Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Tembakan rambang ragut 9 nyawa

$
0
0
Utama

Oregon (Amerika Syarikat): Seorang lelaki melepaskan tembakan rambang di dalam kelas di Kolej Komuniti Umpqua, Oregon, di sini, pada pagi Khamis waktu tempatan mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan orang dan tujuh lagi cedera.

Kejadian berlaku pada minggu pertama kelas di kolej berkenaan dan penembak itu turut terkorban selepas berbalas tembakan dengan polis.

Pembunuh dikenal pasti sebagai Chris Harper Mercer, 26 dan motif kejadian masih disiasat.

Pelajar kolej itu, Hannah Miles, 19 berkata, dia dalam kelas penulisan dan terdengar bunyi tembakan berhampiran kelasnya.

Katanya, gurunya kemudian mengunci pintu kelas dan semua duduk bersama-sama dalam suasana senyap.

“Kami dengar bunyi seseorang berjalan dan meminta kami keluar, tetapi kami mendiamkan diri.

“Tidak lama kemudian polis tiba dan selepas yakin ada polis di kolej, barulah kami buka pintu,” katanya.

Semua pelajar yang selamat dibawa keluar dari kelas ke kawasan selamat dan bertemu dengan ibu bapa mereka.

Terdahulu, Sherif Daerah Douglas, John Hanlin, memaklumkan 10 terkorban dalam kejadian itu, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia termasuk penembak berkenaan. AP

Images: 

oregon.png

Image: 
GN4id: 
10724244
Lead: 

Oregon (Amerika Syarikat): Seorang lelaki melepaskan tembakan rambang di dalam kelas di Kolej Komuniti Umpqua, Oregon, di sini, pada pagi Khamis waktu tempatan mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan orang dan tujuh lagi cedera.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853