Kota Kinabalu: Tiga kanak-kanak lelaki ditemui lemas selepas mandi di parit di Kampung Inanam Laut, dekat sini, 3.30 petang tadi.
Mangsa, Haikal Faiz Abdullah, 10; Sharizal Azhar, 10, dan Mohd Khairil Misani, 11, ditemui di dalam parit selepas anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lintas Sandreygo Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.34 petang dan seramai 10 anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, operasi mencari semua mangsa dilakukan dan mangsa pertama Haikal Faiz ditemui pada 4.03 petang, mangsa kedua, Sharizal ditemui pada 4.14 petang dan mangsa terakhir, Mohd Khairil ditemui pada 4.20 petang," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Sandreygo berkata, semua mangsa dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Kota Kinabalu: Tiga kanak-kanak lelaki ditemui lemas selepas mandi di parit di Kampung Inanam Laut, dekat sini, 3.30 petang tadi.



