Bota: Selepas hampir 8 jam situasi cemas berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut, berhampiran Bota Kiri, di sini susulan acaman bom akhirnya berakhir apabila Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Bukit Aman berjaya memastikan kawasan berkenaan selamat.
Kejadian bermula jam 11 pagi itu selesai kira-kira jam 7.40 malam tadi dengan UPB melakukan beberapa langkah keselamatan dengan meletupkan sebuah beg galas dan but belakang serta bahagian enjin kereta berkenaan.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, pasukan UPB berjaya memastikan keadaan selamat dan tiada ancaman bom.
"Selepas pemeriksaan tiada sebarang letupan ditemui dalam kereta yang tidak mempunyai nombor pendaftaran kenderaan di bahagian depan dan belakang.
"Hanya sebilah parang ditemui dan kenderaan itu kemudian ditunda ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah untuk siasatan lanjut," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian.
Mohamad Zainal turut mengesahkan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an berjaya ditahan bagi membantu siasatan kes ugutan jenayah itu.