Johor Bahru: Anak kelahiran Sarawak adalah antara tiga yang terbunuh dan seorang parah kemalangan di Jalan Skudai arah Senai, malam tadi.
Dua daripada tiga yang terbunuh adalah wanita.
Mereka dikenali sebagai Mary anak Jantum, 24, beralamat terakhir di Kapit, Sarawak, dan Foo Zi Wei, 19, beralamat terakhir di Taman Putri, Kulai.
Selain itu, Chin Han Xue, 22, dari Taman Senai, turut terbunuh dalam kemalangan itu.
Mangsa parah yang juga pemandu dikenali sebagai Chin Han Rong, 20, iaitu dipercayai adik kepada Han Xue.
Kemalangan berlaku apabila kereta mereka terbabas dan merempuh pokok dekat Skudai Parade, pada 8.20 malam tadi.
Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohamed Nasib Mohamed Sam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.23 malam.
Menurutnya, sepasukan anggota dan pegawai dari balai bomba dan penyelamat Kulai dikejarkan ke lokasi.
Katanya, apabila tiba di lokasi pihaknya mendapati empat mangsa tersepit dengan tiga daripadanya disahkan meninggal dunia.

Johor Bahru: Anak kelahiran Sarawak adalah antara tiga yang terbunuh dan seorang parah kemalangan di Jalan Skudai arah Senai, malam tadi.



