Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Selamat Tahun Baru 2017

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Putrajaya: Lebih 150,000 pengunjung Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU) 2016 memeriahkan sambutan Ambang Tahun Baru 2017 di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya, malam tadi.

Sambutan Tahun Baru 2017 dimulakan dengan kiraan detik orang ramai sebelum pengunjung diserikan dengan pertunjukan bunga api selama hampir 10 minit.

DI IPOH, Lebih 5,000 rakyat pelbagai kaum membanjiri Dataran Majlis Bandaraya Ipoh meneriahkan sambutan Ambang Tahun Baharu serta Pelancaran Promosi Tahun Melawat Perak (TMP) 2017.

Selain gimik video montaj pelancaran Promosi TMP 2017, promosi 100,000 bilik sempena TMP serta pelancaran Poster Peraduan Menarik dan Pertandingan Fotografi Perak turut dilancarkan

DI JOHOR BAHRU, kira-kira 3,000 penduduk bandar raya Johor Bahru membanjiri Persiaran Sungai Segget bagi memeriahkan sambutan tahun baru.

Pelbagai persembahan diadakan bagi menghiburkan orang ramai sementara mengira detik tahun baru.

Ia termasuk persembahan pasukan sorak JDT, Boys Of Straits (BOS), nyayian lagu keroncong, tarian kebudayaan dan persembah pelawak terkenal Azlee Senario dan Bochil Saywho.

Image: 

Putrajaya: Lebih 150,000 pengunjung Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU) 2016 memeriahkan sambutan Ambang Tahun Baru 2017 di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya, malam tadi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853