Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Ya Allah, sembuhkanlah adik Aqif...

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Jualan ini dapat membantu perbelanjaan Aqif," kata Umi Umeera Mazlan ,29, ibu kepada Muhammad Aqif Kaoirul Anuar yang menderita penyakit kulit yang serius dikenali sebagai Epidermolisis Bulosa (EB).

Menurutnya, perbelanjaan kos perubatan anak lelakinya itu hampir mencecah RM10,000 sebulan dapat dikurangkan hasil jualan kerepeknya melalui dalam talian.

"Kami meniaga kecil-kecilan melalui laman sosial Facebook.

"Pendapatan yang kami perolehi dari menjual kerepek ini sekitar RM500 sebulan" katanya.

Katanya, dia yang memulakan perniagaan sejak lima bulan lalu mengambil insiatif berkenaan untuk membantu menambah pendapatan isi rumahnya.

"Setiap hari kami mesti pasang penyaman udara kerana penyakit Aqif ini menyebabkan kulitkan tidak boleh terdedah pada suhu panas kerana cepat mengelupas.

"Kadang-kadang saya terpaksa tutup penyaman udara untuk jimat elektrik tetapi kulit Aqif akan mengelembung kerana panas," katanya.

Menurutnya, dia terpaksa membayar bil elektrik lebih RM400 kerana menggunakan kemudahan itu.

Sebelum ini, Muhammad Aqif pernah mendapat perhatian media apabila dia yang menghidapi penyakit itu terpaksa menanggung derita kesakitan kerana kulitnya hanya mempunyai satu lapisan.

Sesiapa yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank Umi Umeera Mazlan 162179628451 atau hubungi Kaoirul Anuar ditalian 017-6954117.

Images: 

21afiq

Image: 
GN4id: 
11044172
Lead: 

Kuala Lumpur: "Jualan ini dapat membantu perbelanjaan Aqif," kata Umi Umeera Mazlan ,29, ibu kepada Muhammad Aqif Kaoirul Anuar yang menderita penyakit kulit yang serius dikenali sebagai Epidermolisis Bulosa (EB).

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853