Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Kesan sisa 'VX Nerve Agent'

$
0
0
Utama

mhusni@metro.com.my

Sepang: Polis menutup sebahagian ruang legar di aras kaunter daftar masuk pelepasan dalam negeri dan antarabangsa klia2 bagi operasi pembersihan dan mengesan bahan kimia yang digunakan dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam.

Tinjauan Harian Metro mendapati polis mula menutup ruang berkenaan sejak kira-kira 11 malam tadi.

Operasi dilakukan bagi mengesan dan membersih cecair kimia dikenali ‘VX Nerve Agent’ yang dipercayai digunakan suspek untuk membunuh Jong-nam, 13 Februari lalu.

Operasi dilakukan oleh

1 Pasukan Chemical, Biological, Radiological and Nuclear explosives (CBRNe) dari Makmal Forensik PDRM

2 Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

3 Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia (AELB)

Sepasukan anggota polis termasuk polis bantuan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) dilihat berkawal di ruang legar, terutama lokasi Jong-nam dibunuh iaitu berhampiran kaunter pertanyaan klia2.

Jurucakap MAHB berkata, kesemua penumpang yang ingin berlepas ke destinasi masing-masing sudah diarahkan untuk melalui laluan alternatif bagi melancarkan operasi berkenaan.

"Kami sudah menempatkan pegawai dan polis bantuan di setiap laluan alternatif bagi melancarkan pergerakan penumpang.

"Pergerakan penumpang terhad kepada operasi penerbangan antarabangsa dan ruang legar berkenaan tidak terlalu sibuk berbanding petang dan pagi," katanya.

Image: 

Sepang: Polis menutup sebahagian ruang legar di aras kaunter daftar masuk pelepasan dalam negeri dan antarabangsa klia2 bagi operasi pembersihan dan mengesan bahan kimia yang digunakan dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853