Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Terbaiklah bro... [METROTV]

$
0
0
Utama

mazizul@hmetro.com.my

Putrajaya: Namanya semakin gah dalam sukan parkour dan larian bebas (freerunning) selepas satu demi satu bangunan pencakar langit ditakluki.

Begitulah Abudi Alsagoff, 25, yang pernah memanjat Jambatan Seri Wawasan di Putrajaya pada 2015.

Dia kini satu-satunya rakyat Malaysia selain antara lima atlet sukan itu yang ditaja syarikat minuman Red Bull seluruh dunia.

"Saya berpindah ke Dubai, Emiriyah Arab Bersatu dan menjadi jurulatih profesional selepas Red Bull Dubai menaja saya pada 2015 dan menerima banyak projek bersama mereka.

"Sangat teruja sebab Red Bull hanya taja lima orang saja dalam dunia, saya seorang daripadanya jadi sangat tak sangka dan bangga dapat naikkan nama Malaysia," katanya ketika ditemui Harian Metro petang tadi.

Abudi anak ketujuh daripada lapan adik beradik bermula dengan melompat dari tembok ke tembok sewaktu kecil sebelum menyedari sukan itu dinamakan parkour.

Parkour berasal dari Perancis ialah pergerakan dari kawasan A ke kawasan B melepasi halangan tertentu seperti tembok, dinding konkrit, batu-batu dan palang secepat mungkin.

Dia yang berasal dari Bangi, Selangor mula membuat kajian dan mempelajari teknik-teknik sukan berkenaan termasuk menerusi Youtube sebelum menubuhkan kumpulan sendiri iaitu Alpha Movements.

"Saya bergiat secara profesional dalam sukan ini sejak 2009 selepas terbabit dalam iklan di India, apabila melakonkan aksi 'stunt' untuk pelakon Mahesh Babu.

"Ketika itu masih belajar dan tidak terfikir untuk terlibat secara serius dalam sukan ini kerana hanya sebagai minat dan hobi.

"Tetapi apabila sering diminta untuk menjadi pelakon aksi untuk iklan dan filem saya mula berfikir semula terutamanya selepas tamat pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)," kata pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik itu.

Walaupun memiliki kelulusan berkenaan dan kemudiannya memilih aktif dalam sukan ini, dia tidak menganggap keputusannya itu sia-sia.

Abudi banyak mempraktikkan apa yang dipelajari semasa di universiti ketika membuat rakaman aksinya di merata dunia termasuk membuat suntingan video dan pemasaran digital serta media sosial.

Sementara itu, Abudi turut mengulas mengenai tindakan beberapa anak muda yang memanjat mercu tanda Ipoh dan kren di tapak pembinaan di Perak.

"Kalau boleh elak lakukan aksi itu. Kalau mahu juga, belajar teknik asas dan lakukan di tempat yang selamat dengan panduan yang betul.

"Beza antara orang yang berpengalaman dan amatur, mereka yang berpengalaman tidak akan mengambil risiko yang tidak perlu.

"Kita sentiasa ambil langkah-langkah keselamatan, ambil kira setiap aspek, periksa kawasan sekitar tetapi mereka nampak apa yang di paparkan di media sosial," katanya.

Abudi berkata apa yang orang di luar tidak tahu ialah atlet sepertinya perlu membuat latihan beratus-ratus jam.

"Berlatih di tempat yang sama dan pergerakan yang sama dan ini latihan yang mereka tak nampak, hanya nampak aksi-aksi yang dikongsikan saja.

"Bagi saya kepada anak-anak muda di luar sana jangan nak mencuba dengan ambil risiko yang tidak perlu kerana membahayakan diri," katanya ketika ditemui Harian Metro hari ini.

Dia pernah menjadi tajuk akhbar portal berita luar negara apabila memanjat bangunan kediaman tertinggi dunia, 101 Marina setinggi 432.5 meter (m) di Dubai pada 2015.

Tahun ini, Abudi ingin fokus berlatih untuk meraih kedudukan podium di Kejohanan Dunia di Greece pada Oktober selepas menduduki kedudukan ke-14 kejohanan sama pada 2011.

Namun, gelaran juara Indo Freerun Championship 2011 pernah berada dalam genggamannya dan dua tahun kemudian, memenangi tempat ketiga Kejohanan Parkour di Singapura.

Image: 

Putrajaya: Namanya semakin gah dalam sukan parkour dan larian bebas (freerunning) selepas satu demi satu bangunan pencakar langit ditakluki.

Terbaiklah bro...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853