Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

10 kenderaan dihempap pokok

$
0
0
Utama

sab@hmetro.com.my

Kulai: Pengguna jalan raya berdepan situasi cemas selepas sekurang-kurangnya 10 kenderaan dihempap pokok tumbang dalam kejadian ribut dan angin kencang di Jalan Ayer Hitam berhadapan Hospital Kulai di sini, hari ini.

Sumber bomba berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu pada 6.14 petang sebelum menggerakkan anggota ke lokasi kejadian.

"Lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai ke lokasi kejadian pada 6.14 petang.

"Sebaik tiba di lokasi didapati berlaku pokok tumbang dan menghempap 10 kenderaan di lokasi itu," katanya.

Sementara itu, hujan lebat beserta angin kencang dan ribut hampir setengah jam bermula 5 petang tadi mengakibatkan berlaku kerosakan pada harta benda termasuk lampu jalan dan pokok tumbang.

Situasi itu turut mengakibatkan barangan milik peniaga di kawasan itu berterbangan, manakala terdapat papan tanda hampir tercabut.

Pada masa sama berlaku kesesakkan lalu lintas akibat kejadian itu.

Sementara itu, Ahli Majlis Perabandaran Kulai (MPKu), Shen Poh Kuan ketika dihubungi berkata kejadian pokok tumbang berlaku di beberapa lokasi di bandar Kulai.

"Angggota bomba bersama beberapa agensi lain turun padang bagi menjalankan kerja pembersihan dan pemotongan pokok," katanya.

Image: 

Kulai: Pengguna jalan raya berdepan situasi cemas selepas sekurang-kurangnya 10 kenderaan dihempap pokok tumbang dalam kejadian ribut dan angin kencang di Jalan Ayer Hitam berhadapan Hospital Kulai di sini, hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853