Manjung: Wanita terbunuh selepas terkena tayar yang melantun daripada kenderaan berat di Jalan Ayer Tawas-Beruas, di sini.
Kemalangan itu berlaku ketika wanita itu sedang menyiram pokok bunga di hadapan rumahnya, pada 6.30 petang semalam.
Arwah Mariaty Bakar, 59, meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan dan Pengatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Wan Jamil Wan Chik, berkata pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut.
Menurutnya, polis masih belum mengenalpasti jenis kenderaan berat berkenaan.
Malah, katanya, pemandu kenderaan itu mungkin tidak menyedari yang tayar kenderaannya tercabut dan melantun mengenai mangsa.
"Wanita itu meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Seri Manjung.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Manjung: Wanita terbunuh selepas terkena tayar yang melantun daripada kenderaan berat di Jalan Ayer Tawas-Beruas, di sini.