Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Tutup jalan elak sesak

$
0
0
Mutakhir

Norizuan@hmetro.com.my

 

Kuala Lumpur: Jalan Changkat, Bukit Bintang, di sini ditutup untuk semua kenderaan pada Jumaat dan Sabtu bermula enam petang hingga enam pagi berkuatkuasa serta-merta malam ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, penutupan laluan terbabit bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di lokasi berkenaan.

Katanya, tindakan berkenaan susulan terdapat aduan awam yang memaklumkan kesesakan berlaku akibat banyak kenderaan diletakkan di tepi jalan sepanjang laluan itu.

"Tindakan ini bagi memberikan kemudahan kepada orang ramai terutamanya pengguna jalan raya berikutan terdapat ramai pengunjung yang datang ke pusat hiburan di kawasan ini dan ada diantara mereka meletakkan kenderaan di tepi jalan sehingga menyebabkan laluan menjadi sempit serta berlaku kesesakan.

  "Pemantauan juga akan dilakukan bagi memastikan setiap premis terutamanya pusat hiburan di kawasan ini beroperasi mengikut peraturan ditetapkan. 

  "Untuk itu, kami turut bekerjasama dengan Unit Alam Sekitar dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam memastikan bunyi muzik dari semua pusat hiburan di kawasan ini tidak menganggu ketenteraman awam," katanya pada sidang media, di sini, malam tadi.

Image: 

Kuala Lumpur: Jalan Changkat, Bukit Bintang, di sini ditutup untuk semua kenderaan pada Jumaat dan Sabtu bermula enam petang hingga enam pagi berkuatkuasa serta-merta malam ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853