• Seorang wanita ditemui mati dalam keadaan tertiarap dalam bilik tidur rumahnya di Taman Dato Lew Yap Sip, Ampang, Ipoh, Perak dengan kesan luka di belakang badan dipercayai dibunuh.
• Seorang maut manakala dua lagi cedera apabila lori dipandu terbabit kemalangan di Lebuhraya SKVE menghala Pulau Indah, Pelabuhan Klang,Selangor.
• Mayat wanita ditemui terapung di sungai berhampiran kondominium di Queensbay, Bayan Lepas, Georgetown, Pulau Pinang.
• 42 penunggang dan pembonceng motosikal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Imigresen Pontian, Johor selepas gagal kemukakan pasport kepada pegawai Imigresen ketika keluar atau masuk dari Bangunan Sultan Iskandar, bulan lalu.
• Dua restoran nasi kandar termasuk sebuah restoran popular di Pulau Pinang diarahkan tutup dua minggu selepas didapati kotor dalam operasi di Jalan Penang, Georgetown, Pulau Pinang.
• 113 saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal dan pemandu kereta dalam Op Samseng Jalanan di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Melaka.
• Seorang wanita ditemui mati dalam keadaan tertiarap dalam bilik tidur rumahnya di Taman Dato Lew Yap Sip, Ampang, Ipoh, Perak dengan kesan luka di belakang badan dipercayai dibunuh.