Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Arahan Trump 'baham tanah'

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

HAKIM persekutuan di Seattle, hari ini, menyekat pelaksanaan arahan eksekutif Presiden Donald Trump supaya melarang rakyat tujuh negara Islam memasuki Amerika Syarikat.

Keputusan itu menyaksikan larangan itu tidak akan dilaksanakan di seluruh Amerika Syarikat.

Tindakan itu sekali gus menyaksikan Hakim itu mencabar tindakan Trump walaupun pentadbiran boleh mengemukakan rayuan untuk tidak melaksanakan arahan itu.

Hakim James Robart, menyatakan pendirian mahkamahnya selain mendakwa larangan itu ditarik serta-merta.

“Ini adalah hari paling indah di negara ini,” kata peguambela bagi Washington, Noah Purcell.

Keputusan Hakim itu dikeluarkan berikutan saman yang dikemukakan Peguam Negara Washington, Bob Ferguson.

Arahan berkenaan jelas melarang kemasukan perlarian Syria dan penggantungan kemasukan rakyat daripada tujuh negara yang majoritinya Muslim.

Ferguson berkata: “Tidak ada seorang pun yang berada di atas garis undang-undang, termasuk Presiden.”

Katanya, beliau herharap Kerajaan Persekutuan menghormati keputusan berkenaan.

27 Januari lalu, Presiden baru Amerika itu menandatangani arahan berkenaan sehingga mencetuskan kekalutan di beberapa lapangan terbang di Amerika.

Pelancong asing terpaksa berpatah balik ke nagara asal apabila tiba di lapangan terbang.

Keadaan itu turut mencetuskan bantahan daripada beratus saudara-mara dan sahabat handai yang menunggu.

Arahan itu kemudian dicabar oleh Washington yang kemdian disokong Minnesota.

Hakim di Seattle itu mendakwa Washington mempunyai hak untuk mengemukakan saman yang mungkin membolehkan Trump dibawa ke mahkamah berkaitan isu yang melepasi permasalahan imigresen.

Keputusan itu dijatuhkan selepas peguamcara daripada empat negeri mencabar arahan Trump di mahkamah.

Image: 

HAKIM persekutuan di Seattle, hari ini, menyekat pelaksanaan arahan eksekutif Presiden Donald Trump supaya melarang rakyat tujuh negara Islam memasuki Amerika Syarikat.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853