Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Zaty tinggal sehelai sepinggang

$
0
0
Utama

kalidevi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Penuntut Malaysia yang belajar di Business and Hotel Management School, Luzern Switzerland, terselamat dalam kebakaran hotel di negara itu, Jumaat lalu.

Penuntut tahun akhir di institusi pengajian tinggi itu, Zaty Nazurah Halim, 20, yang sedang mengikuti latihan amali di hotel ketika kejadian terselamat namun kini hanya tinggal sehelai sepinggang.

Zaty yang dihubungi melalui Whatsapp berkata, ketika kejadian dia baru menghabiskan syif hariannya dan baru tiba di bilik penginapan untuk berehat.

"Sebaik tiba di bilik yang disediakan majikan di tingkat satu, saya terus berehat...tiba-tiba pintu bilik diketuk kuat. Saya dengar suara orang menjerit menyuruh menyelamatkan diri. Baru saya tersedar yang hotel sedang terbakar.

"Ketika itu ramai pekerja dan pengunjung lari menyelamatkan diri. Saya bersyukur kerana terselamat walaupun hanya tinggal sehelai sepinggang" katanya.

Inquirer.net melaporkan dalam kejadian kira-kira 4 petang waktu tempatan, dua parah dan berpuluh lagi cedera ringan apabila Hotel Holiday Villa Arosa terbakar.

Menurut polis negara itu, kebakaran bermula di tingkat bawah hotel berkenaan sebelum merebak ke bahagian lain.

Polis wilayah Graubunden timur dalam satu kenyataan berkata, dua mangsa parah dan seorang cedera diterbangkan dengan helikopter ke hospital dekat Chur manakala 10 lagi mangsa dirawat di tempat kejadian.

Semua pelanggan hotel dipindahkan dan penduduk mendiami kawasan berhampiran diarah menutup tingkap dan tidak keluar rumah kerana asap tebal.

Image: 

Kuala Lumpur : Penuntut Malaysia yang belajar di Business and Hotel Management School, Luzern Switzerland, terselamat dalam kebakaran hotel di negara itu, Jumaat lalu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853