Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Malam ini Terengganu dah 2,980

$
0
0
Utama

isma@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat sehingga malam ini.

Kini 2,980 orang dipindahkan ke 40 pusat pemindahan berbanding 1,321 orang pada 6 petang.

Enam pusat pemindahan baru dibuka di Hulu Terengganu dengan peningkatan lebih sekali ganda jumlah mangsa banjir berbanding 849 orang pada sebelah petang, menjadikan bilangan terkini seramai 1,733 orang.

Menurut kenyataan banjir, etindakan.terengganu,gov.my, sebanyak 21 pusat pemindahan dibuka di daerah berkenaan berbanding 15 pusat pada 6 petang tadi.

Selain itu, jumlah mangsa dipindahkan di Marang juga meningkat kepada 360 orang daripada 89 keluarga berbanding 222 orang daripada 52 keluarga di enam pusat pemindahan.

Kemaman turut mencatatkan mangsa pindah seramai 380 orang daripada 84

keluarga apabila tiga pusat pemindahan mula beroperasi secara rasmiselepas 6 petang tadi.

Mangsa yang dipindahkan di Setiu juga meningkat kepada 234 orang daripada 68 keluarga berbanding 214 orang daripada 51 keluarga di lima pusat pemindahan dengan pertambahan dua lagi pusat pemindahan di daerah itu.

Bagi daerah Besut pula, jumlah mangsa banjir menjadi 191 orang daripada 50 keluarga di tiga pusat pemindahan manakala Dungun pula terdapat 82 mangsa daripada 19 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan.

Image: 

Kuala Terengganu: Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat sehingga malam ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853