Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Aduhai anak....

$
0
0
Utama

siraj@hmetro.com.my

Shah Alam: Reka cerita kerana takut dimarahi bapa. Itu hasil siasatan polis berhubung kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang mendakwa cuba diculik sekumpulan penjenayah menaiki van putih di Kampung Endah, Banting, awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, mangsa mengaku mereka cerita berkenaan selepas pulang lewat ke rumah kira-kira jam 1.30 pagi.

Menurutnya, polis meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu kerana tiada unsur jenayah.

"Kanak-kanak itu dibawa ke IPD Kuala Langat semalam untuk siasatan lanjut dan mengaku mereka cerita mengenai kejadian itu.

"Dia beritahu takut dimarahi oleh bapanya. Oleh itu dia mereka cerita kononnya tiga lelaki bertopeng cuba menariknya masuk ke dalam van sebelum berjaya melarikan diri dengan mengigit tangan suspek," katanya.

Image: 