Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Mengaku miliki gambar IS

$
0
0
Utama

sarah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Anggota tentera berpangkat koperal dipenjara tujuh bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki gambar bendera kumpulan militan Negara Islam (IS), dua bulan lalu.

Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Azidi Said, 28, dari Kolej Tentera Darat, Kem Segenting, Port Dickson apabila tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan bermula dari tarikh dia ditangkap, iaitu 19 Ogos lalu.

Mengikut pertuduhan, Mohd Azidi didakwa memiliki telefon bimbit mengandungi bahan berkaitan iaitu gambar bendera kumpulan militan terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, pada 10.05 pagi, 19 Ogos lalu.

Berikutan itu, Mohd Azidi didakwa mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda serta merampas harta digunakan untuk melakukan kesalahan itu jika sabit kesalahan.

Images: 
GN4id: 
11040323
Lead: 

Kuala Lumpur: Anggota tentera berpangkat koperal dipenjara tujuh bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki gambar bendera kumpulan militan Negara Islam (IS), dua bulan lalu.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853