Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Tolak permohonan petisyen cabar hudud

$
0
0
Utama

murni@hmetro.com.my

Putrajaya: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan parti Gerakan untuk memulakan petisyen mencabar undang-undang hudud di Kelantan di sisi Perlembagaan.

Hakim Datuk Zaharah Ibrahim membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak.

Beliau memutuskan bahawa undang-undang hudud hanya kepada mereka yang beragama Islam bagaimanapun tidak dinyatakan bahawa mereka (pemohon) adalah Muslim.

Menurutnya lagi, mahkamah juga tidak menemui sebarang keterangan yang menunjukkan undang-undang itu akan memberi kesan kepada mereka.

Gerakan diwakili peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram, Lim Choon Kim dan David Yii Hee Kiet.

Kerajaan Negeri Kelantan diwakili Datuk Sulaiman Abdullah, Datuk Takiyuddin Hassan dan Shahidani Abd Aziz.

Tiga anggota Gerakan iaitu Tuan Mat Tuan Wil, Soh Hoon Lee dan Chung Mon Sie memfailkan notis usul pada 8 Mei lalu bagi memohon kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk mencabar kesahihanKanun Jenayah Syariah (11) Kelantan1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali sebagai hudud, di sisi Perlembagaan.

Images: 

201015murni1

Image: 
GN4id: 
11038775
Lead: 

Putrajaya: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan parti Gerakan untuk memulakan petisyen mencabar undang-undang hudud di Kelantan di sisi Perlembagaan.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853