Lundu: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu menyaksikan pertembungan tiga penjuru.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Hamsien Atar, berkata parti yang diterima masing-masing Barisan Nasional (BN), Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru dan Parti Reformasi Negeri (STAR).
Menurutnya, BN diwakili Puan Sri Jamilah Anu yang juga isteri penyandang kerusi kawasan itu Allahyarham Tan Sri Adenan Satem manakala Rapelson Richard Hamit (PBDS Baru) dan Johnny Aput dari STAR.
"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima empat borang pencalonan namun satu daripadanya yang dikemukakan calon bebas ditolak kerana diisytiharkan muflis selain tidak melanggar syarat sebagai calon.
"Pengundian bagi PRK kali ini akan dijalankan di 17 pusat mengundi membabitkan 9,959 pengundi berdaftar," katanya ketika ditemui di Dewan Masyarakat Lundu, di sini, hari ini.
Turut hadir mengiringi calon BN adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Abang Openg, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan pemimpin tertinggi BN Pusat dan Sarawak.
PRK DUN Tanjong Datu dijalankan berikutan kematianAdenan akibat komplikasi jantung 11 Januari lalu.
SPR menetapkan 12 Februari untuk pengundian awal manakala 18 Februari bagi hari pengundian.
Lundu: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu menyaksikan pertembungan tiga penjuru.