Utama
JADUG perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, melangkah ke separuh akhir Seluruh England selepas mengalahkan wakil China, Tian Houwei di aksi suku akhir, awal pagi ini.
Pemain nombor satu dunia itu mengambil masa selama 44 minit untuk mencatat kemenangan straight set, 21-12, 21-15 di Arena Barclaycard, Birmingham.
Menanti Chong Wei di separuh akhir ialah Chou Tien Chen dari Taiwan yang sebelum itu mengalahkan Tanongsak Seansomboonsuk (Thailand) 21-19, 16-21, 21-8.
Satu lagi aksi separuh akhir, awal pagi esok, bakal menemukan dua pemain China, Lin Dan dan Shi Yuqi.
Image:

JADUG perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, melangkah ke separuh akhir Seluruh England selepas mengalahkan wakil China, Tian Houwei di aksi suku akhir, awal pagi ini.



