Johor Bahru: Tiga maut manakala seorang parah selepas kereta mereka terbabas dan merempuh pokok di Jalan Skudai arah Senai, dekat Skudai Parade, di sini, 8.20 malam tadi.
Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohamed Nasib Mohamed Sam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.23 malam.
Menurutnya, sepasukan anggota dan pegawai dari balai bomba dan penyelamat Kulai dikejarkan ke lokasi.
Katanya, apabila tiba di lokasi pihaknya mendapati empat mangsa tersepit dengan tiga daripadanya disahkan meninggal dunia.
“Kami memerlukan hampir sejam untuk mengeluarkan dua mangsa wanita dan seorang mangsa lelaki yang maut.
“Pemandu yang cedera diserahkan kepada ambulans untuk mendapatkan rawatan di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai.
"Tiada sebarang kad pengenalan diri ditemui pada keempat-empat mangsa. Tapi, kami jangkakan usia mereka bawah 40-an. Operasi ditamatkan pada jam 9.54 malam," katanya.

Johor Bahru: Tiga maut manakala seorang parah selepas kereta mereka terbabas dan merempuh pokok di Jalan Skudai arah Senai, dekat Skudai Parade, di sini, 8.20 malam tadi.



