Kota Bharu: Jumlah sekolah yang tidak beroperasi akibat banjir di Kelantan meningkat kepada 42 buah berbanding 30 buah pagi tadi.
Daripada itu, sembilan adalah sekolah menengah manakala 33 lagi sekolah rendah.
Jabatan Pendidikan Negeri dalam kenyataan dikeluarkan memberitahu sekolah yang tidak beroperasi adalah sembilan di Kuala Krai, Pasir Mas (19), Machang (4), Tanah Merah (6) dan Tumpat (4).
"Jumlah murid dan pelajar yang terbabit adalah 12,717 orang manakala guru 1,322 orang.
"Sejumlah 30 sekolah di enam daerah terjejas banjir pula dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 3,152 mangsa," katanya.
Jabatan itu tidak berkompromi soal keselamatan dan akan mengambil tindakan sewajarnya sepanjang musim tengkujuh ini.
Kota Bharu: Jumlah sekolah yang tidak beroperasi akibat banjir di Kelantan meningkat kepada 42 buah berbanding 30 buah pagi tadi.