Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Terengganu dah 3,321 mangsa

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di Terengganu sudah menjangkau kepada 3,321 orang daripada 1,050 keluarga pada tengah malam.

Kesemua mereka itu dipindahkan ke 43 pusat pemindahan selepas satu lagi pusat pemindahan di Surau Kampung Padang Setar, Hulu Telemong di Hulu Terengganu dan dua pusat pemindahan baru di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung La serta Surau Seberang La di Besut dibuka.

Menurut kenyataan banjir, etindakan.terengganu,gov.my, pada 12 tengah malam ini, jumlah itu menjadikan mangsa banjir di Hulu Terengganu kini meningkat kepada 2,026 orang daripada 695 keluarga di 22 pusat pemindahan berbanding 1,733 orang sebelum ini.

Jumlah mangsa di Besut pula meningkat kepada 256 orang daripada 107 keluarga di lima pusat pemindahan berbanding 191 orang daripada 50 keluarga di tiga pusat pemindahan, pada kira-kira 9 malam tadi.

Selain itu, jumlah mangsa dipindahkan di Marang kekal seramai 360 orang daripada 89 keluarga manakala di Kemaman juga tidak berubah dengan 380 orang daripada 84 keluarga.

Begitu juga keadaan di Dungun, apabila jumlah yang dipindahkan kekal dengan 82 mangsa daripada 19 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan.

Bagaimanapun, mangsa yang dipindahkan di Setiu menurun apabila tinggal 217 orang daripada 56 keluarga di empat pusat pemindahan berbanding 234 orang daripada 68 keluarga apabila mangsa Dewan Sivik Chalok dibenarkan pulang.

Image: 

Kuala Terengganu: Mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di Terengganu sudah menjangkau kepada 3,321 orang daripada 1,050 keluarga pada tengah malam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853