Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Penumbuk RM600

$
0
0
Utama

nursaliawati@mediaprima.com.my

Melaka: Ibu tunggal didenda RM600 oleh Mahkamah Majistret di sini, pagi tadi, selepas mengaku bersalah menumbuk muka bekas suaminya dalam kejadian Mei tahun lalu.

Majistret Norina Maludin menjatuhkan hukuman itu terhadap Raihana Anuar, 30, selepas dia mengaku bersalah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja mendatangkan kecederaan dengan cara menumbuk muka bekas suaminya yang berusia 33.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Taman Datin Fatimah, Bukit Rambai, kira-kira jam 8 malam, pada 16 Mei 2015.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda tidak melebihi RM2,000 jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, dia yang diwakili peguam Faiezad Razali merayu supaya mahkamah meringankan hukuman terhadap anak guamnya kerana menanggung dua anak serta berpendapatan bulanan hanya RM1,700.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azri Zakaria yang mengendalikan kesmemohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh didenda RM600 atau dipenjara satu bulan jika gagal membayar denda dikenakan

Image: 

Melaka: Ibu tunggal didenda RM600 oleh Mahkamah Majistret di sini, pagi tadi, selepas mengaku bersalah menumbuk muka bekas suaminya dalam kejadian Mei tahun lalu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853