Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Bukan 'lubuk' tikus

$
0
0
Utama

hanafis@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Hospital Kuala Lumpur (HKL) menafikan dakwaan mengatakan pusat perubatan itu sebagai ‘lubuk’ pembiakan tikus sebaliknya pelbagai usaha menangani haiwan perosak itu sudah dijalankan.

HKL dalam satu kenyataan berkata, kerja pembersihan dan pembuangan sampah dijalankan mengikut waktu ditetapkan manakala pembasmian tikus dilakukan secara mingguan.

Menurutnya, kerja pembasmian dijalankan secara berkala oleh syarikat konsesi Radicare Sdn Bhd dan pemantauan dijalankan Unit Kesihatan Awam HKL.

“Namun ada kalanya pembiakan tikus sukar dibendung memandangkan kedudukan hospital berhampiran dengan kawasan medan selera dan Pasar Chow Kit.

“Selain itu juga, persekitaran yang penuh dengan aktiviti pembangunan menyebabkan habitat haiwan ini terganggu sekali gus mencari lokasi yang selamat,” katanya.

Menurutnya, keadaan wad yang penuh dengan makanan yang dibawa dari luar turut menjadi tarikan kepada spesis berkenaan.

“Pihak kami akan meneruskan usaha pembersihan dan pembasmian sebagaimana ditetapkan Unit Kesihatan Awam.

“Bahan yang digunakan untuk pembasmian tikus perlu mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia supaya tidak menjejaskan kesihatan pesakit,” katanya.

Sebelum ini, beberapa gambar menunjukkan seekor tikus cuba memasuki tong sampah di sebuah wad tular di laman sosial.

Gambar terbabit dimuat naik di Facebook (FB) oleh seorang wanita yang juga penjaga kepada seorang pesakit di HKL kira-kira jam 8 pagi kelmarin.

Dalam status itu, wanita terbabit menyatakan tikus selalunya muncul 11 malam ke atas.

Malah haiwan perosak terbabit dikatakan turut merayap di badan pesakit untuk mendapatkan makanan.

Image: 

Kuala Lumpur: Hospital Kuala Lumpur (HKL) menafikan dakwaan mengatakan pusat perubatan itu sebagai ‘lubuk’ pembiakan tikus sebaliknya pelbagai usaha menangani haiwan perosak itu sudah dijalankan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853