaki dikeluarkan, pada 8.25 pagi. Disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik.

"Mangsa seterusnya lelaki dikeluarkan sejam kemudian disusuli mangsa ketiga perempuan pada 9.34 pagi. Seminit kemudian dua lagi lelaki dikeluarkan.

"Mayat terakhir lelaki dikeluarkan pada 9.40 pagi," katanya.

Beliau berkata, bomba terpaksa menggunakan kren untuk mengangkat treler itu sebelum usaha membawa keluar mangsa tersepit dilakukan.

Beliau berkata, kemalangan mendapati treler terbabit datang dari arah selatan dan terbalik ke laluan bertentangan menyebabkan pelanggaran dengan MPV yang juga dari arah sama.

Image: 

Kuala Kubu Bharu: Bomba dan Penyelamat Malaysia membawa keluar enam mayat daripada MPV yang dihempap treler di KM403 lebuh raya PLUS, dekat simpang Plaza Tol Tanjung Malim di sini, awal pagi ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853