Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Buat apa 3 tahun di sini?

$
0
0
Utama

Kuala Lumpur: Lelaki Korea Utara yang ditahan berhubung kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam menetap di Malaysia lebih tiga tahun tanpa bekerja di syarikat yang dinyatakan dalam permitnya ataupun menerima gaji.

Permit kerja Ri Jong Chol, 47, menyatakan dia kakitangan Tombo Enterprise.

Namun, pemilik syarikat itu, Chong Ah Kau berkata, Jong Chol tidak pernah masuk bekerja atau menerima gaji daripada syrikat itu.

Ah Kau berkata, dia hanya memudahkan visa kerjanya dengan menyatakan dalam dokumen sokongan bahawa Jong Chol adalah pengurus pembangunan produk di Jabatan Teknologi Maklumat dengan gaji RM5,500 sebulan.

Visa itu diperbaharui sekali sahaja pada Jun 2016.

"Ia hanya formaliti, hanya dokumen. Saya tidak pernah membayar gajinya.

"Saya tidak tahu bagaimana dia hidup di sini. Saya tidak tahu di mana dia mendapat duit,” kata Ah Kau.

Ah Kau yang selalu melawat Korea Utara berkata, dia hanya cuba 'menolong' Jong Chol.

Katanya, Jong Chol menyewa apartmen di Kuchai Lama dan anak perempuannya menuntut di HELP University. Perkara ini disahkan HELP University.

Ah Kau berkata, dia mula-mula berkenalan dengan Jong Chol pada 2013 apabila warga Korea Utara itu bertemunya di Kuala Lumpur.

Katanya, Jong Chol bersaudara dengan pencipta ekstrak cendawan yang mempunyai kesan anti-kanser.

Merek membincang peluang perniagaan, seperti import minyak sawit, dengan anak perempuan Jong Chol sebagai penterjemah. Bagaimanapun, perbincangan itu tidak membuahkan hasil, katanya.

Kedua-dua mereka bertemu buat kali terakhir pada Januari lalu.

Ah Kau sudah disoal polis dan berkata, dia sedia menghadapi apa-apa tindakan akibat menyerahkan maklumat palsu kepada kerajaan.

Image: 

Kuala Lumpur: Lelaki Korea Utara yang ditahan berhubung kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam menetap di Malaysia lebih tiga tahun tanpa bekerja di syarikat yang dinyatakan dalam permitnya ataupun menerima gaji.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853