Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

'Jumpa di mahkamah'

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pemandu guna lorong kecemasan dan memotong di garisan berkembar sepanjang Op Selamat Tahun Baru Cina 2017 dari 21 Jan-5 Feb ini akan dihadapkan ke mahkamah.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata tiada kompaun akan dikeluarkan bagi kesalahan seumpama itu pada Op Selamat yang menggunakan slogan ‘Pandu Cermat Sampai Selamat’.

“Saya bagi amaran awal, jangan nanti kata kita tak bagi amaran,” katanya selepas menghadiri majlis menyalakan tanglung dan persembahan gendang sempena sambutan Tahun Baru Cina 2017.

Beliau menarik perhatian bahawa ini kali kedua pesalah jalan raya bakal berdepan tindakan mahkamah selepas ia dilaksanakan buat kali pertama pada Op Selamat Aidilfitri tahun lalu.

“Pengguna jalan raya digesa supaya bersama kerajaan dalam usaha mengurangkan kemalangan dan kematian di jalan raya sepanjang musim perayaan ini.

“Ia bukan tanggungjawab kerajaan dan pihak berkuasa sahaja,” katanya.

Image: 

Kuala Lumpur: Pemandu guna lorong kecemasan dan memotong di garisan berkembar sepanjang Op Selamat Tahun Baru Cina 2017 dari 21 Jan-5 Feb ini akan dihadapkan ke mahkamah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853