Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Buru kakitangan kedutaan, Air Koryo [METROTV]

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Polis mengesahkan dua lelaki yang dicari bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam dikenal pasti bekerja di Kedutaan Korea Utara dan syarikat penerbangan Air Koryo.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Kim Uk Il, 37, dikenal pasti bekerja di Air Koryo manakala Hyon Kwang Song, 44, adalah setiausaha kedua Kedutaan Korea Utara .

"Mereka dipercayai masih berada di Malaysia dan polis sudah minta kedua-duanya tampil memberi keterangan.

"Jika mereka gagal (untuk tampil) waran akan dikeluarkan," katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Kelmarin, gambar kedua-dua suspek ini tanpa identiti didedahkan bersama enam lagi warga Korea Utara yang dikesan polis dalam sidang media polis.

Mereka antara lapan warga Korea Utara yang diburu bagi membantu siasatan kes pembunuhan Jong-nam.

Sementara itu, Khalid berkata, Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) ditempatkan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur disebabkan polis menerima maklumat terdapat pihak atau individu cuba memecah masuk ke pusat berkenaan.

Dalam kejadian 13 Februari lalu, Jong-nam yang juga abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un maut selepas dikatakan disembur dan ditekup dengan kain mengandungi cecair racun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Berita berkaitan:

Pembunuhan Jong-Nam

Image: 

Kuala Lumpur: Polis mengesahkan dua lelaki yang dicari bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam dikenal pasti bekerja di Kedutaan Korea Utara dan syarikat penerbangan Air Koryo.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853