• Sehingga 1 petang, jumlah mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan terus meningkat selain kira-kira 42 sekolah di Kelantan tidak beroperasi akibat banjir.
• Polis menahan lelaki dan wanita selepas mereka melarikan diri kerana tidak memiliki lesen memandu di Taman Lebunda, Petra Jaya, Sarawak.
• Seorang lelaki sesak nafas selepas terperangkap dalam kebakaran di hotel di Jalan Raja Laut, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
• Majlis Perbandaran Klang akan mendedahkan hasil laporan insiden letupan bunga api sempena sambutan ambang tahun baru di Kompleks Sukan Pandamaran dalam tempoh dua minggu.
• Hari pertama sesi persekolahan 2017 di kebanyakan negeri hari ini diwarnai dengan pelbagai reaksi dan emosi terutama murid tahun satu.
• Sehingga 1 petang, jumlah mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan terus meningkat selain kira-kira 42 sekolah di Kelantan tidak beroperasi akibat banjir.