Utama
Kota Bharu: 1,758 mangsa banjir daripada 489 keluarga dipindahkan di Jeli, Kuala Krai dan Tanah Merah ke 19 pusat pemindahan sementara.
Jumlah itu meningkat berbanding pada kira-kira 6 petang, 31 Disember, iaitu 1,235 mangsa ke 14 pusat pemindahan sementara.
Menurut Portal e-Banjir, Jeli catat 878 mangsa daripada 216 keluarga, Kuala Krai (651/203) manakala Tanah Merah (229/70).
Lima pusat pemindahan dibuka di Jeli, Kuala Krai (11) dan Tanah Merah (3).
Beberapa pusat pemindahan baru, dibuka pada 8 malam, termasuk di Dewan Estet Sungai Taku, Kuala Krai dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kulim di Jeli.
Image:
Kota Bharu: 1,758 mangsa banjir daripada 489 keluarga dipindahkan di Jeli, Kuala Krai dan Tanah Merah ke 19 pusat pemindahan sementara.